rare betul tie aku sorang warna merah.ehem ehem.
* * *
seperti sedia maklum,zaman sekolah ialah zaman dimana cikgu-cikgu akan tanya kita soalan paling penting dan mencabar pemikiran akal,iaitu "besar nanti awak nak jadi apa?" .soalan ni aku rasa soalan wajib tanya.cikgu-cikgu yang pergi kursus perguruan diajar untuk tanya soalan ini dengan nada yang betul.waktu itu ,disebabkan kita kurang konfiden untuk bercakap sebab gigi pun tak cukup lagi , kita taknak bagi jawapan yang pelik-pelik.lagipun kita memang diasuh untuk tiru jawapan kawan sebelah ,jadi bila sampai giliran kita untuk bagitahu cita-cita kita,kita cuma ada beberapa pilihan jawapan iaitu,
1) doktor.
2) polis.
3) tentera.
4) ahli bomba.
aku taknak ulas la pilihan jawapan kanak-kanak sekarang ,sebab sekarang ada pilihan jawapan baru iaitu,
1) artis.
2) retis.
3) penyanyi.
4) najwa latif.
didikan program tv betul.
bila difikir balik ,aku tak faham macammana kerjaya ahli bomba boleh jadi popular jugak ketika zaman sekolah rendah.sepopular profesion pegawai polis.kah3.mungkin kerana proffesion2 seperti itu mirip adi wira dan superhero.jenis kerja tolong orang yang dalam kebakaran,tolong jaga keselamatan , tolong tangkap orang jahat , kena pula zaman-zaman darjah satu ni ialah zaman cerita Power Rangers dengan Kluangman paling up waktu tu.Naruto dengan Upin Ipin tak wujud lagi.jadi aku dah faham ada logiknya juga budak-budak umur enam tahun macam aku dulu suka karier-karier yang berwatakkan superhero.nampak berwawasan dan mampu menambat hati awek-awek sekelas.
* * *
dulu aku ingat lagi masa aku darjah satu , dimana cikgu kelas akan tanya soalan di atas dengan harapan kanak-kanak macam aku ni akan ada la hala tuju di masa hadapan , tapi aku tak ingat pulak aku jawab aku nak jadi apa.
yang aku ingat ialah bila aku balik rumah , aku ternampak seorang pemotong rumput sedang menjalankan tugas di depan rumah dengan penuh bertenaga ,serius jugak dia buat kerja. siap pakai spek hitam.lalu aku masuk ke rumah dan tanya kakak aku ,
"kak , kerja potong rumput best tak? "
yang aku ingat waktu tu akak aku hanya gelak terbahak-bahak.boleh jadi jawapan pemotong rumput kelihatan sungguh rare dan diluar batas-batas budak darjah satu.
* * *
sebenarnya tak kisah pun kita end up sebagai apa , yang penting karier itu karier yang halal.dan tak buat naya kat orang. kalau jadi polis , jangan jadi polis pemberi rasuah. kalau jadi doktor , jangan jadi doktor yang jual ubat larangan.kalau jadi pemain bola , jangan jadi pemain bola yang kuat dive ,dan yang terakhir ,kalau jadi ahli politik , jangan makan duit rakyat, jangan manjakan isteri dengan wang dan cincin berjuta-juta ,dan lepastu bagitahu orang ramai , kita hendaklah hidup bersederhana! puih.
amboih yang last itu tiba-tiba serius.kah3
p/s : aku pernah tanya kakak aku , kenapa nama aku bukan Borhan? sebab waktu tu Borhan ialah watak utama KluangMan.
mengimbau memori betul. dulu gara2 kekeliruan identiti, boleh cita2 nak jadi ustazah & pramugari. adohh tak padan
ReplyDeleteamboih. itu juga salah satu pilihan rare dalam menentukan masa depan. haha.
ReplyDeletehahahha.. kluang man tu aku nas. hahaha
ReplyDeletearghh. memang waktu aku tulis ni , aku dh teringat kau mad.: D
ReplyDelete