Sunday, February 20, 2011

bila di sekolah dulu part #2

salam alaik.

bila di sekolah dulu part2.sambungan dari bila disekolah dulu part#1 .

* * *

cerita ini memang rare dan bersejarah.cerita ini bukan tujuan mengaibkan.tidak sesekali.cuma tujuan mengimbau sejarah dan kenangan silam. :)

* * * 
hari sabtu.seperti biasa. gua basuh baju. gua kan maskulin. memang rutin hari sabtu gua ialah basuh baju.termasuklah baju outing saiz M gua.baju ini memang diguna hari-hari .dipakai semasa pegi kelas malam.dan keluar outing Seremban. gua gosok punya gosok baju tu sampai tak sedar gua dah jemur.eyh?ape gua cerita ni.ok sebenarnya itu trick gua nak pendekkan cerita.dah sudah dijemur ,gua penat.lalu gua tidur.


ni contoh baju saiz M gua.tapi dalam ni saiz L.keh3.

hari ahad.seperti biasa. gua kutip baju. gua kan maskulin. memang rutin hari ahad gua ialah kutip baju.termasuklah baju outing saiz M gua.gua kutip sampai gua tak sedar baju gua semakin membesar.dari saiz M pergi saiz L.gua ingat gua salah kutip.tapi untuk mencemaskan suasana, gua tengok ada nota dekat celahan penyangkut baju tu.difikir-fikir surat cinta.lupa pulak gua sekolah lelaki.

"kepada tuan punya baju, gua nak bagitahu yang gua dah tukarkan baju outing lu warna merah saiz M ni dengan baju baru saiz L yang gua baru beli ni .maaflah. baju gua hilang.gua tak muat pakai saiz L.jadi gua tukar.tapi takpa.jangan risau,gua kasi baru punya untuk lu.ni buktinya.gua beli di koperasi pada 28/04/2009 ( bukan tarikh sebenar ). terima kasih. "

***

hairan.memang gua hairan.pencuri di sekolah SBP ni educated juga.boleh diselitkan nota dekat baju outing.haih.memang gua tak puas hati betul masa tu.penat-penat dibasuh baju itu,sesuka hati ditukar-tukar.apasal tak suka baju saiz L cari baju saiz M pulak.yang lagi bengang baju gua jadi mangsa.baik pula tu belikan yang baru.tahulah baju gua wangi dan fit.tapi pencuri tu memang cari nahas la letak note.gua ni peminat separa tegar ditektif konan masa form 3 dulu.balik sekolah petang.pukul 7 terus bukak tv3.jadi.gua memulakan penyiasatan gua nak cari brader mana la yang baik hati sangat ni besarkan baju gua.

walaupun dia bagi gua baju baru.tapi saiz L! kalo saiz M gua boleh terima lagi.memang lagi gua alu-alukan lah .pening gua fikir.terpaksa la gua pakai baju besar tu pegi kelas malam.memang kurang semangat gua nak belajar malam tu.tak dapat nak tunjuk badan fit gua depan junior form 4.fikir punya fikir.gua try usha2 kawan gua.mana lah tahu kawan gua dapat menge-cam tulisan dia.pencuri tu pun satu hal..apasal tak hantar sms ke.hantar surat berantai guna tulisan arial komputer ke.ini guna hand writing.memang gua carik lah.

gua jalan rayau-rayau.sampai kelas 5 Zeta.gua terjumpa Boyak.Boyak ni suara lunak.tapi perut tak berapa lunak.keh3.ok.abaikan.gua pun tunjuk kertas tu kat dia.lama dia mengusha-usha.


boyak kini study kat alexandria.berkat tolong gua.hihi.

***

"aku kenal tulisan ni.dah dekat dah ni. aku kenal tulisan ni."-Boyak
"ni tulisan ***** ni. memang confirm.aku kenal tulisan buruk dia."-tambah Boyak mengumpat.

yes.gua dah dapat suspek pertama.suspek dia dari kelas Boyak jugak.tapi mamat tu muka dia suci.gua tak suspek dia.dia nampak lurus je.gua taknak jadi macam skuad terjah melodi.jadi gua kumpul bahan bukti.gua cuba cari cap jari.tapi tak dapat dapat lagi.last2 gua dapat idea kedua.brader yang curi baju gua ni dia tulis tarikh dia beli dekat koperasi gua.

terbaik.gua pon meluru ke koperasi.masa tu ada Naza.Naza merangkap abang koop memang amanah orangnya. dia jaga koop macam jaga bank.partner dia Bobo.tapi Bobo kita abaikan dulu.gua suka pau Bobo kat dorm.ok teruskan.jadi gua tanya Naza pasal baju outing.

***

"naza,ko tahu tak sape yang beli baju outing malam semalam? ingat tak? ingat tak? - gua
"hurmmm.jap2.macam takda.eyhh.tapi ada.macam takada.jap aku ingat eyh sapa. ha! " - naza
" =.= " - aku
"aku rasa ***** yang beli. ha betollah.aku ingat.semalam dia ada beli baju saiz L" -naza


                                                                naza di puncak alam.

yes kali kedua.memang suspek yang sama jugak macam boyak bagitahu.memang dah sah la mamat ni orangnya.haih.bukti dah kukuh ni.tapi cara gua.gua malas nak terjah-terjah.masa tu dah umur 17 belas tahun.jadi gua malas nak ribena2 sangat.tapi gua suruh kawan gua sampaikan salam kantoi kat dia.dia balas waalaikumsalam kantoi.hihihi..dia tak berani jumpa gua.malu kucin parsi kot.lepas tu.gua pegi kem.gua pon lupa gua pergi kem apa.lantak lah.jadi gua lupakan terus penyiasatan gua.

sekembalinya gua dari kem.gua bukak loker gua yang tak berkunci.jeng3.ada baju outing saiz M.masih bercahaya.beb.mission accomplished.keh3.si mamat itu pulangkan baju gua yang dia pakai.keh3.sory lah si mamat.lu punya gaya tersendiri dalam mencuri.gua puji.siap letak note mohon maaf.tapi silaplah lu curi baju gua.hihi.dan kesudahannya.gua rasa lama jugak gua tak bertegur sapa dengan si mamat tu.tapi skang.dia tetap kawan gua.gua dengan dia gelak kah kah kah bila ingat peristiwa ni.gelak bila tahu betapa noobnya dia mencuri letak note kat baju.dan betapa hebatnya gua.riak.riak.riak.

si mamat itu ialah! jeng3
YAZID ZAKARIA.wakakaka.belog dia best.lepas ni yu all bukak.i love you yazid. ewww. kitorang skang dah kamcing kot.gi tengok bola sama2. apadahal?haha.yazid. gua dah open story.lu bila lagi?moral of the value story is.nak mencuri jangan letak note.keh3.

gua pakai Coat sekarang.apa barang baju outing- yazid budak UIA.

post ini suka2.sudah mendapat kebenaran. : P kisah ni gua open after sekolah.dan sekarang semua dah saling memaafkan.yazid ni baik orangnya.patriotik dia takyah cerita.bukan patriotaik.cakap game malaysia apa yang dia tak pegi? kan yazid kan? :D

p/s : gua paling byk hilang boxer.gua suspek budak2 kampong belakang ni yang merasa nak pakai boxer gamaknya.

lu all jgn lupa baca kisah uncle lim jek soon bawah ni ye.

8 comments:

  1. ampaian asrama memang banyak hantu~

    ReplyDelete
  2. wakakaka.cuak dow nak pg ampaian malam2.

    ReplyDelete
  3. terbaik ar!!!hahahaha!!

    ReplyDelete
  4. aku tau cter ni dari dulu lagi,lekjah,2 taun dah berlalu.tapi part tampal gamba yazid uh agak siotlah.wakakakkakaka

    ReplyDelete
  5. Gambar sam rembat boxer mana?!

    ReplyDelete
  6. Yazid ambik baju anas ke ?! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHA

    ReplyDelete