Thursday, February 10, 2011

la tahzan.jangan bersedih.

salam alaik.

aku dah puas menangis.aku dah penat menangis.air mata mencurah curah keluar semalam.lepas abah call.abah cakap.aku kena bersabar.aku kena terima keadaan ni.aku kena banyak-banyak berdoa.emak aku.sudah ditahap kritikal.kanser paru-paru tahap empat.abah aku cakap sudah takda penawar.kecuali kimoterapi.dan semangat.semangat sajalah penawar untuh barah.

hati aku sudah runtun.aku sedih.sangat-sangat.tak tahu nak cakap macammana dah.depan semua orang aku gelak2.tapi dalam hati aku tak henti debar.aku benci bila handphone aku bergetar.takut ada berita yang tak menyenangkan.ya Allah.tolonglah kuat dan tabahkan hamba mu ini.

malam semalam masa mesyuarat DYC (dynamic youth club KMS )aku tak henti debar.debar tu datang dan pergi.dan bila aku kenang mak aku.aku tak boleh tahan.aku mahu pulang terus ke rumah.tapi aku takut.jika aku pulang dan menangis.ibu aku akan lagi sedih.tak boleh.barah kena ada semangat.dan terima kasih kepada Syafiah.bagi aku satu risalah.yang menguatkan semangat aku.terima kasih sangat2.la tahzan namanya.

kenapa aku di uji?
"apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, " kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
al ankabut 2-3

kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membenani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
al baqarah 286

rasa kecewa?
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman"
ali imran 139

kepada siapa aku harus mengadu?
"dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,dan solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-porang yang khusyuk"
al baqarah 45

bagaimana aku harus menghadapinya?
"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) , dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya ."
ali imran 200

apa yang aku dapat dari semua ini?
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
at taubah 111

kepada siapa aku berharap?
"cukuplah Allah bagiku,tiada tuhan selain Nya.hanya kepadaNya aku bertawakkal."
at taubah 129

aku tak dapat bertahan!
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir"
yusuf 87

aku mohon semua pembaca or pelawat belog ini.tolonglah.aku mohon.tolong doakan mak aku.tolong sangat2 dan sangat.dan kepada semua yang bagi mesej dan support aku.terima kasih.aku memang memerlukan korang.aku tak biasa diuji begini.

Ya Allah.sembuhkanlah ibuku.aku mahu dia ada ketika aku terbang tinggi.dengan senyuman.dengan sihat dan sejahtera.aku mahu dia ada ketika aku berjaya mendapat segulung ijazah.dengan gagah dan gembira.aku mohon ya Allah.aku mohon.aku mahu dia ada.aku mahu dia ada.

sudah.aku mahu solat hajat.tak guna menangis.bukan boleh bagi mak aku sihat pon dengan menangis.kepada Allah juga tempat bergantung.

11 comments:

  1. aku tumpang sedih. walau aku kenal kau kat sini je pun.
    weh , jangan putus asa. terus berdoa. semoga ibu kau sembuh dengan izinnya. amin.

    ReplyDelete
  2. sabar eh anas. aku tahu kau kuat :) doa banyak-banyak.

    ReplyDelete
  3. sabar ya anas. pasti ada hikmah di sebalik semua ini. byk kan berdoa. sbb my grandmother once said "dlm byk2 doa kita, xkn sekali pun Allah x pndg?" so keep praying. and u've got to stay strong, for ur mother :)

    ReplyDelete
  4. be strong anas. u r selected to be given His test. meaning He loves u n dont wanna u to go astray from Him.

    ReplyDelete
  5. anas smoge ko kuat wo..n smoge mk ko cpt smbuh..insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. anas, sabar banyak2 ye anas. betul lah tu, kau kena kuat. kau kena kuat untuk mak kau. doa banyak2 kat Allah. setiap benda yang jadi mesti ada sebab. pape pun yang jadi kau kena kuat ye anas. aku paham perasaan kau :'(

    ReplyDelete
  7. tengs all.really appreciate it.insya allah semuanya ok. ;)

    ReplyDelete
  8. anas,be strong.sama-sama kita doakan mak kau ok.insyaALLAH dipermudahkan urusan dia.amin

    ReplyDelete
  9. anas . banyakkan sabar .
    dugaan Allah . sama2 doa :)

    ReplyDelete