Sunday, December 5, 2010

aku tak bodoh.

salam alaik.

aku tak bodoh.
filem low bajet kurang publisiti separa wajib tonton tahun ini.

bila orang cerita pasal filem melayu.ramai akan melayukan diri.semua akan cakap tunggulah raya haji, raya korban raya cina or tunggulah minyak n air turun harga baru tgk filem-filem ni.gua tak nafikan.maksudnya filem2 melayu ni banyaknya kuantiti dari kualiti.banyaknya merepek dan penuh mesej yang pelik2.banyaknya hantu dan anak mami penang mari.tapi kadang2 gua rasa nak back up jugak sesetengah filem melayu yang bagi gua lagi gua salute dari filem orang putih yang korang agung-agungkan padahal hampeh nak mampos macam skyline.

gua salute filem-filem afdlin shauki.papadom.setem.baik punya cilok.karya yasmin ahmad.mukhsin.tak lupa paling gua suka anak halal.dan gua rasa.ada la filem ni leh masuk senarai filem melayu yang boleh dilayan di pawagam tanpa perlu was-was.AKU TAK BODOH.sebagai pengkeritik taraf gaya bebas.gua nak kasi komen-komen terbaik dari kepong untuk lu orang.

untuk konsep filem.gua bagi rating A.
gua rasa konsep dia cantek.cerita pasal nasib kanak-kanak pramatang dan remaja maskulin yang kekeringan kasih sayang ayah ibu yang duk kejar title wwf dan masalah rumah tangga yang buat anak-anak bosan.bila result periksa down.cikgu pulak bantai.mak bapak apetah lagi.bagus jugak konsep filem ini.

untuk jalan cerita.gua bagi A-
gua rasa jalan cerita dia menarik.ada konflik dan plot2 pusing-pusing rollercoaster yang boleh tahan kena dengan situasi.cuma part ending tu gua tak tahan gelak dengan makcik tua dan watak brader polis yang sumpah kelakar.gua puji.

untuk pilihan pelakon.gua bagi B.
filem ni menggunakan pelakon-pelakon kurang ternama yang bagi gua lagi best dari lakonan pelakon2 yang dah established dalam negara.gua taknak sebut nama..watak bebudak sekolah yang mungkin baru first time masuk filem dan nampak sangat kekok .gua rasa kalau latihan lakonan dibuat dengan Dr Rozmey gua rasa lagi mantop.kah3.gua perli.tapi lakonan namron gua suka.macam bapak yang garang gila.

untuk bahan kelakar.gua bagi B+.
filem ni bukan genre lawak pon tapi gua rasa ada la lawak2 dia yang buat usus kiri gua rasa nak menggeliat.lagi-lagi abang polis yang gua tak tahan betol.

untuk moral value dan teladan. gua bagi A+
wajib tonton tuk mak bapak yang selalu salahkan anak-anak dapat markah sikit tapi langsung tak reti jaga anak.

untuk skrip.gua bagi B.
kadang-kadang gua rasa pelik skrip dia skema gila dia saat-saat kritikal yang memerlukan lebih huh dan hah dan lebih kespontanan bahasa.tapi untuk part2 lain.skrip simple yang cukup sempoi tak perlu bunga2.

overall.
gua rasa filem ni biasa-biasa saja.tapi gua suka sebab gua rasa filem yang macamni lagi berbaloi tengok dari filem hantu malaysia jerit2 or filem skyline orang putih yang gua rasa nak datang bulan dek cerita dia yang hampeh nak mampos.gua ban skyline sampai bila2.

lu orang ada masa cuti sekolah pegi panggung try cerita ni.jangan takut.lu takkan rugi.percaya dekat gua ok?

filem pecah panggung abes.bukan pecah panggung.tapi penonton pecahkan panggung.aku dah tak sanggup nak mencarut lagi pasal filem omputih bajet smart ni.

p/s : nur amira syazwani.tengs for all the joy we had together today.tengs for all the moment.i will miss today so much. :) :)

6 comments:

  1. hantu mak limah balik rumah serupa macam zombie kampung pisang.mcm kelakar tuk raya tahun dpan.ahaha

    ReplyDelete
  2. gua jugak ban skyline..buat rugi dwet gua ja..

    ReplyDelete
  3. ok set nak tengok ngangkung yg shaheizy sam blakon, diorang kata gila lawak plus cite ni jugaa.

    ReplyDelete
  4. skyline bodoh,plot bususk,perabeh duit mak aku.baik aku tgk 2alam.kekekekekek.cendawan dr rozmey.

    ReplyDelete