hari ini sudah 25 Disember. lalu boleh la dihitungkan bahawasanya cuma tinggal kurang dari 7 hari kita akan meninggalkan tahun 2012.
bulan Januari 2013 pula ada 31 hari.
* * *
orientasi aku di University of Queensland bermula pada 18 February.bermakna seperti kata-kata senior ,InsyaAllah berangkatlah aku ke bumi Australia kira-kira seminggu atau dua minggu sebelum tarikh tersebut.
jadi kiraan mudahnya ialah , 7 hari bulan Disember + 31 hari bulan Januari + 8 hari bulan Februari = 46 hari.
* * *
ya. lebih kurang 46 hari saja lagi untuk kaki aku bertapak di Malaysia. lebih kurang 46 hari saja lagi untuk merasa roti canai dengan kuah kari , nescafe ais , rojak , cendol , nasi lemak , dan apa-apa jua makanan Malaysia.
* * *
lebih kurang 46 hari saja lagi.
-so close , but yet , so far-
p/s : oh sedih pulak tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment