Sunday, February 26, 2012

for one more day.

salam alaik.

aku bukanlah seorang yang suka membaca. apatah lagi buku novel tebal-tebal yang buat budak perempuan nangis-nangis. apatah lagi buku novel inggeris. aku rasa tak sampai dua mukasurat aku dah shut down novel tu.

* * *

mungkin kerana itu aku lebih suka kepada gambar.penyampaian cerita melalui gambar.aku lagi rela menghabiskan rm10 menonton ombak rindu yang durasinya tak lebih dua jam. dari bayar rm20 untuk baca novel ombak rindu yang memerlukan aku membaca dan membaca berhari-hari.atleast kalau wayang ada suara ,ada warna , ada elemen2 suspen dan ada popcorn. kalau membaca apa yang ada? huruf demi huruf demi huruf.kih3

tapi disebabkan gomen Malaysia dengan baik hati memberi voucher buku kepada pelajar , jadi aku ambillah juga peluang ni nak beli senovel dua buku..mana tahu nanti dah bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa-apa. aku cari juga novel tu.

pada satu malam . aku tweet untuk bertanyakan novel apa yang seeloknya aku beli.aku bukan into reading punya orang.jadi bertanya lebih baik.yang menghairankan. ada lebih empat orang yang berbeza suruh aku beli novel For One More Day dari Mitch Albom.

jadi ,selepas berjalan-jalan menghabiskan voucher bersama amira semalam , aku beli juga novel itu.


jadi , kalau ada lagi yang pernah baca novel ini , sila-silalah meyakinkan aku untuk membaca.kerana aku masih liat sebenarnya.ada la baca dua tiga muka surat.last2 kena download dictionary ke dalam android.kih3.at least ada effort kan?

p/s  : ada budak yang cakap , hah kau . kau kan suka kritik goverment. itu tak kena.ini tak kena.last2 kau ambil juga voucher yang government bagi.tak payah ambil la.tunggu pakatan memerintah baru boleh guna. aku jawab - nampaknya budak ini masih tidak faham apa itu asas kerajaan sebenarnya.sama ada aku menentang , aku mengkritik , perkara asas seperti pendidikan dan perubatan tidak boleh diabaikan oleh mana-mana kerajaan sekalipun.tak kisah la pakatan or barisan nasional.yang hak tetap hak.yang batil tetap batil.jangan kerana termakan jasa , yang batil dibiarkan. apa-apa pun terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin.yang baik aku puji , yang salah aku kritik. barulah berfungsi otak .kan?

7 comments:

  1. This is super good actually. Mitch albom punya novels semua best. Tuesday with Morrie. Semua ah. Serious haha. Compared to other novel, this is considered tak tebal sgt lah utk baca hehe. It is very interesting. Kalau tak silap dia cerita pasal ibu dia. "For one more day" Ibu dia meninggal dah rasanya, tak ingat sangat but for one more day, dia dapat sehari lagi dengan ibu dia. That's why cerita ni sedih gila. Closer to our hearts I guess? ;) Happy reading!

    ReplyDelete
  2. saya pun ada gak novel ini. tapi belum buka pun. nanti kita sama2 la membacanya. good luck!

    ReplyDelete
  3. yaa Mitch Albom. Tuesday with Morrie. memang best.but, I think buku buku dia memang boleh buat orang tersentuh dan berfikir. selamat membaca la.

    ReplyDelete
  4. Wani ngan Mokjan pun suggest novel ni kat aku. aku otw nak beli. ada lagi 100 utk dihabiskan.

    ReplyDelete
  5. pss : komunis kat korea pon buat skolah ngan sepital gak ....

    ReplyDelete
  6. haiiiiiii..
    buku nie seriously best gila.
    gua dah baca hari tu, ada lar jugak menangis sket.
    tapi dia bukan cerita love story yang eww eww,
    so baca pon macam bermanfaat lar.
    like seriously read this,
    tak lama sehari boleh habis :)

    ReplyDelete
  7. nice book, tulisan dia x pelik2 and senang nak faham..mula dgn bismillah, this book wont kill you..happy reading :)

    ReplyDelete