Wednesday, February 16, 2011

perihal benci dan anti.


salam alaik.

post ini panjang tak panjang. pendek tak pendek. harap kalian baca. : ) terima kasih daun kari berapi .

-kalau kau benci seseorang. percayalah. ada sepuluh orang lagi yang sebenarnya sedang membenci diri kau.-
ulang.ulang lagi.dan ulang lagi empat kali.terima kasih.

tak suka budak tu.benci budak tu.dah la bajet.dah la buat itu.dah la buat ini.dah la bla bla bla.dah la over.dah la .dah la tak hensem.dah la hensem.dah la.dah la tuu~dan secara tiba-tiba mulut mulut busuk pon bertasbih.bertasbih tasbih dosa.sesama mereka.kadang2 aku jua.bukan kadangkadang lah sangat.selalu juga.

haih.benda ni dah lama aku perhatikan.dari zaman sekolah lagi.perihal benci dan anti.dalam satu komuniti. mesti lah ada dua tiga kucing berlari yang akan dibenci dan dianti orang-orang lain.contohnya.ada la si B ni. dia ni maybe la buat silap.terbajet masa main bola.maybe perwatakan dia orang tak suka.contoh bajet sangat.tak pon dia ni semangat lebih.lepastu si B buat hal pulak dengan si A.bila si A benci si B.dia pon cerita kat si C dan si D apa si B buat.kononnya si B teruk sangat.macam dah tak boleh diterima bumi.macam dah tak boleh terima langsung dah apa si B buat.kalau boleh nak je lari dari si B bila-bila dan di mana-mana.memang nak elaklah.dan nama si B pon jadi bahan panas dekat dewan makan dan minum dan mengumpat.ish.jadi lama tak lama nanti semua orang benci si B.sebab si B ni pernah buat silap.or maybe ada yang tak kena pasal dia.bergelak-gelak bila cerita pasal si B. dan si B sedih dan pedih. merintih.

lepas tu wujudlah klik. klik ni akan pertahankan apa yang kepala dorang ckp sebab dorang sekepala.kepala lutut!keh3. jadi sesama mereka akan keluarlah nama-nama pisang goreng.yang satu or dua orang dari klik ni tak suka.pastu tum tam tum tam lah dalam klik di dewan makan atau dewan serbaguna. bla.bla.bla. aku baru sedar. aku pon tak kurang begitu. kita ada orang yang kita benci dan anti dan bila kita benci. lupa terus benda baik dia pernah buat. korang tum tam tum tam ejek-ejek dia.bila budak tu blanja korang karipap 3 seringgit korang amik jugak.lepas tu sambil makan sambil tum tam tum tam. ini realiti. aku perhati. dan aku tak nafikan kadang2 aku termasuk sekali.

manusia memang senang tengok silap. bila orang buat baik . susah nak pandang. bila seseorang buat silap sikit. berdentum dia kena . yang tambah kebodohan bila si peng-anti tu libatkan orang lain dalam kes dia.dengan nama lain.geng2 dia.pom pam pom pam cerita perihal kebencian dia dengan kawan2.dengan tidak semena-mena kawan2 yang tak tahu apa2 pon sama2 berdentum dentam.kadang2 kawan2 lagi over dari si peng-anti.itu paling kelakar.kah3.

kita takkan dapat buat semua orang suka kita .maybe ada orang boleh terima cara kita. ada yang tak .percayalah . dan aku percaya kepada pepatah . kalau kita benci dan anti seseorang. percayalah . ada sepuluh orang lagi yang senyap-senyap sedang membenci diri kita. semua orang buat silap
.maafkanlah. maybe kita benci dia sebab dia over tapi kadang-kadang dia peramah dan pemurah.yang baik dari dia. kita ambil. yang buruk kita lemparlah jauh-jauh. tak payah nak berdentum sangat lah perasaan benci tu. syaitan memang suka perpecahan . suka tengok kita benci membenci. aku tak nafikan. aku pon ada anti seseorang. tapi aku rasa, aku dah jumpa solusi. solusi itu ialah dengan rasakan diri kita pon lemah dari budak yang kita benci. dengan itu. tak lah kita berapi api sangat.

kawan . kalau kau benci seseorang pon. paling kurang kau pendam diri sendiri. tak payah nak sebar2. kau tak rasa sebab kau tak kena. cuba kau tempatkan diri kau kat tempat budak yang selalu kena ban tu.dan kau akan tahu apa dorang rasa. ceh. cerita macam aku pernah kena ban. harharhar.cepatlah tempatkan diri kau! cepatlah! kau sedap duk mengumpat sebab sekarang kau di atas. bagi kau. kau ni boleh kata bahagia. tapi cuba kau pula di caci maki.diberi kaki.

kawan. paling baik bertegurlah. kalau tiada daya maka berdoalah kepada Allah. agar sifat yang kau benci sangat pada seseorang tu hilang .maybe kau benci dia sebab dia busuk sangat. tegurlah. dengan sopan .moga2 dia berubah. tiada guna kau umpat dan umpat. dosa dan dosa . maybe dia over sangat. tegurlah. dan berdoalah . insya allah dia berubah .kawan . kau tak sempurna. jadi jangan umpat dan cerita serupa kau ini sudah sempurna semua.

kawan. aku mohon. aku sedih tgk si A dan si B di lakukan begitu. dan aku bertekad. aku akan berubah. tiada lagi perihal benci dan anti. tiada lagi.

kau kutuk orang sebab kau rasa kau lagi bagus!podah!

p/s : aku luah bukan aku nak cerita aku suci sangat. aku nak lari dari perihal benci dan anti ini. moga2 tiada lagi. amin.

1 comment: