Monday, February 27, 2012

YNWA

salam alaik.


lebih kurang pukul 2.45 pagi harini , di saat hening malam dan keindahan bulan , gua bertempik sakan sambil lompat atas meja dewan selera bersama sekumpulan lagi member2 gua yang support liverpool FC. masing2 buka baju dan pusing2 satu DS sambil menjerit sakan macam orang gila tatkala orang lain tidur kenyenyakan dalam bilik masing-masing.

kerana apa?kerana liverpool menang Carling Cup musim ini.

jarang bagi kami fan liverpool dapat menikmati saat-saat begini untuk tahun-tahun kebelakangan ini..bertahun-tahun dibahan tak menang piala dan bertahun-tahun cuba untuk bangkit.menghadapi tahun2 yang sukar dan penuh cabaran.jadi bila menang piala tidak kisah orang cop piala kanak-kanak atau piala miki mouse sekalipun ,gembira itu mesti ada.benar.piala ini tidaklah segah mana.tapi harus diingat . liverpool menang kejuaraaan ini pun selepas mengalahkan Chelsea dan Manchester City. bukanlah lawan yang secikai mana kan?

untuk mentakrifkan ketegaran seorang peminat terhadap kelab yang disokongnya ialah perkara yang sangat subjektif. mungkin fanatik ditakrifkan apabila seseorang hafal sejarah kelab , hafal lagu kelab dan hafal siapa kapten kelab . mungkin juga tegar itu pada kesetiaan bangun pagi untuk tengok tim kesayangan bangun .dan tegar juga mungkin disabitkan pada kesetiaan untuk menyokong walaupun kena bahan dan menang-gung kekalahan . lain orang lain takrifannya.

tidak kisah la takat mana orang ukur takat ketegaran kau pada tim kesayangan kau . janji kau ceria dan setia. janji kau boleh melompat waktu tim kau menang dan kau boleh tahan sabar bila tim kau kalah.

nasib si abang torres.

FA cup to go. common on reds!

"at the end  of the storm , there is golden sky ,and the sweet silver song of lark.
walk on through the rain , walk on through the wind , though your dream be tossed and blown"
"walk on , walk on , with hope in your heart , and you'll never walk alone"
you'll never walk alone.

No comments:

Post a Comment