Friday, December 10, 2010

kak limah balik rumah hantu.

lagi best dari dua alam.gua tak tipu.
(gua belum tgk)
salam alaik.

gua seorang pemegang lesen P bertauliah.lesen P yang gua dapat bukan lesen terbang.gua lulus dengan cemerlang masa test JPJ.cuma gua terlanggar tiang masa nak parking dan lupa nak lepas handbreak sebelum masuk gear satu tapi abang JPJ tu baik.dia nampak gua senyum ceria konfiden.jadi dia lepaskan gua.oleh itu.gua takkan sia-siakan kepercayaan abang JPJ terhadap gua.

setakat ni gua rasa gua berpuas hati dengan pemanduan gua.maksud gua pemanduan manual.gua rasa clutch brek dan pedal minyak naik harga dah semakin sebati dengan kaki gua.enjin pon dah tak mati dah.cuba kadang-kadang dia pengsan jap.sebelum sempat gua bagi CPR manja.dia dah hidup balik.hebat kan pemanduan gaya manual gua?

gua jarang bawak malam.jadi gua jeles dengan orang yang dapat guna lampu.hari tu.gua amik kawan gua kat wangsa maju.gua tertaksengaja on lampu.bukan niat gua tuk show off yang gua ada lampu.jadi gua offkan balik.malam tu.gua lepak dekat wangsa walk ngan kawan-kawan gua.skali masa gua nak on the way balik kepong.gua on je kereta.kereta gua dah tido.shit.gua tahu mesti ada problem.

gua cek.rupanya bateri gua kong.tahi.gua dah beli jumper berharga rm20 dekat carefour pukul 10 malam.gua try jump satria gua dengan getz kereta import.tahi.satria patriotik gua tak mampu bernyawa.gua tido rumah kawan.esoknya gua beli bateri baru harga rm200.nasib baik bateri kereta tak naik harga macam minyak dan gula.dan lepas tu.gua dapat teruskan pemanduan berhemah gua.

nilai moral dalam kisah gua.jangan lupa tutup lampu lepas lu orang tutup enjin.kalo lu orang murah hati nak derma rm200 macam gua.boleh teruskan.minggu dpan gua ada trip nak bawak satria patriotik gua pegi tgk malaysia lawan vietnam.gua nak pacak bendera banyak2.kan yazid kan? kah3.

4 comments:

  1. hahaha...terlupa ttup lampu ye..
    memang selamat la bateri tu..
    tp, kdg2 izan bukan lupa tutup lampu je..
    kadang2 slambe je jln wktu mlm terlupa on lampu..
    rse jln da terang semacam je dgn lampu jln..
    hahahaha...

    ReplyDelete
  2. hahaha! tu lagi bahaye dow izan.tu kereta jalan tp nyawa pon leh jalan sekali.haha

    ReplyDelete
  3. xsedar weyh...
    ptut kete sume men kelip2 mata dgn kete aku..hahahahaa..

    ReplyDelete
  4. kau lupa tutup lampu? aku pulak selalu lupa on lampu. heheh.

    ReplyDelete