Thursday, February 23, 2012

aku tidak akan berhenti percaya.

salam alaik.

dear mom.please stay strong.i'll make you proud. i promise.

Februari 2012 ,

keadaan ibu kelihatan sugul.nampak benar raut wajahnya makin tua dari umur sebenar.uban makin menumbuh.langkah makin perlahan.kulit makin kusam.sungguh jauh bezanya dari sebulan yang lepas . sejak disahkan barahnya sudah merebak pada bahagian tulang , seolah-olah ada badai baru yang melanda. aku terdiam. waktu ayah mula memberitahu aku perkara sebenar yang barah ibu sudah merebak, aku hanya diam. mungkin tiada emosi yang dapat aku paculkan ketika itu.mungkin terlalu putih untuk aku warnakan perasaan itu.

jauh disudut hati , aku rebah.aku lelah.



* * *

sabtu lepas , ketika itu aku ada aktiviti kolej .jadi aku tidak dapat pulang ke rumah. ayah pagi2 lagi kol aku. aku benci ayah kol waktu begini. aku tidak suka. kerana aku tahu , situasi ini bukan pada kebiasaannya.bukan pada norma waktu biasa ayah akan hubungi aku.

aku angkat dengan debar dan ketar.

"anas , boleh balik rumah tak harini?"

soalan itu merentap dada aku dipagi-pagi buta.suara abah sungguh perlahan.tapi aku dapat meneka dan faham.apa yang cuba disampaikan.terus aku pecut keluar dari kolej walaupun aku ada aktiviti pagi itu.dan terus aku pulang ke rumah.

jauh disudut hati , aku rebah.aku lelah.

* * *

aku harus terima kenyataan yang di februari 2012 , ibu aku tidak lagi seperti dulu.kalau dulu , walaupun dalam melawan , dia boleh lagi bangun dan memasak. dia gagahkan diri untuk kehulu dan hilir. tapi kini tidak lagi seperti sebulan yang lepas.dan setahun yang lepas.

dia hanya terbaring. dan sekali sekala cuba untuk bangun.dan kenyataannya , kini dia tidak lagi mampu untuk bangun sendiri .dan kenyataannya , dia memang terlantar sahaja di katil .kini ,setiap langkah harus dipimpin agar tidak rebah. dan setiap langkah amat perlahan dan tiada maya.tapi aku tahu.dia masih kuat melawan dan tidak akan berhenti melawan.

uzur.

itu saja perkataan paling tepat ketika ini.efek dari kimoterarpi yang dilalui ibu sedikit sebanyak merencatkan nervous systemnya.ibu sudah mudah lupa.dan selalu terkeliru tentang tarikh dan masa.kena cakap berulang kali baru dia mengerti.walaupun baru sehari aku pulang ke kolej dari rumah . dia masih bertanya.

"bila anas nak balik? "

lima minit seperti lima jam rasanya.

tapi dalam kepayahan ibu dan ujian yang melanda keluarga aku hari ini.kadang kala buat aku terfikir.aku diuji dengan ujian begini.tapi aku percaya.di luar sana , ada ramai lagi yang diuji lebih maha dahsyat beratnya daripada aku.yang aku tidak tahu.dan takkan tahu.yang Allah uji mereka se-usia bayi sampai ke tua. yang Allah uji mereka dengan kesengsaraan hati yang tidak sudah-sudah.yang Allah uji mereka dengan peluru kiri kanan depan dan belakang. yang Allah uji dengan kelaparan dari pagi sampai ke petang. yang Allah uji dengan menarik nyawa orang tersayang mereka sebelum sempat pun mereka melihat dunia.

banyak betul ujian Allah bukan?

jadi apa sangatlah ujian yang ditimpa pada aku ini.tapi pada detik aku diuji begini juga.aku terfikir satu perkara yang memang orang selalu sebut-sebut.iaitu kalau aku tidak cukup kuat untuk ujian begini.Allah tidak akan melemparnya pada aku.Allah tahu aku mampu mengharunginya.kenapa aku perlu sedih.

mungkin kadang-kadang aku terfikir.kenapa Allah menguji aku.di luar sana ramai lagi orang jahat. ramai lagi orang buat aniaya. yang rasuah. yang kejam. yang makan harta orang lain.yang patut Allah uji. kenapa Allah tidak menguji mereka seberat Allah menguji aku?kenapa mereka sihat.kenapa Allah benarkan ahli keluarga mereka sihat.kenapa tidak mereka saja yang sengsara?

tapi detik demi detik , aku sedar. siapalah aku sebagai hamba untuk persoal pada siapa Allah patut menguji. dan aku percaya . ada hikmahnya setiap kejadian.aku perlu bersyukur yang aku diuji.itu tanda Allah sayangkan aku.dan itu tandanya Allah sayangkan ibubapa aku.

hati anak mana yang tidak runtun?

tapi aku kena kuat.dan aku menulis post ini bukan kerana aku mahu simpati,ramai rakan2 yang prihatin.yang bertanya khabar.yang ingin tahu perkembangan.yang terus berdoa dan berdoa.terima kasih.aku tidak tahu apa yang bakal berlaku sesaat selepas ini dan sehari selepas esok.dan kalian juga tidak akan tahu tentang episod seterusnya hidup kalian.

tetapi aku ada satu peringatan.

jangan ingat mati itu paling dekat pada orang yang berpenyakit.kerana ajal tidak mengenal kesihatan dan masa.bila tempohnya tiba.maka tibalah dia.jadi beringat-ingatlah kita semuanya yang masih sihat ini.kerana mungkin hari ini hari terakhir kita.


aku percaya.ibu aku kuat.dan dia tidak akan berhenti melawan.

aku mengharapkan bantuan kalian untuk membantu aku menyebarkan satu kesedaran..
sila baca post ini dan tolong sebarkan.TEKAN SINI.

terima kasih.semoga Allah merahmati kalian.

8 comments:

  1. be strong anas. kalau anas kuat, mak anas mesti akan kuat jugak. jangan pernah berhenti berdoa oke :)

    ReplyDelete
  2. zuhaida : terima kasihh. : ) insya Allahh.

    anne : : )

    ReplyDelete
  3. SyafahAllah...

    Moga Allah menyembuhkan ibumu, Anas.

    ReplyDelete
  4. Kasih sayang Allah itu Maha Luas. Pastinya Allah terlalu menyayangi ibumu dan seluruh keluargamu untuk memberi peluang pahala yang besar. =')

    ReplyDelete
  5. anas, aku baca entry ni aku rasa sebak. aku just bayangkan cmne la aku kalau aku ada kat tempat kau. aku ada mak cik, dia pun ada barah. masa mula2 dapat tau memang terkejut sangat. tapi sekarang dia makin okay sebab dia kuat and dia dapat support dari org sekeliling dia. aku harap kau kuat, mak kau pun kuat. and jgn berenti support mak kau. sume yang jadi memang suratan takdir. be strong anas. kita sama2 doa.

    ReplyDelete
  6. Salam saudara ,,,bersabarlah atas ujian yang melanda ,,,yakin lah akan ketentuan Nya .,,pasti ada hikmah yang kita sendiri tidak pernah menduga apa yang akan berlaku ,,,hari ini kita diuji ,,,mungkin ,,,hari esok ,,,berkat kesabaran yang kita yakini ,,,Dia menganugerahkan sesuatu yang x pernah kita tahu ,,,yang penting sebagai hambaNya ,,berdoalah ,,,berusahalah ,,,agar kita sentiasa bersabar diatas apa yang berlaku ,,,dan yakin lah ..Dia x kan uji seseorang tu melainkan seorng itu mampu untuk melalui ujian itu ,,...di Doakan semua diberikan ketabahan dalam melalui hidup ini ,,,Amin,,

    ReplyDelete