Sunday, December 26, 2010

lomomatrix gempak , rantai-art segak , lepak-lepak , kereta tak gerak.

salam alaik.

blog ini masih lagi menjadi laman sesawang.tidak bersawang.aku sebenarnya mengurangkan kadar tulisan blog kerana aku lebih menghayati hirupan air coolblog yang lebih cool dari blog berkain sarong berprestasi tinggi ini.ekeke.

tapi semalam memang awesome.sumpah awesome.mereka semua terbaik.mereka semua sempoi.ada yang boroi.tapi semua sempoi.dari lomomatrix geng.rantai art event dan sesi melepak bersama temantaulan.memang awesome.aku kenal ramai orang.aku jumpa ramai orang.dan mereka semua awesome.sangat awesome.

aku tak tahu nak mula dari mana ni.atas ke bawah.kiri ke kanan.tapi mereka semua awesome.lomomatrix event sangat2 best.aku kenal ramai lomographer tegar.dengan kehujanan kamera vintage.lomo dan antik.mereka tidak peduli lali walaupon kadang2 ada sesetengah umat manusia hati busuk yang cakap lomo ni poser.lomo ni seni sampah.membazir duit.tapi mereka semua cintakan seni lomografi ini.dan mereka semua awesome.ahaha.


lomomatrix.
grup aku sampai lambat jugak dekat balai seni lukis.nasib baik still sempat nak lomomatrix dengan lomographer.
*zenit TTL rosak.
*ramai gila lomographer yang datang.wow.
*sempoi n fun.
*teruja gila tengok byk kamera antik.





rantai-art event
*agak kecewa.
*takda zine dan buku2 karya.
*still amazed dengan karya2 seni org tempatan.
*byk sangat booth jual cupcake oleh awek2 cun.
*aku nak zine!
*dekat atas balai seni lukis ada pameran seni yang memang mendalam maksudnya.
*aku tak paham ape yg dorang cuba sampaikan dari abstrak seni mereka.awesome.





kereta abes minyak!
*tengah-tengah jalan besar satria perkasa aku koma.
*minyak kering kontang degil sangat taknak isi.
*dah macam bangla duk lambai kat tengah jalan selama 2 jam tuk arahkan kereta kiri kanan.
*kredit abes.takleh kol rumah.nasib baik my nur amira ada membantu share topup.tengss syg!
*abah datang membantu dengan membawa minyak serta naik minyak.
*sambil melambai tangkap gamba.mmg awesome.

normally kalau aku gi rantai.aku akan membeli something untuk di buat pekasam.tapi ketiadaan zine membuatkan aku melankolik sebak sebak sebik.jadi aku hanya beli satu benda je semalam.

tada! : ) tengs to sipot , shin , aniq , momoe , muadz , acoi , juliet , belle , seha , dan semua lomographer yang beri tunjuk ajar semalam! one word.korang mmg awesome!

gambar ehsan sendiri.kawan2.juliet.seha.demang lolastar roflcam dan juga mohd akmal.

3 comments:

  1. perghhh, sempat beli voodoo utk awek weyh! smlm mmg terbaek!

    ReplyDelete
  2. bagaimana anda mengenali syafiqa fitri? :D

    ReplyDelete
  3. wow...ko voodoo kawan aku erk?tapi x pe...itu bukan katak...huhu

    ReplyDelete