Monday, December 31, 2012

selamat tinggal 2012.

salam alaik.

"seboleh-bolehnya, hidup ini biarlah dijalani dengan memberi manfaat kepada orang lain , walau sekecil-kecil perkara , apatah lagi sebesar-besar perkara"

hari terakhir di kalender 2012. dan setakat ini , 2012 ialah tahun paling drama dalam hidup aku. tahun yang aku boleh letakkan semua perkataan "paling" didepannya . tahun paling gembira , paling sedih , paling berdebar , dan semua paling-paling yang lain.

dalam banyak-banyak peristiwa yang berlaku tahun ini , aku nak petik dua peristiwa yang sememangnya tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.

1 ) Pemergian ibu selama-lamanya.
2 ) Result A-level.

* * *

ibu aku bertarung dengan kanser semenjak awal 2011 , dan sejak awal-awal lagi , dia bertarung dengan kanser paru-paru tahap 4. sepanjang penderitaannya itu , aku banyak menulis artikel dan post mengenai dia , mengenai kebencian aku terhadap rokok , mengenai harapan dan doa aku. mengenai apa yang pembaca boleh lakukan dan sedikit sebanyak aku nak bawa pembaca kembali kepada ibu bapa mereka .ya , ini penderitaan dan ujian kepada keluarga aku , tapi juga ingatan kepada semua.

aku sangat-sangat terharu kerana ramai yang menerima penulisan aku . ramai yang share artikel itu di facebook .yang berpesan-pesan kepada kawan yang lain.ramai juga random people yang menegur dan memberikan sokongan padahal aku langsung tidak mengenali mereka.terima kasih banyak-banyak. tidak ada perasaan paling gembira bagi seseorang penulis , selain daripada penerimaan positif dari pembaca.

dan seperti rancangan Allah , ibu pergi juga tanggal 21 June 2012. tarikh yang sudah terpahat dalam hati. tamat juga segala penderitaan , segala kesengsaraan dia yang tidak ada tara.

selamat tinggal ibu. : )

* * *

tahun 2012 juga tahun yang amat penting untuk aku. tidak ada seorang anak pun yang lahir di-dunia ini , yang tidak mahu menggembirakan ibubapa , yang mahu mengukir senyuman di wajah ibu dan ayah , apatah lagi si ibu nya sedang tenat di rumah .tidak ada cara lain untuk sang anak membantu dari jauh , hanya doa dan mungkin dengan keputusan peperiksaan yang membanggakan. mungkin itu penawar kepada semua duka yang menimpa keluarga.

aku menghadapi peperiksaan Alevel pada bulan Mei 2012 . apa yang aku perluka ialah 13 points dari 15 points total untuk melayakkan aku terbang ke bumi Australia. berat juga bebanan pada waktu itu. cuba kau bayangkan bagaimana kau nak fokus untuk peperiksaan sedang kau memikirkan keadaan ibu dirumah , meraung dan merintih derita akibat kanser nya. serba salah aku dibuatnya.

tapi itulah ujian yang aku hadapi tahun ini . dan apabila result Alevel diumumkan , seperti rancangan Allah , aku gagal secara merit ke Australia . keputusan di umumkan pada 13 Ogos 2012 , kira-kira 2 bulan selepas pemergian ibu . aku pernah berdoa kepada Allah ,

"Ya Allah , setelah dugaan demi dugaan yang kau berikan kepada aku tahun ini , bantulah hamba-Mu ini mendakap sedikit kebahagian dengan keputusan yang bagus ya Allah "

ketika result Alevel tidak menyebelahi aku , aku seolah-olah "sudah jatuh ditimpa tangga " , ibarat menerima dugaan berat berdas-das .tapi sesungguhnya Allah itu maha adil.

* * *

Allah tidak memberikan apa yang kita mahu , dia memberikan apa yang kita perlu.

aku berjaya juga untuk ke Australia selepas MARA bersetuju menerima rayuan yang dibuat oleh pihak kolej khusus nya guru-guru aku . selepas setahun yang dilalui penuh kesedihan , ada juga ruang untuk aku senyum dan gembira. walaupun mungkin aku tidak dapat kongsi kebahagian ini dengan ibu tercinta , tetapi cukuplah aku menyempurnakan impiannya.

begitulah berakhirnya 2012 dalam sejarah hidup aku . dan 2013 ialah cerita baru , setting baru , tempat baru. tapi mengharapkan Anas yang sama.

terima kasih semua. goodbye 2012 !

2 comments:

  1. Semoga berjaya kelak.Nanti boleh lah readers baca entri berlatarbelakangkan aussie pulak :)

    ReplyDelete
  2. thanks bro sebab support ! terharu. ; D doakan aku di bumi orang.

    ReplyDelete