baru-baru ni aku melapangkan masa aku untuk pergi ke Kompleks Mutiara , Jalan Ipoh.Di situ , terletaknya sebuah klinik kamera yang dimiliki oleh encik Albert Cheah. tidak pernah sebenarnya aku pergi berjumpa dengan pembaiki kamera. lagi-lagi kamera lama atau kamera vintaj.
teruja sungguh melihat dia dan adiknya Mr Andy Cheah , tengah membedah kamera-kamera yang dihantar pelanggan. pergh.kalau lah gua ada ilmu-ilmu membaiki kamera , syok juga. paling-paling boleh buka bisnes kecil-kecilan .kah3.
mr Andy Cheah. adik kepada mr Albert Cheah. department film camera. kah3
* * *
sebenarnya antara risiko bila menggunakan kamera-kamera vintage ialah risiko untuk menghadapi kerosakan pada bila-bila masa.yang paling aku fed up sekali ialah , timing bila kamera tu nak rosak , mesti timing yang sungguh cantik. hari event la , hari pergi trip la , hari-hari yang memang kau amat memerlukan kamera-kamera kau berfungsi dengan baik.
itu yang aku alami.sedih sedih.
* * *
bak kata Mr Andy Cheah ni , "awak tak boleh jangka maa bila kamera itu akan rosak , anytime , any second, because itu barang sudah lama. sebab itu kena selalu servis ".
cewah ayat Mr Andy Cheah ni ada bau-bau marketing juga. kah3.Abangnya , mr Albert Cheah dah berkecimpung dalam scene baiki kamera ni sejak 30 tahun yang lepas , dan waktu aku datang tu , anak kepada mr Albert Cheah ni pun dah boleh repair DSLR.
kos nak repair satu kamera bukannya kecil , ibaratnya kau boleh dapat sebiji lagi kamera yang sama .tapi kamera baru itu tentu tidak dapat mengganti kenangan-kenangan dan nilai yang ada pada kamera lama , jadi sebab itu , masih ramai lagi yang sanggup membaiki walau kosnya tinggi.
nilai estetika bak kata orang-orang bahasa.
* * *
bila berjumpa dengan orang-orang lama dengan kisah-kisah retro dorang membuatkan aku jadi lebih bersemangat untuk mendalami film photography. walaupun untuk permulaan , aku kena baiki banyak kamera-kamera aku yang rosak , kerana perangai aku yang rakus.
lol.
jadi jika korang ada kamera-kamera lama , mungkin milik family korang yang ingin di-repair , boleh la ke Cheah Camera Repair ,tingkat satu ,Kompleks Mutiara , Jalan Ipoh , dan cari klinik kamera ni di sebelah kedai DGcolor.
last but not least ,
The best camera is the one you have with you." - wise man
No comments:
Post a Comment