Wednesday, August 31, 2011

perasan di hari raya.

salam alaik.

2010.

2011

2010

2011

 selain daripada warna gambar yang nampak ketara berbeza antara DSLR pada tahun 2010 dan hp nokia 3.2 megapixel tahun 2011 , kedua-dua gambar nampak lebih kurang sama.tapi ada satu perbezaan.

gambar tahun 2011 lagi hensem dari gambar 2010.
gahahahahaha.ok.jangan amik hati.ini hari raya.kalau amik hati tunggu hari hati sedunia.

p/s : hipotesis bahawasanya makin tua makin banyak duit raya mungkin boleh diterima pakai.asalkan anda buang misai dan janggut.oh demn.aku tak buang.kih3.

Monday, August 29, 2011

muda hanya sekali.

salam alaik

yg tengah plg sakai.

definisi hari raya dari sudut makanan- ialah hari menggemukkan badan .
definisi hari raya bagi kanak-kanak - hari memenuhkan poket.
definisi hari raya bagi PATI - hari berkumpul di KLCC tanpa halangan.
definisi hari raya bagi orang tua-hari menerima kunjungan.
definisi hari raya bagi penyokong arsenal - hari yang suram lagi lebam.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. : )
gua tak pandai nak buat pantun-pantun hari raya ni.
gua mintak maaf apa2 yang terkurang dan terlebih.
maaf zahir je.batin takda yang gua kacau rasanya. : )

Sunday, August 28, 2011

kamera pon nak baju raya. : )

salam alaik.

camera : smena 8M
modification :

dengan memotong alas meja dapur secara meminta kebenaran emak terlebih dahulu.aku menempek-nempek alas meja merah ini dengan tape PVC depan dan belakang.berbekalkan tangan lelaki dan ketidaklulusan pendidikan seni visual.versi kolaj moden diterapkan dengan unsur-unsur garang dan makmur.

barang-barang yang diperlukan:
1 kamera.
1 gunting.
1 tape PVC.
1 alas meja warna merah

tada.





ada juga modification yg menggunakan fabrik yang dijahit rapi.maaflah.takda masa nak menjahir-jahit.haha.bajetlah anas.padahal jahit pon tak reti.kadang-kadang kamera pon nak baju raya jugak.ye dak? im ready to shoot during this raya.haha.tak sabar nak shoot gambar2 adik2 sedara yg comel. : D

Selamat Hari Raya kepada semua yang hinggap kat blog ni.
Maaf kalau bahasa aku terkasar ,terkentut , terbau , terbusuk. : )

Saturday, August 27, 2011

baru tahu.

salam alaik.

Obefiend - antara Blogger Malaysia yang famous , tuan punya kepada blog Blog Serius dengan lebih 21,000 peminat , Harian Metroll , Obefiend dan penulis blog humor bola Sokernet yang ayat dia boleh buat butthurt tiga hari, semalam tweet kat twitter dia mengenai suasana khutbah kat sebuah masjid yang katib itu seorang bekas paderi .khutbahnya lantang dan bersemangat gila.sampai teresak dan menangis.

tengok2 kebetulan dengan aku.dan aku boleh andaikan khutbah semalam khutbah terbaik la penah aku dengar.sampai tak tertido bhai.gahaha.

ape ape pon.















 dan ini.


 lah obe ni budak taman aku rupanya.HAHA.

link di bawah untuk pergi blog dia.
http://obefiend.blogspot.com
http://blogserius.blogspot.com
http://harianmetroll.blogspot.com

p/s : kira ok la kan.Kepong yang dekat ngan KL tapi tak famous ni ada taman main layang-layang yang famous dan seorang blogger famous.ok lah tu. Kepong Rock!haha

Friday, August 26, 2011

INSTAX.

salam alaik

yang tengah tu comel jugak..maksud aku lelaki tu.kih3

* * *
bila cakap nama Polaroid,dalam otak semua orang pon terbayang camera yang boleh keluar gambar terus dari atas kan?cool je kan keluar2 gambar terus.popularity polaroid sangat tinggi sehinggakan mana2 kamera yang boleh keluar gambar terus.disebut polaroid.kesian kat brand lain.fujifilm sekarang ni tengah popular menjual instant camera mereka sendiri yang diberi nama Fuji Instax.tapi ramai org still memanggil kamera itu sebagai polaroid.haha.serupa maggie la.mulut tengah ngap mee cintan ke,mee mammie ke.disebut maggie juga.disebabkan branding yang power.

sebetulnya , Instax is Instax. dan Polaroid is Polaroid.masing-masing ada kelebihan tersendiri.


gambar lepas scan masuk pc. Instax Wide 210

kat luar sana mesti ramai terutamanya gadis-gadis yang macam menggelupur nak kamera Instax ini.macam cute dan cool la kan.haha.suka hati la duit korang.tapi nasihat aku jangan la pakai sekatrij dua film lepastu berhabuk dalam almari.Fuji instax mini harganya sekitar rm180-rm200 dan yang Instax wide sekitar rm340.jika korang pandai tawar menawar.dapat lah dengan harga yang lebih murah. 

* * *

aku nak share ngan korang satu page yang menarik.ianya mengenai seorang lelaki yang mengabadikan hidupnya guna kamera Polaroid satu ketika dulu.setiap hari dia menangkap satu gambar polaroid.dia mengumpul gambar polaroid kira-kira 18 tahun dari tahun 1979 sehingga tahun 1997.

inilah gambar terakhirnya bertarikh 25 october 1997.
gambar dia sebelum pergi barangkali.

tekan link bawah ini untuk tengok galeri gambarnya selama kira kira 15 tahun!

ada yang nak beli camera fuji Instax ni secara online? pegi link bawah ni.
akak saffawati
theclickshop
lydia punya.nama nak lulu.letak la rokiah ke.zubaidah ke.

dan aku pula? aku lebih menggemari kamera Polaroid sebenar berbanding Instax . ini antara cerita aku dan Polaroid yang digunakan.


this is why i love analogue!

Wednesday, August 24, 2011

sayonara WGE 3830

salam alaik.


in life , youll never appreciate things. until its gone.
"one day, i will buy my own car.i pimp it my style.and i will take care of it.and i will never sell it.to strangers.

balik cuti haritu.abah aku buat keputusan yang cukup buat aku rasa retak pecah koyak.dia kata dia nak jual kereta satria yang dah berzaman berkhidmat untuk keluarga aku.dan jadi tunggangan aku.untuk setahun yang lalu.aku terus jadi kaku.

betul.bila difikirkan.jual kereta je pun.bukan jual rumah.kata orang lain , abah kau jual kereta tu sebab dia nak beli kereta lain la tu. ko rileks je nas. tapi aku pon tak tahu kenapa aku sedih dan melankolik.yang dijual kereta. bukan benda hidup.tapi tapi tapi.bila benda yang tak bernyawa tu , ada kenangan dengan kau.seburuk mana pon rupa benda tu,kau mesti rasa kehilangannya.contohnya dulu waktu kecik kita main tamiya.tamiya kita pecut dengan lembabnya masuk longkang.kita akan sedih dan meratap betapa bongoknya kita tengok saja tamiya kita masuk longkang.ok.apa aku merepek.

ok.abah aku cakap dia nak jual kereta satria ni sebab kakak aku bakal beli satu lagi kereta.jadi dekat rumah aku sekarang ada perdana , satria ni dan kelisa.dan dia cakap.bila akak aku beli persona , tak cukup tempat dah nak letak kereta.alahai.satu alasan yang agak pelik.jadi bila aku tanya kenapa tak jual je kelisa tu? kan lagi baik simpan je satria yang lagi perform ni.ayah aku menjawab , kelisa brapa sangat la dapat kalau jual.

ia terus menjurus kepada satu kesimpulan.iaitu , ayah aku perlukan duit sebenarnya dan dia terpaksa jual.dia takkan nak bagi tahu  benda tu direct kat kepala aku.tapi sebagai seorang anak.aku harus tahu tanpa perlu dia bagitahu.haih.pahit betol ditelan.jadi.aku terpaksa la relakan kereta itu dijual demi kebaikan ayah aku.dan harini.dia tiada lagi.

jadi.ada apa dengan satria ni sampai sedih sangat dia kena jual?sebagai seorang remaja.satria ialah kereta paling ideal dan mantap.agak tidak manis utk seorang remaja bawak kereta auto dan perdana. lagi tidak manis kalau remaja bawak serena dan iswara.remaja hanya untuk satria.ok tak lupa.myvi.jadi bila satria idaman remaja menjadi panduan aku.agak susah untuk aku lepaskan lagi2 tahu yang dia dah kena jual.arghh.

* * *
satria ni ialah kereta pertama dan terakhir yang aku guna sejak aku ada lesen memandu.memang akan ada intermolecular force yang kuat antara aku dan dia.aku dah bawak dia kehulu kehilir.pergi sawah padi.balik seremban.tengok belon udara putrajaya.jam satu kuala lumpur.dan banyak sangat tempat.

*aku pernah rasa habis minyak sebanyak tiga kali guna kereta ni.sama ada meter minyak yang tak berapa betol dan aku yang tak betol.haha.ok.aku simpulkan yang kedua-duanya main peranan atas kejadian aku terpaksa melambai lambai atas fly over suruh kereta kekiri dan kenanan .malu seh.

*aku pernah rasa habis bateri sebanyak sekali depan wangsa walk.sama ada aku lupa tutup lampu atau bateri yang lupa nak tutupkan.aku simpulkan.kedua-duanya main peranan.buktinya lepas aku tuka bateri baru pon.kereta problem lagi.

*aku pernah tertinggal kunci dalam kereta a.k.a kereta terkunci dan kunci tertinggal kat dalam sebanyak dua kali.tapi aku cool.kereta burok sapa nak curi.haha.kepala kau cool.sekali depan central market satu lagi depan stadium lepas tengok malaysia menang lawan taiwan.pembaris dan pisau pemotong roti menyelamatkan hari aku.skill2 seorang pencuri satria terpaksa aku gunakan untuk bukak pintu balik.

*aku pernah hampir accident masuk gaung dalam Universiti Malaya waktu pusing2 cari masjid nak sembahyang jumaat.baru aku tahu rupanya masjid kat luar.dan haritu.aku miss sembahyang jumaat.teheee.

*aku pernah sanggup kepanasan satu hari dalam kereta dengan member-member cari kedai jamming waktu hari cuti umum sebab kipas aircond tak jalan.

jadi.bila satu perkataan iaitu kenangan hinggap dalam otak.kau akan susah melepaskan sesuatu.walaupun pada dasarnya agak bodoh untuk kau sedihkan.ok.enough of that.sebenarnya aku sedih sebab lepasni tak dapat lah aku meronggeng kl lagi dengan kereta sendiri.ini menandakan bermulanya semula era kemampatan ketiak-ketiak niger dalam ktm yg bakal aku harungi.

dan ini sebenarnya tanda Allah sayangkan aku.mungkin kalau kereta tu ada lagi.aku tak belajar dan akhirnya result aku makin teruk dan aku tak dapat fly.mungkin?

jadi.sayonara WGE 3830.jika anda nampak kereta satria burok ni melintas depan anda.sila tabik hormat.selamat tinggal satria.no more you in my life.

p/s : damn.pasal kereta pon nak sedih.aaaahhhhh.


klik untuk baca memori lejen bersama kereta ini : > siri gua pemandu hebat.

Monday, August 22, 2011

porno halal.

salam alaik.

smena 8M.lomomatriks taman tasik titiwangsa.

tekan link yang biru ini untuk melayari laman porno yang boleh di buka di bulan puasa. tanpa membatalkan puasa dan mengurangkan pahala bulan ramadan.

Sunday, August 21, 2011

this is fantasy. #1

salam alaik.

damn.this is really fantasy.


ini ialah skorboard minggu satu.nampak di situ.sergio anasguero dengan team borhan dortmund berada di tangga pertama.pertama dari bawah.kah3.nampak sangat gua fail jadi manager.apa2 pon. ni baru result first week.gua tak reti main lagi.main taram je player2.

a wise man once said ,

HERO KALAH DULU.

we will see what happen this week. a born loser or a born comebacker. what type of english i used?damn.

Friday, August 19, 2011

oholiday

salam alaik
kiev 60, the antique.hey.

today is the beginning of raya holiday.sick of using KTM.i took a bus to go home.but unfortunately,same symptom and same case as KTM, the airconditioner felt to operate!aaa.one hour of sauna session.what happen to all public transport in Malaysia?wak hapeng?yep.i bring a lot of books like previous holiday. and to be fair , i dont know eether i will open at least a page of it or not during this holiday.but atleast , at leasst , i will bring along with the book some sort of motivation and inspiration.

i am an examinatin repeater.a repeater of chemistry and physics paper.and yep.i have to stop dreaming about Australia and work more.and talk less.cuz there will be no Australia for me if i fail again during next year examination.and what a dissapoinment i will throw to my parent faces, my family and ofcourse , myself. after two years i spend there for overseas preparation. i end it up study local.and please understand my word ,i dont label study local as a failure.but for a person like me who get the opportunity and ticket to study overseas and i fail to get there.it would be a major loss.

i wish. i wish. for the third time. i wish. this holiday will be not like usual. oh books.how can i love you when there is a  facebook? temptation.temptation. and that is why Allah give this challenge to me in ramadhan.

wait.why am i writing this post like a nerd? or maybe i am a nerd?

p/s : bajet tulis dalam b.i macam diari padahal takda isi nak update.kah3.
p/s : photo taken with my brother D90

Tuesday, August 16, 2011

aku atau topeng.

salam alaik.

aku atau topeng.

derap dalam hati debar-debar ,
nadi lari-lari tidak kemana-mana,
cuma makin deras di malam yang bisu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini muka baru.

sesimfoni peralihan bukannya senada dua,
perlukan sesaat yang lama dari seminggu.
dan bukan sedetik yang palsu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini baru.

tuhan tolong bujurkan aku.dalam jalanmu.
pintaskan gelap dengan terang.
benakkan senyum dalam suram.
aku merayu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini  muka baru.

jika sesaat yang benar ini palsu sebenarnya.
lambatkan sesaat itu oh tuhan.
agar mampu aku nikmati.
lagi dan lagi.
sebelum selepas sesaat baru aku sedar ia palsu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini muka baru.

moga alunan ini terbenam sedalamnya.
moga muka baru ini selamanya.
dan bukan kekal dalam nada yang palsu.

p/s : lama sudah tidak berpuisi.

Monday, August 15, 2011

tembak kena sendiri. #2

salam alaik.


sedar tak?
kita boleh kol kawan dan orang teristimewa berjam-jam setiap hari , tanya diri berapa lama kita peruntukkan untuk ibu bapa kita?

sedar tak?
kita boleh ber-dota berjam-jam tak henti-henti pagi petang siang malam. tapi untuk spend dua minit berdoa dngan ikhlas kat tuhan pon kita nak cepat-cepatkan?

sedar tak?
kita boleh beli beg guci , baju padini 50% off , seluar levis dan baju raya,tapi kenapa kita susah nak sedekahkan doa yang tidak berharga se sen pon untuk orang-orang yang memerlukan?

sedar tak?
kita boleh meminta-minta dari ibubapa kita macam-macam perkara ketika mereka susah. tapi ibu bapa tak pernah meminta apa-apa dari kita ketika kita senang.

sedar tak?
kita boleh salahkan subjek susah dan tak cukup masa untuk study dan cikgu tak bagus sebagai punca result teruk.tapi pernah tak kita salahkan diri kita malas, lalai dan kuat main?

sedar tak?
kita boleh melalak , berjamming , karaoke sepuas hati dengan kawan dan member ,tapi nak baca al quran satu surah pendek pon kadang-kadang tak terbuat kan?

sedar tak?
kita boleh mentertawakan orang lain terhadap kekurangan dirinya , tapi kita lupa kita ini penuh kecacatan dan kekurangan yang lebih dari dia.

sedar tak?
kita boleh mengumpat orang lain dan kita cerita kelemahan dia , tapi kita marah bila diri kita di cakap belakang sedangkan kita melakukannya.

sedar tak?
kita boleh tutup aurat waktu menghadap tuhan dan waktu ada kematian. tapi bila keluar jalan-jalan dan riadah  , kita singkat-singkatkan?

sedar tak?
kita boleh mengubah diri kita walaupun pernah buat silap.kerana jalan itu sentiasa ada.dan Allah selamanya ada. : )

p/s : tembak orang kena diri sendiri.memang pedih! semoga hati ini berubah.

Sunday, August 14, 2011

dari paint ke adobe ke snipping tool. #2

salam alaik.


"Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- "
sedikit pengisian sebelum bermula.bulan baik hari baik.apa ada hal kongsi sikit2?


kisah dulu kala. ada seorang budak lelaki yang sungguh jeles melihat bertebaran header2 belog yang sungguh mantap dan wow wow bila dia memulakan operasi stalking blog kira-kira dua tahun yang lepas.pada ketika itu.dia berumur enam belas tahun.masih hingusan.adobe photoshop? apa itu.katanya dengan suara sudah garau.lalu dia meminta seorang kawan maya nya untuk menolong beliau membuat header agar bertambah seri dan berlemak manis belog ini.lalu hasilnyaa.


header pertama blog ini direka oleh fatin illinie.illy.sila baca pos ini.terima kasih buat header yang sungguh montel ini.selepas sekian lama header tidak ditukar.pemilik belog setart bosan.tapi dia tiada bakat dalam editing-editing ini.lalu dihasilkan kepala blog ini.



header diataas disiapkan  menggunakan software paint dengan main crop-crop dan angkat mengangkat serta tindan menyindan.dia juga menyiapkan header di bawah menggunakan software kanak2 lima tahun kebawah.



mengedari pentingnya software paint dalam laptop selain digunakan untuk main-main crayon dan lepas geram dekat orang tertentu.header pertama yang beliau buat just guna paint.almaklumlah.tak pandai lagi guna2 ardorbe phortorshorp time zaman muda-muda dulu.hehehe.kerana terlalu dull.dia telah mengerah segala punat-punat yang boleh ditekan di adobe.lalu terciptalah header di bawah ini.



ha.gambar ini ditangkap oleh amin jabar dan mendapat kelulusan beliau untuk dijadikan header belog.penulis menutup muka tanda muka bertambah jambu.batu.ketika ini belog si penulis bertemakan robot dan manusia.ceh.bajet.penulisan entah hapa-hapa.header lebih-lebih.ekeke.ada hal apa?


header ini pula gambar ditangkap menggunakan camera film tahun 1980 iaitu zenit TTL.tidak diubah warna serta tona.cuma ditambah caption diatasnya.penulis rasa header ni antara yang paling dia suka.kerana simple tetapi unik.itu bagi dia.bagi sesetengah orang pula mengatakan header ini meniru freemason.haihhh.macam2 lah korang ni.


header ditukar lagi.gambar ini juga dari amin jabar.diedit menggunakan software poladroid dan ardobe phortoshorp.alah.setakat buboh caption.takda edit pon.kih.penulis suka header ini kerana gambar ini real dan bersahaja.penulis sedang berkain sarong dan memperomosikan kain sarong bukan halangan.hihihi.


merasakan header beliau terlalu besar dan macam nak mencapub muka beliau yg kurang hensem.beliau menggunakan gambar hasil kamera tiga perpuluhan dua mega piksel nokia 5530 ini untuk dijadikan header.ditambah caption dan diedit serba serbi oleh amin jabar menggunakan photoshop.kembali kepada header simple sahaja.hihi.tulisan tak seberapa.header nak riuh bagai.


ini ialah application yang di sediakan oleh lomography.com untuk pengguna membuat lomo wall. tetapi aku gunakan untuk membuat header blog yang tidak seberapa dan menakutkan.header ini tidak bertahan lama kerana dirasakan mampu mengganggu keharmonian rumah tangga dan anak beranak.


header ini tidak di edit apa-apa.hanya ditambah caption di atas.warna wall memang kuning dan tu memang tangan penulis barangkali dalam usaha menyokong bersih dua.kih3.header ini juga hanya digunakan buat beberapa purnama malam sahaja.


header ini paling lama di gunakan.dan setakat ni feveret penulis .menggunakan kamera lomo fish eye dan ditangkap di atas titi parit sawah padi kuala selangor.tehee.Ikatan pelajar islam usah risau.ada orang ketiga dan ke empat di sebelah kiri dan kanan.cuma tak interfrem gambar.mereka ialah momoe ozawa dan amin jabar.

dan.

dan.

lepas sekian lama tak tuka header blog.

muncullah header bawah ini.teheee.


menggunakan snipping tool dan main save gambar curi-curi. imej tidak di edit.menggunakan kamera rm30 dan ditambah caption menggunakan paint.apa ada hal?

jadi itu je lah koleksi kepala-kepala blog yg pernah menghiasi blog aku setakat jam 1.46 hari ke 14 ramadan ni.penulis juga pernah amik idea dan ilham buat header-header ini dari beberapa blog yang pernah dia singgah.jadi kalau ad yang mcm lebih kurang sama.maaflah.bulan-bulan puasa ni baiklah kita memaafkan.kih3.

kpoptengssbaii.

p/s : post kopi pes dan di update seketul dua ayat.

Saturday, August 13, 2011

once upon a time.

salam alaik.

post ini panjang.sila habiskan.kah3

akak tak nak beli? bukan beli saya.beroadband ni.kih3

once upon a time . aku ialah seorang penjual broadband yang berjaya.dalam istilah profesionalnya sales executive celcom beroadband.haha.padahal jual broadband je pun.executive lah sangat.kira-kira enam bulan aku kerja.satu kuala lumpur aku jelajah. bawak booth besar gedabak dalam beg macam arkitek.lepastu usung ke hulu ke hilir.

kerja ni agak masyuk.walaupun kena tebal muka dan telinga dengan kerenah typical malaysian yang langsung tak boleh tengok orang bukak booth tepi jalan confirm nak lari dan tutup muka bajet artis.kerja ini banyak bagi aku pengalaman.bila aku fikir balik.aku dulu pon begitu , pantang orang panggil kita abang sambil tunjuk simkad percuma. aku mesti tepis dengan gahnya dan buat muka masam mencuka.typical malaysian.

tapi kalau ada sesetengah salesman yang kejar orang sampai ke hujung jalan sampai tunjuk2 produk jualan.aku pon bantai.bukan pukul.bantai lari cepat-cepat.tapi aku tak begitu.sebagai seorang penjual broadban yang berhemah.aku senyum dan tegur semua orang dengan wajah sesuci murni.kalau orang tu taknak layan.aku akan cakap terima kasih dan tak kacau hidup dia ,laki dia dan bini dia serta adik ipar dia.

tapi typical malaysian.memang begitu.kalau pun taknak , tak usahlah dibuat muka ibarat kita tu anak raja, orang tu cuma cari rezeki. bukan dia merompak. tapi kalau dia memaksa. memang wajib lah untuk kita tak layan dan mencarut.kih3.tapi aku tak begitu.sebagai seorang penjual broadband yang berhemah.aku senyum dan tegur semua orang dengan wajah sesuci murni.kalau orang tu taknak layan.aku akan cakap terima kasih dan tak kacau hidup dia, laki dia dan bini dia serta adik ipar dia.

bila takda customer.kita bergambar.hihi

pernah sekali ketika itu di jalan masjid india.ada insiden yang sungguh memalukan.bukan untuk aku.tapi kat akak tu. ,ada seorang kakak ni dia lalu depan booth aku dengan jalan dabik dada dan langsung tak hirau dekat aku.pakai baju cimb dan nak bangga la kot dia kerja bank.aku apa kisah.aku mencuba nasib aku senyum dan tegur.dia tidak melayan.its ok kata aku.tapi dia jeling dan kata , eeww menyampah lah dengan budak2 macamni.menyusahkan hidup i jew.bla.bla.bla.dalam hati aku, eyh akak ni.dah la tak lawa.aku tegur baik-baik.kalau taknak takpa.tak payah nak berleter bagai.dan mencuka semasamnya.ok.lupa nak mention.akak tu pakai seluar warna putih.

dia jalan dengan megahnya dan menjeling seolah-olah kerja aku ini hina.maklumlah.jual broadband je.jerit sepanjang hari mengharap simpati orang beli.seberlalunya dia di depan aku , aku nampak sesuatu yang sungguh memalukan bagi seorang perempuan yang dalam bulan percutian.di belakang seluar putihnya penuh dengan warna merah basah , di bahagian punggung.faham-faham jelah kan.dia masih berjalan megah.dan tak tahu apa-apa.semua orang terutamanya lelaki maskulin gatal semuanya gelak dekah-dekah bila pandang dia dari belakang.dan dia masih lagi megah.bajet macam orang semua nak ngorat dia.aku hanya mampu kah kah kah bila nampak muka masa mencukanya dan merah menyala di belakang seluar putih.

ok.cerita ini takda pengajaran sebenarnya.aku cuma mahu menyampaikan sesuatu.boleh tak lepas ni saudara dan saudari yang di luar sana kalau nampak orang jual-jual cenggini.jangan anggap lekeh dan menyusahkan kehidupan.kalau tak berminat.tak perlu mencuka dan bermasam muka.tak perlu tunjuk lagak dabik dada.dan anggap kita lagi mulia.kalau tak berminat.apa la salahnya angkat tangan tanda taknak dan senyum.tak susahpun.

lagi senang dari kita mencuka.cuba bayangkan anak beranak kita yang bekerja begitu.tapi kalau penjual tu dah tahap mendesak dan memaksa sampai tunjuk kurang ajar.lempang je kepala dia.dia nak duit kita tapi layang kita macam adik dia.a typical malaysian.jarak dua kilometer dari jurujual pon dah lari macam nampak hantu.typical malaysian.

sebagai bekas seorang penjual broadband yang skema,aku menyeru budak2 simkad percuma dan brader2 P1 yang kerja macam aku dulu.pakai tu eloklah sikit.rambut dye mohawk.subang nak besar gelang ac.seluar koyak ketat.pakai baju lusuh.lepastu harap orang beli produk kita.memang padanlah orang maki kau.penampilan tu satu first impression.tengok gambar diatas untuk penampilan yang unggul.

ahaha.ok.aku masih tak percaya yang aku pernah enam bulan bekerja ni.menebal muka di jalan masjid india.tegur semua orang dengan senyuman dari pagi sampai malam.perghh.serius aku tak percaya.banyak lagi story waktu zaman aku kerja.later aku story.

kpoptengsbaii.

tekan sini untuk baca cerita misteri aku ketika bekerja ( anas dan seorang pakcik misteri , anas dan seorang buta. )

p/s  :  aku pernah bukak booth broadband dekat jalan chowkit belakang lorong haji taib.yang lagi menarik kiri kanan aku pon ada booth.booth orang gila.dengan bohsia depan belakang .fuh.pengalaman2.