sejak dua empat belas menjak ni, otak gua dah jadi padat dan mampat maksimum. gua dah setart rasa beban kerja dan tugas , antara belajar dan tanggungjawab.gua tak la sekaliber mana pon. tapi mereka dah bagi gua mandat jadi ketua .gua terima seadanya. gua ingat kata-kata kawan gua.
"amanah yang kita pikul , bukan cikgu or kawan2 yang bagi kat kau nas, Allah yang amanahkan"
ya.ayat dari teman gua bernama awie ni yang buat gua kental bertahan dan selagi gua mampu. gua harung perlahan-lahan. cakap soal kepimpinan . bagi gua. semua orang pon ketua. semua orang ada tanggungjawab . kita ketua diri kita. gua bukan tacing . tapi gua rasa macam nak bagi tumbukan separa padu bila ada mulut busuk yang kata gua bukan ada kerja pon .nama je ketua. tak pon ada la dua tiga yang mungkin sesemula jadinya membusuk dan mengata. bagi gua itu normal .
kita tak boleh bagi semua orang depan belakang atas bawah kita suka dan boleh terima kita. akan ada seorang dua yang ganjil. itu lumrah . gua tempuh . pengalaman gua jadi ketua setart masa gua darjah enam hingus meleleh.masa tu gua dapat jadi ketua pengawas. tapi sumpah gua cakap gua tak tahu apa gua buat masa jadi ketua. tahun first gua dilantik jadi pengawas. gua dipilih.tapi gua tahu. kepimpinan gua hancur gila masa tu. dah you pi ass ar gua hancur lebur.
manusia memang kena belajar dari kesilapan.kesilapan bagi gua ialah cikgu sejati.tak salah untuk kita buat silap. tapi jadi kesalahan kalau kita ulang kesilapan kita. antara kita ada yang masih jatuh. ada yang bangga di puncak , ada yang sedang balut luka lama dan ada yang menahan pedih. lepas gua menyepi tiga tahun meniti PMR, gua masuk asrama . dan gua dapat amanah lagi. gua jadi presiden PRS . masa ni gua cuba bangkit dan tak ulang silap masa gua darjah enam dulu bila tugas dan study digabung dan meletup .alhamdulillah . gua dapat imbangi . tapi gua still menyesal sebab gua rasa tugas gua .gua tak handle dengan baik. tapi gua dah cuba.
menyesal bukan ubat pelali kegagalan. bagi gua menyesal boleh bagi kita bukak mata dan hati untuk kita singkap salah.tapi untuk berada dalam kotak sesal lama-lama.gua rimas. masuk kolej , gua bosan tanpa aktiviti. jadi gua join PRS balik . gua tak sangka sangat-sangat gua dapat satu lagi amanah penting jadi presiden PRS buat kali kedua di alam lain . bagi gua , mungkin ini peluang Allah bagi untuk gua tebus kesalahan lalu.
berat. tugas mana yang tidak berat. tapi gua cuba . gua masih mencuba sampai hari ini. dan gua mulakan tugas gua tahun ini dengan senyuman .gua cuba habiskan dengan senyuman jugak. dalam otak kolej gua dah terpecah dua. antara study keenjinan dan tugas. gua cuba imbangi .harap-harap gua mampu.
gua hanya menulis.menulis cuma ekspresi sedapkan hati tenang diri. :)
owh anas ketua/presiden PRSku...aku yakin ko boleh jadi pres yang bertanggungjawab..muka ko ada ketokohan sebagai pemimpin.. tapi aku pun nga pening2 ni result aku DROP DRAMATICALLY n kerja sekarang sangat banyak..pape pon, gud luck ketua..may Allah bless u..(gila pnjg aku komen)
ReplyDeletebila kita jadi ketua,memang biasa kedengaran suara-suara sengau kat belakang.benda baik dipertikaikan,benda buruk diperbesarkan.papepun,jangan ambik hati sangat dengan kata-kata mcm tu.sebaliknya,jadikan ia sebagai satu pengajaran dan pencetus semangat utk buat yg lebih baik pada masa akan datang nanti.
ReplyDeletehubungan dengan anak-anak buah kena sentiasa dijaga dengan baik.kadang-kadang ketegasan itu perlu;sebagai seorang pemimpin,memang itu menjadi tugas untuk mengawal dan menjaga situasi anak-anak buah.apa-apa pun,jangan sampai jadi ego pula.asyik kita nak menang.kadang-kadang kita kena beralah juga.bersikap tolak-ansur selagi ia merupakan perkara yang baik.lagi satu,sentiasa dekatkan diri dengan anak-anak buah.make sure kita kenal semua ahli dengan baik.bila jumpa selalu tegur dan bertanya khabar;wujudkan satu jalinan yang mesra agar proses interaksi akan menjadi lebih dinamik dan efektif.
paling penting,sentiasa tampilkan nilai-nilai yang paling positif dalam organisasi tersebut.sebagai pemimpin,kita kena jadi orang yang paling menepati waktu,paling bertanggungjawab,paling rajin,paling bersemangat,dan bermacam-macam paling lagi la.
masa aku kat tempat kau dulu pun,banyak gak cabaran dan dugaannya.tapi alhamdulillah,semuanya dapat dihadapi dengan baik.malah,setiap kali aku terfikir pasal PRS,aku hanya ingat bibit-bibit pengalaman yang indah belaka sahaja.sebab menjadi seorang PRS memang suatu pengalaman yang paling bermakna dalam hidup aku.
okay,aku dah panjang berceramah.good luck with your team...
=)