Monday, February 27, 2012

kegopohan itu racun.

salam alaik.

kegopohan itu racun manis .sungguh aku tak tipu.

* * *

bila kau dalam lamunan dan khayalan.kau tak sedar sebenarnya kau dalam dimensi kegopohan.kau mengejar terlalu pantas akan benda yang kau impikan.kau ambil jalan pintas.walhal jalan pintas itu toksik.kau tidak toleh kiri dan kanan.pada kau , yang penting aku dapat apa aku mahu.perkara lain boleh campak belakang.sebenarnya kau cuma perlu bersabar.satu masa nanti bila waktunya tiba , kau akan kecapi apa yang kau mahu.tapi tidak.kau gopoh.kau ikutkan hati merah itu.

bak kata orang tua.ikutkan hati jawabnya apa? binasa.aku tak kata. orang lain kata.

* * *

aku hanya mampu melihat.aku sudah cuba.tapi kegopohan dan kenafsuan kau tinggi.tidak mengapa.sekurang dan selebihnya aku mencuba.

tapi kegopohan itu racun.sungguh aku tak tipu.kerana aku pernah di tempat kau.ghairah dan gopoh.tapi akhirnya aku sedar yang aku tersalah langkah.dan kini aku retak.dan aku tidak mahu seorang lagi kawan retak berdetak seperti aku.

tapi aku gagal.kerana kau gopoh.

dan kegopohan itu racun manis.sungguh aku tak tipu.

lambat laun kan akan tahu.dan kau akan mengerti.biar masa jadi sahabat kau wahai cermin.

No comments:

Post a Comment