Friday, July 29, 2011

khairul fahmi che mat.

salam alaik.


si jejari runcing mesti bangga gila ada abe yang suka melompat kiri kanan atas bawah save bebola dari masuk gawang macam khairul fahmi che mat.semalam waktu abe khairul melompat lompat.side dewan makan bahagian perempuan kolej gua berteriak ketiak sakan.hamboihh.waktu safee sali bawak semua senyap.double standard betol budak2 perempuan nih.

kalau abe apek takda depan gol Malaysia semalam.gua rasa Singapura dah kenduri gol dah sambil buat bentuk L loser kat fan malaysia.biadap punya kapten singapura.tuihhh.

to singapore part time football player and full time actor , tahniah singapura.saya dengan ini mengaku.anda memang power.power sangat-sangat.power dalam melakonkan aksi rebah dan perot buncit sampai tak larat untuk di papah.hasil didikan radojko avramovic di universal studio selama berbulan-bulan membuahkan hasil yang positif.nampaknya player-player singapura memang sudah boleh dicalonkan dalam anugerah planet muzik bagi kategori atlet paling kurang vitamin dan serat.

to malaysian player.anda sudah buat yang terbaik.anda hanya manusia yang dipanggil masuk ke dalam padang untuk berkhidmat.lebih kurang macam khidmat negara juga la.jadi kalau anda main dengan teruk pon.bukan salah anda untuk di masukkan.dan dikutuk kerana pakai jersi no lapan kapten tapi aksi kurang menggiurkan.tapi salah jurulatih yang masukkan anda.tapi tak boleh salahkan jurulatih juga.jurulatih lebih tahu dari kita.tapi sepatutnya anda guna peluang di atas padang untuk merembat bola ke arah striker buncit singapura tu sampai dia lemau dan lemas.

to malaysian fan.first gua harap smalam takda kes kunci tertinggal dalam kereta dan kereta terkunci dengan sendirinya.dan bajet macam kunci hilang padahal kunci dalam kereta..dan lepas tu sibuk ari kunci dalam stadium sampai lampu dah tutup.macam.err.macam gua.harharhar.ok.gua salute korang! sanggup beratur pada hari game dari pukul 9 pagi untuk tunggu tiket yang tak kunjung tiba sebab dah sold out hari sebelumnya.agak pelik jugak lah anda masih lagi beratur.gua rasa semalam ialah euphoria terbaik penyokong malaysia.tapi gua still tak puas hati kenapa awek2 yang pergi stadium semua hot2?ok.abaikan.to fan.jangan jadi lalang sudah.waktu menang sokong.waktu kalah busuk mengutuk.tuihh.

to singapore fan.terima kasih kerana menyokong timnas anda yang berasal dari bosnia , china dan yugoslavia.jangan lupa makan rambutan di malaysia dan jangan panggil ia sebagai laici singapura ya?

to khairul fahmi che mat , anda ialah penjaga gol terbaik pernah aku saksikan dalam sejarah negara sejak tahun 1992 sebab waktu tu baru aku lahir.kih3. walaupun brader syamsuri mustafa pernah skor gol lawan vietnam sebagai  keeper.tapi anda paling mantap.terbangan anda.refleksi anda.muka korea anda.gaya rambut anda.cara menangkap bola.dan skill muka ketat sampai striker singapore kecut perut buncit.gua respek lu.gua admire lu lah apek!

gua search nama khairul fahmi che mat diving.ini yang gua jumpa.

mungkinkah ini khairul fahmi? kekeke.

sementara itu,

aku benci brader buncit boroi nombor 11 ni.tuihh.

to FAM.silalah lagi anjurkan perlawanan sarkis sebagai persiapan  kelayakan piala dunia.singapura sebelum menentang malaysia serius adakan friendly match dengan timnas taiwan dan maldives and etc.malaysia sibuk dok entertain peminat kelab luar.damn.last2.apa pon tak boleh.nak kata timba ilmu.memang ada.tapi kaut untung lagi banyak dari pengalaman.tuih.


p/s : post ini dibuat sebelum khairul fahmi mengumumkan pembatalan ikatan pertunangan beliau dengan kak jejari runcing.

9 comments:

  1. kuli buncit tu power betul main. tak puas hati aku

    ReplyDelete
  2. hahahaha weh fmly aku sepanjang game pggl mamat no 11 tu buncit. "jaga buncit"!"kejar buncit!"

    ReplyDelete
  3. aku stuhu statement awek yg g stadium semua hot2...hahaha

    ReplyDelete
  4. sehati dan sejiwaa.....
    gua pn benci boroi nie..
    hisshh nyampah!!

    ReplyDelete
  5. ahaha.qiu li si boroi.jatuh sampai tak larat nak bangun.orang papah pon tak boleh.haha

    ReplyDelete
  6. smlm kami jumpa fahmi kat universal studio singapore... phewww... a day after malaysia vs singapore :-)

    ReplyDelete