Monday, February 20, 2012

aku masih tidak faham.

salam alaik.

"lagu ini saya tujukan kepada abah di jamban  ,adik kat belakang yang tengah panjat bahu ni . kepada sayang saya yang berada di rumah sebelah , dan tidak lupa mak di dapur yang tengah masak .dengan ucapan , semoga ceria selalu dari anak mu di belakang rumah "

aku masih tidak faham.

* * *

secara serius aku masih tidak faham apa relevannya memberi dedikasi di corong radio dan lebih serius lagi apa relevannya memberi dedikasi pada waktu orang yang ingin didedikasikan berada pada jarak yang masih tidak hilang bau ketiak busuknya.

* * *

"kepada yang ingin meminta lagu kegemaran anda diputarkan , boleh hubungi saya dalam jam ini di talian kosong tiga sembilan lima empat tiga , tiga tiga tiga tiga dan nyatakan lagu pilihan anda, insya Allah akan dimainkan untuk menghiburkan hari anda"

aku masih tidak faham.

* * *

secara serius aku masih tidak faham apa relevannya kol radio untuk mohon lagu kegemaran dimainkan. henpon ada , internet ada , henpon kawan ada , internet kawan ada .tapi kol radio untuk meminta lagu kegemaran dimainkan.serius aku tidak faham.

ingat.aku tidak kata perbuatan mereka salah.tapi aku mencari relevansi.itu sahaja.

No comments:

Post a Comment