Saturday, September 25, 2010

pelangi.


salam alaik.

"jadikanlah dirimu seperti pelangi,walau hadirnya seketika.ia menceriakan setiap kata."
-anas saifuddin.
*wa pon nak ada quotation jugak.

michael jackson kena halau balik india utara.
ni cara wa hafal warna pelangi masa zaman wa sekolah rendah dulu amik yu pi ass ar.tapi wa rasa sejak ketiadaan jacko sifir ni dah takda.lagipon wa tak guna warna-warna pelangi masa Alevel keenjinan ni.jadi wa lupakan.wa tak sampai hati nak lupakan warna pelangi sebenarnye tapi encik matias kata penting untuk kita menyahkan perkara-perkara tak penting dari minda dan senaraikan di luar pemikiran.jadi wa separa lupakan.

wa cuma nak gunakan ruang kosong blog wa tuk ckp.mari sama-sama jadi macam pelangi.walau kehadiran lu dalam hidup seseorang tu kejap atau tak berapa nak lama.biar kasi effect mendalam atau separa dalam kat diri dia.biar dia rasa kehilangan kalau lu all takda.biar masa lu all dah takda dalam hidup dia.dia rasa macam kosong.susah kot nak buat macam ni.pelangi datang dan pergi.tapi kekejapan pelangi itu menarik perhatian sesiapa saja yang mengskodengnya.orang kecik besar boroi kurus keding pon kalo tgk pelangi reaksi dia macamni.eyhhh.pelangii.wow.pelangi.wow.macam terserempak dengan artis dalam disko teguk arak.ha.serupa itulah pandangan kalo ada pelangi.tapi tu lu all jangan ikut.itu wa tak suka.pelangi busuk namanya.bila wardina kata jangan jadikan artis idola.puak2 mereka bertempik-tempik marah.wa tak kata semua.jangan belitputarkan ayat wa macam akhbar utussss buat.ops.wa taknak masuk ISA.

bukan wa suh lu all capub ye.jgn manipulatebelitkan kenyataan wa lagi.wa cuma cakap alangkah montelnya hidup kita kalo kehadiran kita dirasai dan disenangi lagi disukai.bila tiada.dirindui.macam gay pulak wa rasa ayat ni.jadi ke arah transformasi satu pelangi ni.wa nak menyeru semua pembaca agar sentiasa senyum dan ceria hendaknya.baru pelangi.kalo wa nampak moody2 punya muka ni wa rasa macam nak baling mercun bola kat muka dia.

jadi? wa akhiri post kali ni dengan satu lagi keantian wa terhadap isu masa kini.sekarang semua salam pon satu malaysia.ahli jkk kampung talang biro sukan dan rekreasi pon salam satu malaysia.wa tgh2 fikir lagi macammana nak jawab salam jenis ni.tak jumpa2.pening2.

*kalo lu all naik kay ti emm yg agak2 tak berape laju tu.beragak lah sikit k.kasi orang dalam keluar dulu sebelum lu all masuk.wa panas betol la orang gelojoh ni.
p/s : tengs to Nur Amira Syazwani for todays moment. :D :D

Friday, September 24, 2010

bangkit.


salam alaik.

"saya tak bangga jadi melayu.saya bangga jadi islam"
kata2 tok guru nik aziz yang menimbulkan ketidakpuashatian kalangan orang sempit minda dan puak2 pembaca berita sebelah pihak.maaf kalau terasa.kata2 nik aziz banyak yang berkias.tapi penuh makna.tapi bila ada pihak memutarbelitautakan statement2 beliau , maka bertempiklah golongan yang akan cacihina alim ulamak ini.satu aku mintak.korang tak suka dia.tolong jangan caci hina dia.terserlah kebodohan kalian.aku mintak cara baik.sekian.
-pesanan penaja-

hari ini aku nak garapkan satu kotak penyesalan.menyesal sesal dan rasa nak ulang tayang masa kecederaan waktu dulu-dulu dengan harapan dapat sembuhkan semua lubang-lubang yang kurang lengkap.tapi sebenarnya kita manusia dua mata takleh fikir macamtu.aku tak boleh fikir macamtu.salah.

semua orang penah menyesal.sesal.timbul dalam hati."eyhh.kalaulah aku mcm ni dulu." "kalaulah aku study masa raya dulu" "kalaulah aku dengar cakap opah aku dulu" dan macam2 kalau lah lg.aku kau dan dua orang depan kau pon penah menyesal.

kita boleh ulang tayang dua tiga minit ke masa lama kita.boleh tahu celah kangkang mana lubang2 kesalahan kita.tapi kita tak boleh langsung ada perasaan menyesal gaban dan sangka kita ni tak guna dan loser tahap cipan.kata bahasa penjajah.let gone be by gone.aku bukan nak sesal apa.mid sem baru lepas.

dan kalo aku nak predict berapa lah result aku nanti.aku rasa takda guna.memang teruk.tapi bukan aku ada remote control mcm dalam cerita click dan boleh pegi masa silam.ades.aku cuma nak garapkan kebangkitan.sebelum seseorang tu bangkit.dia kena jatuh dulu.aku rasa aku dah jatuh.dan aku taknak jatuh lagi.nak predict markah fizik per empat puluh.awal2 lagi aku dah hilang 7 markah free je kasi kat examinor.sempena raya.itu belom markah separa free yang aku da korbankan

sudah.sudah.sudah.ok.mari bangkit.tapi sekarang cuti.postpone lagi dua tiga hari lah tuk penggarapan kebangkitan ni.haha.

*1st roll smena 8m dah habes.tak sabar tunggu hasil dia.huhu.

Tuesday, September 21, 2010

awek baru sampai.





show room.bukan show off. :D
salam alaik.

*abaikan title post.propaganda.

petang tadi hujan.tapi aku tak tido.tapi aku tak study.shit.tak da guna.
petang tadi kebasahan.bukan mimpi basah ok.lari-lari seusain bolt pegi blok akademik.dengan amin.oh.aku bukan gay.bukan nak amik buku.bukan nak study.bukan nak mintak elaun.elaun dah separuh.hahaha.lari-lari pegi amik bungkusan.oh yeahhh.bukan orang bagi hadiah.bukan duit raya dari mak ayah.amik bungkusan urus niaga.urus niaga kamera.

oh yeahhh.sudah sampai.nasib baik lah sampai.aku takut gila tak sampai.yahh.dalam kesusahan jawab kimia yang aku banyak melastik jawapan tadi.terngiang-ngiang jugak aku SMENA 8M ni.haih.yahhooo.akhirnya dapat jugak lomo yang aku nak.ngahaha.zenit sudah ada adik.ohyeahh.

oh yeahh.dia bagi aku 5 filem.oh yeahhh.duit habes lagi.hahaha. :D :D ok.kini lomo boleh dibawa ke mana-mana.nak bwk zenit tu merata tak dapat lah dengan keberatan 1.3 kg.

komen :
aku beli dengan harga rm160.
dpt 5 expired filem fuji superia ISO 200.
2nd hand since smena mana ada first hand da.haha.
leather casing yang nampak montel.
viewfinder yang tak berguna rasanya.
shutter speed yang mudah disetting.
apperture dan ISO setting kat depan lens.nampak kiut.
multiple exposure! nampak gagah.
buatan USSR tahub 90an yang kukuh.

overall.aku puas hati dengan manufacturing nye.the result? haha.i want to finish up my first roll ASAP.then baru leh beragak-agak. :D :D im happy.like have new son in family.ngahaha. :D

LOMO LOMO LOMO LOMO ON!

*memang aku main-main ngan exam kali ni.sesal tak sesal.bangkit jelah.

SYAFIQ RUMZI.
kepada syafiq rumzi a.k.a apeng a.k.a budak dorm A202 . aku doakan kau kat tanah soviet tuh.dalam banyak2 orang yang bakal fly or dah fly.aku rasa aku paling terasa masa kau yang nak fly.mungkin sebab 2 tahun n hari-hari kot menatap kau dulu.haha.mean.hidup sedorm.tapi takpelah.aku menyusul kemudian.gudluck derrr.all the best.bawak balek kamera vintage byk2 nanti.kau belanja k! haha.duit yayasan terengganu byk!

Saturday, September 18, 2010

smena 8M.



salam alaik.

LOMO SMENA 8M.
maybe this is my final choice.
hoyeahh.

Friday, September 17, 2010

merangkak tetapi sampai lebih baik dari lari tp jatuh ditengah jalan.

salam alaik.

"merangkak tetapi sampai lebih baik daripada berlari tetapi jatuh ditengah jalan"-electronic banner,masjid al faizin."

i dunno how can i describe today's feeling.ok.actually today i went to camera shop to take my film which have been developed two day past and i am so excitedd to see the results.this is the thrill moment and exciting feeling u will experience when using analogue or film based camera.u wont know the result until the film have been developed.

i opened up my pendrive with dupdap in my heart.hahaha.and the result .err.again.not so good.this time my photos were fulled with light leak. mean every photos were overexposed to sun flares and light.

yah.when using camera film,you just have 36frames.mean you only have 36 time to snap the pictures. and once you hit the snap button , you cant delete it like digital one. you have to wait several days to get the results and just for me,my waiting were a lil bit dissapointed.out of 36,maybe just 23 can be considered clear and out of 23 photos , i personally just impressed with about 3 or 4 photos out of 36.see? this is film.and this is analogue.

regret? nope.i dont regret anything.because for me.this is my interest and for me,the photos taken by film camera has it own value and estetic level compare to digital one.cool.the colours and the mixture and texture of the photos were totally difference from digital.

forget about the dissapointment.one photo changed my mood today.just becoz one photo.i snapped it using film camera,1980 zenit TTL.this is the photo.

i dunno why i love this photo so much.but thanks to this photo,it just remove my melancholic away.and i appreciated film camera which can give this art of photography.


this is just another sample of this fuji superia 200 film.kindly visit my facebook to see full album.i can improve.and i will improve.lomo on!lomo on!

budak-budak part 2.

salam alaik.

aku skang ade kerja sambilan.jadi paparazzi.tapi aku tak main la artis besar2.bajet2 tu semua.aku snap budak2 je.ni yang aku tak puas hati ni.kecik2 dah dating.wa dulu kecik2 pegi kelas mengaji.tak pon tolong mak makan apa2 yang dia masak.tak pon tolong habiskan duit abah beli tora datang lagi.ni yang aku panas ni.

ouhh ok.perika mid sem minggu depan.ok.bye. :D

kamera 3.2mp 5530.

mereka separa dieksploitasi.




Wednesday, September 15, 2010

dengar ni wa nak kasi tahu lu.

ni buku budak IB.wa Alevel tak tebal camni.kurang dua muka surat.
salam alaik.

wa suka ayat ini.
STOP FACEBOOKING AND START FACING THE BOOK.
ngahaha.sangat romantik ayat dia.

malam ini 4 orang kawan wa nak terbang pegi mesir.nak tambah ilmu.nak jadi orang berguna hendaknya.hati dalam dada kocak-kocak wa rasa.rasa nak ikut terbang sekali.tapi wa fail bahasa arab masa sekolah rendah.takpelah.wa kirimkan doa tulus mulus sajelah buat mereka.mereka pergi dulu sebelum wa.haih.melankolik tak pepasal.

minggu depan kawan wa sorang lagi syafiq rumzi nak bersayap pegi moscow belajar medik.ni yang wa panas ni.sebab dia budak bilik wa masa zaman asramadana dulu.kata nak fly sama-sama.ni lu fly dulu.sekarang wa lu tinggal kat seremban kepanasan.sampai hati lu! takpa. wa kirim duit beli kamera vintage antik tuk wa ok? samat berangkat kawan!

wa pon nak terbang.wa pon nak terbang.sabar.sabar.periksa tengah sem pon lu tak lepas lagi lu nak terbang.TUTORIAL 4 fizik pon lu tak master lu rasa nak terbang.cakap bahasa orang putih pon lu separa gagap lu rasa nak terbang.listening test aritu pon lu dapat corot lu nak terbang.relaks.tarik nafas.lepas.tarik balik.cari pen biru.tak pon pen hitam.bukan koperasi KMS punya.cepat kering wa bagitahu lu.ok.sediakan apa yang patut.test pad 3 helai.sembahyang dulu.lu kejar dunia akhirat lu lupa serupa lu makan tapi tak berak.ok.apa tunggu lagi?lu study sekarang!eyh.habiskan baca post ni dulu.lepastu pegi study.

tak kira la lu nak amik srp repeat kali ke 26 ke.UPSR minggu depan ke.PMR or SPM or sijil nikah malaysia.lu wat elok2.ingat kerut ayah ibu lu.jangan tambah kerut dorang.kasi kurang sket.ok.apa tunggu lagi?jom.

ok.bye.

p/s : no matter who we are.where we come from.our background.our studies level.our age.we are all same.we strive for our piece of glory.so.lets move on from our mistakes.and do it better.

Monday, September 13, 2010

budak-budak,





jangan cuba mengorat mereka.mereka ada tali pinggang hitam.
salam alaik.

ok.aku mulakan post kali ini dengan satu statement.aku tak suka budak-budak.haha.ok.pada dasar lautnya boleh kata semua orang suka budak-budak.suka memanja dengan budak-budak.dan try nak jadi budak-budak balik.dapat duit raya byk macam budak-budak dan main bunga api macam budak2.

tapi aku tak suka budak-budak.bukan maksud aku anti atau benci.cuma aku tak tahu macammana nak layan budak-budak.dan budak-budak pon mcm tahu aku tak pandai layan dorang.aku cuba senyum.tapi mereka nangis.sumpah tak tipu.aku senyum lagi.lagi teruk mereka nangis.kadang-kadang aku rasa aku loser.tak pandai layan budak-budak.dan tak layak jadi bapak budak.haha.

sejak dari dulu hubungan diplomatik aku ngan budak-budak agak dingin.mungkin kisah silam aku gaduh ngan budak-budak masa aku pon budak-budak mengeruhkan lagi situasi.aku tak da bakat nak ceriakan dorang.dan mereka pon seakan akan mcm booo balik aku.anas loser lah.tak pandai layan aku.booo.tapi segala-galanya semakin berubah.adakah dengan kehadiran janggut dan kumis ini menarik perhatian mereka?

awek-awek diatas tu adik saudara aku.yang kiri tu namanya nur izyan.panggil dikyan.yang montel kanan tu nur amira.awww.amira jugak.

sejak dari balik raya haritu.mereka berdua dah semakin dekat ngan aku.aww.ni yang tiba-tiba aku rasa aku dah layak jadi bapak.haha.dorang dah tak nanges.suka pulak geletek2 perut aku.dan aku terpaksa buat2 geli nak bagi mereka ketawa.ohh.baru aku tahu begini caranya nak main ngan budak2.hahahahaha.aku pon geletek mereka kembali.dan mereka ketawa.aku tak tahu kot2 mereka pon buat2 geli jugak.hahaha.kata orang.what goes around comes around en? :P

yess.mungkin ini titik tolak untuk aku menjadi seorang yang suka budak2.oyeahhh.aku tak tahu macammana nak dukung budak.dan aku tak tahu bila budak2 tu rela aku dukung mereka.haha.takpa.aku akan teruskan latihan menggeletek dimasa lapang tuk improvekan skill aku melayan kerenah budak2.hait.

p/s : nak mintak nombor dorang? meh meh.haha
p/s : aku dpt duit raya plg pelik dalam hidup aku. rm21.dia igt aku 21 tahun ke?haha

Wednesday, September 8, 2010

raya.

pemegang mohor versi polaroid. :P
salam alaik.

tadi aku dekat k.l sentral.tak dengar pengumuman raya.memang rasa macam worst miss moment of the year lah after pengumuman kenaikan gaji pekerja sektor awam.tapi takpa.boleh search youtube dan ulang beribu ratus kali.ape ade hal?

satu lagi persoalan yang aku ingin bangkitkan kat sini ialah mana perginya dentuman mercun pop pop dan mercun thunderclap di malam hari.tahun ini pupus.aku rasa budak2 ni pon dah pandai browsing youtube nak dengar and tgk letupan mercun.takyah bazirkan duit mara mahupon duit sekolah rm2.00 setiap hari nak beli mercun.

hilang kaki.hilang jari.tak dapat rasa rendang berapi.
hilang mata.kanan kiri.baru tahu siapa yang rugi.
brader brader supplier mercun semua happy.
kocek penuh berjoli sakan lah lagi.
yang kau tu terbaring separuh sedar dekat nak mati.
ha.main lah mercun lagi.memang nak kena lagi.
pantun enam setengah kerat.

selamat hari raya.
selamat makan kuih raya.
selamat dapat duit raya.
selamat pakai baju raya.
selamat dengar lagu raya.
selamat pergi sembahyang raya.
last but not least.
berhati-hati di jalan raya. :)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
maaf-memaafkan lah sesama kita setiap hari k.
kang tak sempat tunggu lebaran dah pergi dulu.
:) :) :)

aku ada satu persoalan.adakah lelaki bermisai dan berjanggut serta separa tinggi macam aku boleh dpt lebih rm50 raya ni?hahaha.kita tunggu.

p/s : after this tinggal lagi 2 ramadhan dan syawal di malaysia.hhuuu.

Tuesday, September 7, 2010

filem skala merah.

merah marah.
bunga ini senyum dalam diam.
beruang merah ini pandai posing.

zenit ttl.redscale film ISO 100.
salam alaik.

hey ho.ya. aku tahu aku masih noobies.dalam bahasa melayunya kata orang aku masih lagi budak separa mentah yang banyak kelemahan tapi pretend to be profesional.tapi perlu kah aku berhenti? tidak.seremuk gagal mana kau hari ini pun bukan definisinya kau gagal untuk esok.dan kau berjaya hari ini bukan maksud kau senyum lagi untuk esok.

hari ini untuk hari ini.dan esok untuk esok.jangan fikir tentang esok kalau kau takut nak tempuh hari ini.well.kalau benda yang kau buat tak ikut laluan yang kau harapkan.dan semua meracau kacau bilau tak seperti yang kau matjeninkan.berhenti mengeluh dan berpeluh.takda gunanya kau tarik mulut masam mencuka.tarik nafas.buang nafas.dan tarik balik.

kau tak gagal.sekali pon tak.kau gagal bila kau taknak bangkit dari apa yang kau gagal.itu memanglah kau loser.ok. hari ini aku gagal memanfaatkan filem redscale pertama aku.hasilnya bagi aku duka cita.tak seindah yang aku harap.merah entah kemana.duit melayang lagi.tapi selagi aku minat dan aku tahu aku boleh overcome kelemahan aku.there is always a victory.

common nas!

Monday, September 6, 2010

myspace dalam kenangan.


online friend : 1. ( nak letak s pon tak lepas )
salam alaik.

oh myspace.ruang saya.ruang awak.ruang dia.ruang udara untuk mereka mereka juga.a place for friend.haha.itu tagline myspace.tapi aku rasa myspace lebih kepada a place for flirting peringkat umur form 1 sampai form 5.yang dah 18 tahun ke atas dan yang dah separa matang tapi still browsing nak cari awek guna myspace merupakan jalan pintas untuk bahagia.haha.

aku pon tak terkecuali.menipulah kalau aku kata aku tak stalking gadis2 ayu mahupon yang kiut2 kat myspace dulu.stalking gadis2 bajet hot yang posing dari angle atas untuk gambar profile mereka.hahaha.dan tak lupa yang bajet hot gila taknak aprove and hide gambar.boooo.lepas tu pikir lagu nak letak kat profile sendiri.dulu ada satu zaman music player myspace rosak.naiklah esnip and flashfetish sebagai pembekal lagu.punya smangat nak bg visitor dgr lagu.haha.padahal member dtg profil anta komen then chow.lolx.berjam jam habis depan komputer sebab nak edit layout tuk profile sendiri.ubah coding sana.ubah coding sini.letak gamba.buang gamba.haha.mana ada spirit tu kat facebook??myspace je ada.




pemenang anugerah profile paling montel 2009.

lepastu sibuk la tuka nama 3 hari sekali.anas bermimpi lagi.ku bermimpi di siang hari.anazenitov.anazagoraz.anas sana sini lah.macam2. farahcutie la.nana hotties la.budak manja la.aku takda nama la.ACCOUNT CLOSE la.yang budak rempit pulak bajet..din apache.man sereng 18.wardy rempit sejati.hahaha.bajet.bajet.then mulelah letak gamba yang diedit guna photoshop dan photobucket.wording sana sini.ini contohnya.

comment my pic yaww.i hit u back.*kata gadis2 bajet hot myspace.
untuk elak kontroversi.gambar sendiri digunakan. :P

myspace je ada.facebook mana ada?lepas tu berjam main komen2.mana ada like2 lagi time tu.haha.hyee?boleh bekenalan?hyee.tinggal kat mane?kiut lah profile pic tu.muahaha.clise.tpi semua orang pernah ada dalam situasi tu kat myspace dulu kan?.encik tom punyelah bahagia.makin buncit dan boroi.senyum lebar je.hak3.lepas menyingkirkan friendster dari pencabar.skang myspace lah paling power skali.dulu masa dgr facebook.facebook?ape tu?hahaha.cam tak best je.myspace the best beb.

ada yang cuba jadi topfriend kawan masing2 and adalah yang terasa hati dia takda dalam topfriend.ada jugak yang hide comment takut kucing sebelah rumah baca.dan ada yang hide friend takut nanti awek2 cun or mamat hensem dari friend dia kena rampas.hahaha.booo.

zaman berlalu.sekarang mana ada myspace lagi.berapa kerat sgtlah yg still on myspace. budak darjah enam pon dah main facebook.like2 page cikgu dorang.siap buat group GERAKAN MANSUHKAN UPSR.hahaha.mana ada nak hantar surat cinta macam kita dulu.padahal aku pon guna myspace.skang style maen post kat wall je.lepas tu ramai2 like.nak update relationship status pon senang.tak payah declare2 kat kelas.hahaha.lepastu update status."hari ini aku cirit birit dalam kelas",ngahaha.sekarang myspace pon dah lapuk.kena tinggal dek facebook.

aku dah berkurun lame kot tak sign in myspace.ntah macammana harini tergerak hati tuk bukak .waaaa.myspace dah berubah.ada peningkatan.tp rasa pelik.tak mcm dulu :P :P ni kes nak cabar facebook lah ni.*clap2* waaa.rindu pulak aku kat site ni.dulu zaman muda remaja ranggi bergayaa kat sini la.haha.rasa nak lompat tgk2 balek comment2 zaman form 5 dulu.wah.teruja.
aku ada 3 akaun myspace.satu hilang password.satu kena hack orang putih mana ntah habis minah matsaleh sume add aku as friend.terasa hot.muahaha.tinggalah satu lagi yang still hidup tapi mati.haha.kesian encik myspace dan tom.tom sekarang mesti dah botak fikirkan user2 nya yang lari pergi facebook.what to do tom? facebook is better. :P

hey encik tom.jgn nanges kuat sangat.nanti aku add facebook kau ye? haha.myspace completely in memory.


"sampai hati korang tinggalkan aku.sampai hati.taknak wish selamat hari raya.sob3" -tom

p/s : pergi la jenguk2 myspace tu.kesian dia.mana tahu ada orang mintak kapel tak berbalas-balas dari dulu.muahaha.

Sunday, September 5, 2010

kuih apam.

versi polaroid.tribute to amin jabar for his nice photo!

salam alaik.

aku just suka gambar diatas.ngahahahaha.
kain sarong bukan halangan.
kain sarong bukan halangan.
kain sarong bukan halangan.

gajah duduk.gajah bangun.tanjir.mangga.dan apa2 lagi kain sarong.mari berkain sarong.

p/s : tengs to nur amira syazwani , muhammad hariri , lydia amalina , ahmad muslim and dear friends for today's moment. :D

Saturday, September 4, 2010

gelandangan.

zenit ttl.
kucing ini sudah darjah dua.dia bukan gelandangan.dia ada rumah.


salam alaik.

bukan aku pinta untuk aku jadi gelandangan.
di caci maki . di beri kaki tanda amaran.
di pandang macam sembunyian pelarian.
aku juga ada hati dan seketul perasaan.
bukan untuk aku dan kau mainkan.

tercampak aku ke gelandangan.
tanpa ada sesiapa untuk aku rayukan.
kadang2 aku tak minta untuk kau simpatikan.
cukup mulut busuk kau itu kelu dari kutuk kutukan.
kerana esok lusa tidak mustahil.kau juga di gelandangan.

aku tahu.mungkin aku ini caca hina.
atap berlangit bintang.alas konkrit tepi longkang.
orang kata gelandangan seperti aku tidak berusaha.
mengharap simpati sebungkus nasi saja.
masakan aku hendak berusaha?
kau . kau dan kau tidak luput dengan menghina.
tak siapa mahu terima.orang busuk lusuh macam hamba.

masing-masing tarik muka.
ego dengan apa yang ada.
jalan tegak dabik daba.
hidung tinggi lubang terbuka.
sudahlah.sedarlah.
sedarlah.sudahlah.
dunia ini tak pernah henti berputar.
jaga-jaga.jangan satu hari nanti kau makan hinaan sendiri.

tersentuh pulak rasa tengok majalah tiga pasal gelandangan or homeless community di Kuala Lumpur.merdekakah? merdekakah? tiba2 aku teranalogikan golongan gelandangan ini dengan kehidupan kucing.kucing memang banyak yang homeless.cari makanan kat pasar.kedai makan.dewan makan KMS.mioww sana.mioww sini.nak teruskan hidup hari2.tapi walaupon kucing tersebut homeless.die bebas bergerak sana sini sana.banding dengan kucing bertuan dan berumah.tak payah sibuk pasal simpati.whiskas mesti tuan bagi.tapi ada yang terperuk dalam sangkar dari kecik sampai mati.manusia jijikkan gelandangan.kita ini berumah .tapi mungkin hati kita ini tersangkar dengan masalah.dan tak pernah bebas.jadi?dalam dunia takda yang sempurna.Allah jadikan semua sama sahaja.renungkanlah.

p/s : from homeless to harvard!

a photo by amirul hafidz.

salam alaik.

a photo by actionsampler amirul hafidz.
sumpah aku suka gambar ni shin!
hahahaha.lomo on.

happy birthday to my beloved mother Nor Rizan Bt Awang Nor.
terima kasih kandung dan tatang anas sampai ke saat ini.
satu hari nanti anas bagi hadiah terbaik untuk mak.

one simple photo is enough to describe thousand of colourfull emotion in our life.get a gear.dont think.just snap!