Saturday, February 25, 2012

unibersiti.

salam alaik.

dulu. time gua kecik-kecik. gua hantar abang gua pergi airport dengan family gua.lambai2 dia dengan kesedihan dalam kegembiraan..sebab dia bakal tinggalkan malaysia selama enam tahun .belajar medik di Moscow , Rusia. waktu tu gua darjah enam. jerawat habuk takda. muka clean and clear.eyh. gua dah hampir lari topik. 

* * * 

point gua harini ialah , entah kenapa dan bagaimana , perisitiwa pada suatu malam ketika gua darjah enam itu  telah terlekat dengan ketatnya dalam otak gua. sekarang gua dah dua puluh tahun. tapi gua yakin gua boleh ceritakan balik satu persatu apa yang berlaku malam itu. walhal malam2 lain tidaklah gua ingat mana.kadang-kadang gua terfikir , apa yang istimewa sangat pada hari gua menghantar abang gua pergi luar negara tu sampai gua boleh ingat sampai sekarang?

kini baru gua sedar.

rupa-rupanya itu inspirasi gua..dan gua ucapkan terima kasih kepada Dr Aliff Saifuddin , kerana membuatkan gua rasa nak terbang juga.

* * * 

kira-kira lapan tahun selepas kejadian itu , gua kini sudah dua puluh tahun. jerawat semua tempat ada. muka dah calar balar.eyh. gya dah hampir lari topik.

* * * 

gua kini di kolej mara seremban. menghabiskan Alevel dan jika Allah mengkehendaki gua ke luar negara , maka rezeki gua akan tiba.spesial sikit kolej mara seremban ni walaupun nampak sekolah sikit ialah , gua dapat pilih university mana gua nak pergi dari pilihan dua negara. australia dan new zealand. tentu saja gua pilih aussie walaupun dalam borang mara gua letak gua nak pergi nz. kih3



selepas gua shortlisted kan universiti2 pilihan gua. diatas ini ialah senarainya.

gua pasang angan-angan tinggi.gua mana pernah naik kapal terbang.rasa negara orang?lagi la tak pernah.jadi bila ada orang nak hantar free2 sambil bagi trip belajar sambil melancong lagi,gua mesti taknak lepaskan.tapi gua ada satu halangan untuk dilepasi.iaitu exam bulan lima ini.jadi mahu tidak mahu, gua kena rerajin mula harini. supaya tahun depan , gua dapat bergambar didepan sign board mana2 universiti di atas sambil pakai baju sejuk.kih3.

gua ada insipirasi gua. dan gua yakin , semua orang ada inspirasi masing2. jadi haiya alal falah .
: )

p/s : RMIT maybe?

1 comment:

  1. GOOD LUCK and all the best (: insya-Allah you can do it

    ReplyDelete