Tuesday, June 29, 2010

bye homee hye kms , bye L hye P.

salam alaik.

hye hye. bye bye. tiga abjad dua ayat yang takkan lari dari kehidupan kita. hari ini kita gembira hye orang tu. esok maybe kita terpaksa bermelankolik bye dia. dan mungkin hari ini kita suram muram bye dia. tapi esok dia akan hye kita semula dengan sinaran gigi.

ok.hari ini pon aku hye dan bye.aku dah bye lesen noob L aku .haha. naseb baek lepas JPJ test td. skang dah dpt P.huhu.naseb baek lulus. dah la handbrake pon tak turun. cara pusing stereng pun kena tegur. gear pon salah. 1 2 terus 5 .wakaka.bukan niat aku. dah gear dia liat sgt.hehe. tp asal lulus pon cukup. lepas2 ni leh la aku meronggeng cik kelisa yang kesorangan di rumah sebab tuannya sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah.wah. tak sangka akak aku nak jadi cikgu pendidikan khas. hehe.

ok.esok pon aku hye dan bye.byee rumahh.byee gitar . byee katil empuk. byee kucing.byee taik kucing.byee cik kaloi. byee cik guppy . byee cik bunga kertas.bye roti canai.byee sirap limau ais. hyee KMS.hyee taman tasik. hyee terminal one. hyee bus suasana edaran.hye A-level hyee kepanasan. haha. esok hari . melangkah aku ke kolej MARA Seremban.dua tahun lagi untuk aku struggle untuk fly ke Australia.Insya Allah. peluang Allah dah bagi. aku akan guna elok2. post kali ini tidak panjang.kerana barang aku tak packing lagi.wakakaka. hyeee. byeee.

SI KUMBANG TERBANG DI KOLEJ MARA SEREMBAN MULAI ESOK. =)
kepong-seremban.

Sunday, June 27, 2010

sudah TUA.

salam alaik.

27 jun 1954- stesen janakuasa nuklear pertama dunia dibina di moscow.
27 jun 1967 - mesin ATM pertama di dunia beroperasi di London.
27 jun 1977 - seorang pemain bintang sepanyol Raul Gonzalez dilahirkan.
27 jun 1985 - pemandu F1 , nico rosberg dilahirkan.
27 jun 1985 - pemain tenis rusia , svetlana kuznetsova pun dilahirkan.
27 jun 1992 - Ahn So hee ,anggota wondergirl dilahirkan.
27 jun 1992 - seorang budak agak kurang2 kiut dilahirkan di Kuala Terengganu.namanya , Anas Saifuddin. :D

aku sudah tua. :Dehemm.matang barangkali.wakaka. tua dari semalam. dan tua dari kelmarin. :D kan? thanks for all the wishes dear friends.:)yang patut diraikan hari ini sebenarnya bukan aku. tapi ibu bapa aku. aku cuma menangis manja2 merengek keluar dari perut mak aku pada tarikh ini 18 tahun lepas pukul 5 petang. tapi yang meneran kesakitan sembilan bulan itu bukan aku.itu mak aku.dan yang berpanas sejuk mencari rezeki dan menjadikan aku 18 hari ini juga bukan aku.ayah aku.

terima kaseh mak abah.anas tak pernah wish mak ngan abah mcm budak2 lain buat masa hari jadi , hari ibu , hari bapa kan?.anas tak pernah bagi hadiah mcm budak2 lain buat kan?.anas tak pernah luahkan anas sayang mak abah kan?.anas takda pon bagi2 kad kat mak abah mcm budak laen buat kan?mungkin anas ni malu. apelah kau anas. ngan mak abah kau pon nak malu.takpelah.anas bukan tak ingat semua tu.bukan tak igt burfday mak abah.bukan tak igt mothers day fathers day.bukan taknak wish.anas hadiahkan doa setiap hari kat mak abah.dan anas akan hadiahkan kejayaan anas satu hari nanti kat mak abah.biarla bukan sekarang anas bagi hadiah untuk semua yg mak abah buat.satu hari nanti.hari tu akan tiba.

TERIMA KASEH MAK ABAH. =)
Mohd Shukri.
Nor Rizan.

Thursday, June 24, 2010

rangka ayam.





modul A-level aku.hahaha.
salam alaik.

hari ini indah.2 jam bermesra bermanja dengan kancil berenjin bersama cikgu ah lai.aku igt hari ini hari last aku belajar kereta.rupa-rupanya ada satu sesi lagi.oh ya.aku test 29 haribulan ini. kalau wajah sugul mongol yang korang lihat aku di KMS nanti.korang tahu la sebab apa.ahaha.bagi aku bukit aku boleh lepas.parking aku asyik langgar tiang. gatal betul tiang tu nak berkepit ngan kancil aku.eyh kancil encik ahlai.

tadi aku facebooking.tiba2 rasa gelodak kelodak memberontak nak belajar photography balik.eeee.aku tahu aku takda DSLR shining2 cam korang.sedap je snap2.gamba lawa.eleh.itu pon lepas edit guna photoshop.hahaha!yang aku ada cuma ZENIT TTL.camera usang dari rusia tahun 80an yang guna film.tak lupa kamera lomo pertama aku.GOLDEN HALF.sangat kiut.kamera 35mm terkecik dunia.masa aku nak pegi cuci gamba aritu.apek boroi kedai gambar tu gelak2.dah la boroi.nampak pusat.dia cakap kamera aku tak laku.bagi dia free pon dia taknak.kamera budak2 tadika dia cakap.eee.sapa nak bagi kau free.kau nak beli seratus lima puluh ringgit pon aku tak jual.sebab aku beli harga dua ratus.hahaha.

aku suka photography.lagi2 film2 ni.bagi aku cool sangat.tp cool2 pon duit kena ada dlm poket gak.nak cuci and beli film.huhu.oleh itu.tinggal lagi 5 hari.aku bertekad nak googling balek manual nak guna ZENIT TTL ni.haha.esok venue aku K.L.maybe area penjara pudu yang baru runtuh kot. yiah. aku nak habiskan film.yeahh.dan start balek snapping.woohoo.setakat ni ada gak la beberapa film aku cuci.tapi hasilnya tak cukup memuaskan lagi.gamba still lagi blur n gelap.well. kata bahasa penjajah lagi.praktis membawa sempurna.hehehe.

oh ya.rangka ayam.ahahaha.korang suka rangka ayam? korang penah terfikir camna leh dapat rangka ayam?mana pegi semua isi?hak3. ke dia amik ayam2 tak cukup zat je and then takut rugi dia buat la rangka ayam.haha.best ouh rangka ayam.baru rm2.50 kau dapat sekor.MCD or kepsi leh ke dapat camtu? alah.jangan cite la yg keje mcd n kepsi tu. mmg la muak makan ayam.mesti korang mimpi pon ayam en.bapak tak stim mimpi korang.

ok. sebelum merepek aku tuka jadi kerepek. baik aku berhenti. daaa. :D :D oh ya. nanti aku sumbat karya photography aku yang masih dara dan muda.korang komen ok. :)

Wednesday, June 23, 2010

pemberitahuan.

kesian brader tu mandul.isk3.
salam alaik.

minit terus berlari.jam terus berganti.pagi tukar petang.petang jadi malam.malam ganti pagi.hari pon berlalu pergi.tapi aku masih kat sini.kat sini mana.kat sini la.lebih kurang tolak tambah kali bahagi enam hari lagi , aku tak lagi disini.enam hari lagi pada waktu yang sama mungkin aku tengah terduduk kaku paku secara skema membukak telinga dengar taklimat pasal biasiswa yang aku guni tak lama lagi.tak pon masa tu tengah ada sesi memecahkan ais sesama sendiri.tak pon ngah ada sesi lari dalam guni.ahaha.ok. abaikan.tak pon ada sesi cara memasang kain cadar dan cara menggunakan dobi prabayar. :D

aku teruja ulam raja sebenarnya nak jejak situ.situ mana.kolej mara seremban.tapi rasa debar getar tu ada beb.gila weh. duduk sama kolej ngan bebudak otak geliga bakul raga satu malaysia raya.aku ni biasa saja.im not gifted.im struggle to be one.tp at the same time aku bersyukur.Allah bagi aku peluang dan rezeki yang membanjir. bersyukur.bersyukur.aku kena berusaha keras , tanda aku bersyukur.yiah.

yaa.tepat. otak aku masih berat , karat dan padat tanpa benda bermanfaat. tujuh bulan meninggalkan buku amatlah merugikan. cis baru sekarang kau nak rasa rugi. yalah.dulu2 baru habis spm , gila apa nak pegang buku balik. orang gila pon tak buat camtu. haha.

disebabkan agak lama otak ini tiada pelincir.aku rasa gementar halilintar gak nak belajar balik semua benda tu .takut nanti kena angin ahmar mahu pon kejang paru2.aku tak kahwin lagi weh. tapi takpa. semua tempat baru kena mula dari bawah dan sikit2.barulah boleh terbang.tidaklah fun tuk kau terus terbang tanpa kau tahu cara nak terbang.anda paham? cuma bagi aku. aku hanya harus follow the flow kata bahasa penjajah. tidak perlu terlalu exited mahu terkehadapan sangat.sebab itu aku tidak mahu exited mahu mencari2 ilmu yang bakal aku pelajari .kepada yang dah prepare awal , tabik spring katil aku kat korang.

yaa. tujuh bulan dah pergi. kini masa aku struggle balek. amatlah disaster kalau aku tak dpt fly.gila.gila.tak mahu fikir.oh kepada korang yg masih setia membaca , terima kasih daun kari aku ucapkan . aku bukan penulis popular ataupon blogger harapan malaysia. ahaha. aku menulis untuk suka-suka.kalau ada orang baca. aku gembira.

ok.berbalik kepada tajuk post diatas . pemberitahuan. dah jauh menyimpang dah ni sebenarnya. biarlah post ini panjang. nak baca.taknak baca.baca.hehe.ayat cikgu harris.sekarang kan musim bola.mana2 pon bola.macik jual karipap pon da tuka nama karipap dia jadi karipap ronaldo, nasi lemak drogba .eee. yong tau fu samba , masak lemak chile api,kali kepala rooney. eyh.silap.hehe. masa gol , semua menjerit. mmg r suka . sebab judi menang lagi. padahal bukan layan bola pon. bengkok2 manusia sekarang. aku sebenarnya cuma nak bagitahu.lepas penilaian round pertama cawan dunia. aku dah tahu da sapa menang.hahaha.and team yang ada harapan sket tahun ni jatuh kepada. jeng3.

ARGENTINA.
memula nak sokong ITALY macam 2006 dulu.
tapi italy tahun ni agak bosanlah.
kurang makan piza mcm dulu kot.
ekekeke.

p/s : tolong lah byk lagi kad merah world cup ni. gila bangang lah.dah tak fun .referee sume datang bulan agaknya.

Saturday, June 19, 2010

siapa rasa dia pompuan.


salam alaik.

siapa rasa dia pompuan??
siapa rasa dia pompuan??
siapa rasa dia pompuan??
bukan,bukan tutup aurat.itu wajib.takyah cerita.

siapa rasa dia pompuan?
siapa rasa dia pompuan?
masuklah koc wanita.biar jantan and org yg ada family je kat sini.
kata abang KTM.
buat apa nak sesak2 dalam koc awam.
koc khas tuk awak dah ada.
yang awk nak menyesakkan koc lain buat apa?
nak menggatal? (itu aku tambah )

siapa rasa dia pompuan?
masuk koc wanita tu.byk kosong lg.
nak menghimpit kat lelaki buat apa.
kesian lelaki takdak koc khas.
da berhimpit2 da ni ha.

siapa rasa dia pompuan?
awak rasa awk pompuan masuk koc wanita.
cepat.cepat.cepat.byk lagi lelaki tak masuk ni.
koc awak sana tu kosong lg.cepat masuk sana.

siapa rasa dia pompuan?
masuk koc merah jambu.

*credit to abg KTM.kesian maskulin.harap feminin faham.anda sudah ada koc khas.hargai. :)
*hope KTM buat koc lelaki plak lepas ni.baru adil. :D

p/s : thanks to Nur Amira Syazwani for today moment. :)

Wednesday, June 16, 2010

semua gara-gara gambar ini.



semua gara2 gambar ni.HAHAHA.tapi seblum aku upload gambar ini pon. ada yang dah cakap. bengkok betol. HAHAHA. lawak gila weh. gambar ni satu je kot tp pada realiti hampeh tak sama langsung.muahaha

















salam alaik

hahaha. hai kawan..semenjak empat dan lima menjak ni.ada gerombolan human being kata muka aku ada iras nabil raja lawak. ada ke patut . tak patut betul .laen la wehh. bapak lawak je. yang ckp tu plak dari individu berlainan yang saling tidak mengenali antara satu sama lain . dorang ckp benda yang sama. ada yang belom penah jumpa aku. ada yang kawan baek aku .ada yang dah lama tak jumpa aku. hahaha.

pelik betol aku. korang kalau da jumpa aku korang tgk. takda langsung sama. ada iras maxi rodriguez je.( argentina rock! ) kahakkahakkahak. apa2 pon . anda rasa anda muka anda ada iras artis? jangan bangga diri. artis skang dah pelik2. dadah. syabu. gambar bogel. video itu. video ini. arak teguk. peluk anjing bulldog.peluk anjing laut. pahtu wat statement. sy pegang anjing yg kering.tak berdosa kan?bodoh punya statement.pahtu budak2 la jerit2 keriangan menjadikan artis idola mereka. aku bukan comdemn semua teruk. tpi mostly la. ok . aku bukan nak meluahkan perasaan kat sini. muahahaha.

byee~

p/s : apa akan jadi kalau muka aku ada iras2 mr bean.

Monday, June 14, 2010

gathering malakat






salam alaik.

malakat92.com . di kotak maya itu aku kenal ramai kawan.sangat ramai. ketika aku aku masih di tingkatan tiga . dan sekarang aku sudah 18 tahun.eyh maaf.aku masih belum cukup bulan untuk jadi dewasa.ahaha.sudah 4 tahun umurnya perkenalan ini.12 jun 2010 . muka2 yang dulu aku tengok di komputer buruk dan ada yg aku tak tahu muka langsung berjumpa bertemu bertentang bola mata di midvalley. :)

hahaha. yiah . gila lawak lah. sorylah kawan kalau aku tak cam muka korang. haha.rasa sedih bila mereka kenal aku. tapi aku sebaliknya. sory kawan. sory dan sory. aku sudah lama meninggalkan site itu. tapi pemergian aku bukan bermakna aku putus kawan dan persahabatan. bagi aku cukuplah seratus puluh yang sudah aku kenali. tapi tak mengapa. lepas ini aku kembali. ada makhluk2 kata site malakat ini merepek. ntah apa2 kenal dari maya.itu tak kena. ini tak kena. tapi percayalah. masuk sana membuatkan otak anda lagi terbuka . kenal seratus puluh spesies dan pengalaman. sepuluh ratus karakter dan peribadi. seratus sepuluh ratus cerita dan info.

aku happy. sangat2 happy. terima kasih kawan. aku hampir menang di boling .haha. cis! tapi kalah last minit.hahahaha.nanti bulan 7 jumpa lagi.aku tidak dapat menahan kegembiraan hari itu. mereka sangat cool . anda tidak percaya kawan yang anda kenal di fb zaman muda mudi dulu? ingat. yang penting dalam persabahatan ialah keikhlasan. ada itu. kekallah ikatan.berjumpa depan mata itu pasti tiba.hanya masa saja akan tentukan.

im glad to know and learn something from each all of you. satu hari nanti kita jumpa ramai2 bawak anak isteri pulak k. hahaha. nanti anak2 kita buat malakat baru. malakat15 aku andaikan 2015 ramai dah ada anak.wakakaka.aku rindukan ym cam dulu.masa akhir form 3.menunggu result PMR. sampai pukul 4 pagi chatting. dengan jiman joe jd dejay radio. dgn arianne tak abes2 gaduh bola ngan aku.jue ngan awin kuat fire org.fisa ngan stroberi dia.best best.aku rindu semua itu.ngan cong. akeem n yusz. ehemm. byk kenangan. masa itu. tak siapa pon berjumpa lg.tidak mengapa kawan.satu hari kita berjumpa . :)

Malakat92 old member.
anaz bermimpi lagi.

-jadikanlah dirimu umpama PELANGI.walau hadirnya seketika. ia menceriakan setiap kata.-

anas.
akeem.
muiz.
peng.
naqib.
fahmichi.
fawwaz.
wan faiz.
zul.
rihaz.
ariff.
dan beberapa gadis2 pemalu.wakakaka.
rusyda and the geng! :D

Friday, June 11, 2010

michael shumacher pakai kebaya.


salam alaik.

mekaseh sesapa yang tag aku keyh.eyhh syuti.sory lambat buat tag kau. :D

tag from apeng.

1) apa yang bermain di fikiran you all sekarang ni?

camna nak repair gitar semi aku yang bunyi sumbang.huargh!

2) apakah nama samaran you all?

muahaha.anas.zagoraz.mancis.poknas.torres.haha

3) berikan 3 orang yang you all sayang?

family.mak ayah.abang.kakak.cik.aleh.

kawan.teman.taulan.

Nur Amira Syazwani. :)

4) panggilan untuk si dia?

michiko. :)

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?

sekeping harmonica. :)

6) blog mana yang you all suka visit?

Blog yang aku suka visit.

7) tag kan kepada 8 blogger.

didier drogba

lionel messi

shukor adan

bambang pamungkas

syuti

arie

syud

kak lisa

hidayah

pucong


tag from syuti.


1)Thank and link the person that gave you the award.

tengss alohasyuti. :D. selamat berkuala pilah.wakaka

ni dia syuti yang hot.gi la ngorat dia.ngahaha.


2)Pass this award onto 10 bloggers you’re recently discovered and think are fantastic:

1) eloxias.
2)apeng.
3)sam.
4)adam.
5)arie.
6)gila kentang.
7)lydia.
8)karingeri.haha.
9)dayah.
10)ayu.
11)pucong.
12)syud.

3) Contact the blogs and let them know they’ve won the award:
orite.
4) State 7 things about yourself: easy. just state the seven.

friendly.
suka makanan manis.
pernah bercita-cita nak jadi tukang potong rumput.
tak suka tgk drama kecuali adamaya.haha.
sup belut kegemarannya tapi jarang dapat makan.
tak suka lipan berbanding lipas.
memiliki lesen L.wakakaka.

award apa korang menang??tgk atas sekali tu k. :D

p/s : mari mula bersengkang mata tgk cawan dunia.

Thursday, June 10, 2010

aku di luar negara.



*gambar sikit sangat.maaf.kalau letak banyak2.bangga pulak brader2 Myanmar tu nanti

salam alaik.

pagi tadi lepas belajar kereta pusing2 enjin asyik mati keliling selayang,parent aku ajak aku gi makan.aku taknak cerita pasal makan.sebab perut masih kenyang makan sup perut.haha.perut dalam perut.sangat berlemak.dan memberahikan.ok.lepas makan brekfas pagi tadi,ayah aku nak bayar bill2.jadi satria dipandu ke selayang.ayah aku k.aku baru L.ahaha.lebih tepat.area pasar borong selayang.

woahhh.memang aku rasa aku di luar negara.macam dekat myanmar.sumpah.pandang kanan kiri depan belakang semua myanmar.jual ikan dan sayur depan premis perniagaan.mengendong anak2.kanak2 mereka.warga tua mereka.pandang atas.bahasa myanmar.pandang arah tenggara kedai myanmar.waahh.aku diluar negara.bukan aku bersikap perkauman disini..bukan aku tidak suka.tetapi rasa tidak selesa.

ini tanah tumpah kari dan kuah dal orang Malaysia,rasa macam tidak selesa.ditambah persekitaran area itu sangat2 kotor dan dipenuhi warga mereka.aku diluar negarakah?mereka ini sudah bergenerasi di sini.membina keluarga.asalnya pelarian perang.mereka dapat taraf pelarian dari UNHCR.jadi bermaharajelelalah warga mereka di tanah ini.lebih tepat.SELAYANG.seperti aku cakap td.bukan aku tidak suka.tapi bila aku fikir balik.berapa ribu tanah rakyat Malaysia khasnya Melayu sendiri dirampas pihak2 tertentu.menangis berbanjir-banjir mereka meronta merayu agar sekepal tanah itu tidak diambil.harta pusaka nenek moyang.orang kita nak berniaga kecil2 pon kena halau dek DBKL.kena sita.kena saman.kena kejar.baru jual air tin dan juga keropok lekor.berkejaran di KL.main polis sentri dengan brader boroi DBKL.tak percaya?pergi tengok.mereka di SELAYANG,berjual beli sesuka hati.ada permit jugakah?entah2 pasport pon ntah kemana.macam sudah ada negeri baru di Selangor ini.cuba anda search bandar baru Selayang di wikipedia.tempat ini dikenali sebagai LITTLE MYANMAR.wahh.satu kebanggaan untuk warga mereka.apa sudah jadi?

aku ini pulak di Kepong.siapa tidak kenal Kepong.tempat lepak warga negro sana sini sesuka hati.tak percaya datanglah sini.dah macam south africa dah aku rasa.bak kata Lydia,dorang ni tak balik kampung tgk world cup ke?ahahaha.sudahlah haram.jenayah bersepah.rogol sana.rompak sini.black money sana.curi sini.apa nak jadi oh Malaysiaku.sudahlah pribumi merintih satu demi satu hak dipertikai.kedatangan mereka berlautan ini lagi la memburukkan.itu belum lagi dikira vietnam , bangla , nepal dan venezuela.eyh indonesia.memang betul.dalam otak kalian ckp mereka juga majukan malaysia.kilang dan binaan.aku tak nafikan.tapi sudah lebih.

apa sudah jadi Malaysia.aku diluar negarakah?

p/s : pasta perfetto lasagna de carbonara la lambo galardo.haha.. VIVA ITALIA.aku tahu itali akan kalah.tapi aku sokong gak.mereka sgt cool.

Wednesday, June 9, 2010

safety is sexy

salam alaik.

Dengarlah hai sahabat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku suruh taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

lirik dia best.aku suka.aku suka.

hey ho all.safety is sexy.muahaha.apeng gelak-gelak bangang,ayu mengantuk tak tahan nak kencing,adl kriuk2 makan popcorn sorang2,burong ngan ali gay dua2 orang.muahaha.leh kata ngantuk la tgk THE KILLERS semalam.keje kissing2 je dua orang tu.takde scene laen ke.naseb baek ending dia boleh tahan la best.btw.enjoy r kua ngan korang semalam.hee.

oh ya.aku kembali.5 hari tidak mengaktifkan jiwa blogging.tenet down.modem rosak.and then balik kampung.waa.balik kampung.aku teruja bukan apa.makanan kelantan the best.sup perut n sup belut.memang peberet lah.selera makan pon naik kalau balik kelantan.

woohooo.surat cinta sudah sampai.lama aku tunggu.baru la abg posmen tu nak anta.hek3.banyak jugak kena isi.tapi takda perlakuan membunuh stem kali ni.hak3. Uitm punya lagi menyusahkan.

oh ya.aku tidak berniat post panjang.hanya mahu inform tenet aku sudah normal.tidak demam lagi.hahaha.sebelum tu.lagu waliband mmg best! ahahaha.

bye!

Thursday, June 3, 2010

kisah pakcik tua dan tuah.


salam alaik.

kerja aku sebagai penjaga kedai buku.aku bukan kaki buku pun.aku kaki tiru.dulu aku tiru pon dengan budak bodoh.jadi tak salah kot aku meniru.nak tunggu keputusan SPM lama lagi.arhh.buat apa.tunggu tak tunggu sama saja.aku bukan kemana.aku tahu.aku bodoh.kelas terakhir.aku sudah tahu takdir aku.tak payahlah aku cuba jadi pandai.sebab aku memang bodoh.dari kecil aku bodoh.jadi aku memang takkan pandai.aku memang tak bertuah.tuah ada dekat melaka.bermesra denang puteri.biarkan aku.aku pon bukan sembahyang punya orang.hidup aku dah memang macamni.jadi baik juga aku bekerja.keluarga aku bukan kaya mana.jadi setiap hari,aku bekerja disitu.

pelanggan kedai buku bukannya sikit.sudah namapun kedai buku aku FAMOUS,lagi lah berbondong orang datang.nak pula waktu hari minggu.budak2 bukan betul sangat.main cuba-cuba pen.bukak-bukak kotak krayon.main sorok-sorok,kejar-kejar..lepas tu pengumuman budak hilang.bukan budak je hilang.segala benda dia bawak lari.kalau lah kedai buku aku boleh buat pengumuman kehilangan barang.aku rasa.sampai malam pon tak abes.yang ibu bapak pon bukan betul sangat.dalam kedai buku aku jugaklah tempat dorang nak berjejak kasih.kawan lama tak jumpa.tgk2 dua duduk seblah tgk buku GALAXIE.lepastu bergosip tak sudah.GALAXIE ditinggal.aku bertambah sial.tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan.ini cerita aku,

kerja aku taklah penat sangat,aku jaga bahagian buku sekolah rendah dan menengah.mahu juga menyumpah sampah jampi serampah.letaklah aku bahagian buku rumah tangga ke.boleh aku selak2 halaman menarik untuk hari tua.eyh.aku bodoh.siapa nak aku.setiap hari kerja aku kemaslah buku2 soalan objektif yang bulat2 tu.dan setiap hari,akan datang seorang pakcik tua cina ke kedai aku.tidak lah tua mana.dewasalah.agk lusuh bajunya.dia tidak kemana.dia ke tempat aku.dan boleh kata setiap 2 hari.dia akan beli satu buku soalan objektif dikedai aku.dia bukan pilih2.dia datang , amik dan terus pergi.kadang-kadang aku jadi hairan,takkan lelaki yang lagi dua jumaat je tinggal ini mahu repeat SPM? gila.sedangkan aku yang bodoh ni pon takkan mahu repeat SPM.kadang2 buku ERT yang diambilnya.haha.mungkin untuk anaknya.tapi jika untuk anaknya.takkan sampai 2 hari skali.boleh gila anaknya kerja membulat sahaja.

aku biarkan sahaja.kerja aku kemas buku,kerja keselamatan dah dipikul abang guard didepan yang sibuk mesej aweknya yang bekerja sebagai guard jugak dibank.suatu hari,seperti biasa.pacik itu kembali.lepas dia ambil satu buku soalan objektif,dia hanya senyum dekat aku.aku takut.haha.tipu.mestilah aku senyum balik.pelanggan tetap.rupanya,hari itu,dia bilang dia tak bawa duit.jadi faham-fahamlah,kata orang senyum itu ada makna.nasib baik dia pilih buku bulat2 darjah lima.jadi murahlah sikit.aku tolong bayarkan.jauh dalam sudut hati aku betapa misteri nya lelaki tua ini.aku mahu tahu kisahnya.

aku tegur dia.aku tanya dia.tapi dia hanya pandai menggeleng.dia cuma kata,aku akan kembali ke sini.dengan kejayaan.terima kasih.aku jadi makin bingung.kejayaan apakah?selang beberapa hari selepas itu.seorang lelaki bertuksedo hitam kilat datang ke kedai buku aku.terus ke tempatku.aku kenal dia.dialah pakcik tua yang selalu membeli buku soalan objektif tu.aku gosokkan mata aku.betulkah dia?dulu bajunya lusuh tanpa tulisan.kini gaya ala2 dato jalaludin hassan.dia senyum pada aku.dia bagi aku rm50 note.dia masukkan ke kocek aku.tapi seperti biasa.dia masih ambil buku soalan objektif sambil tersengih dan berlalu pergi.dia masih membeli buku soalan objektif.boleh kata kerap.

lagi bertambah hairan dan raihan aku.selang lagi berapa hari.dia kembali.kembali dengan imej lusuhnya dan seribu kesedihan.tiada kejayaan.kegagalan katanya.aku tidak dapat menahan kemisterian.lalu aku bertanya padanya apa yang terjadi.

aku ini sudah miskin katanya.dulu aku anak orang kaya.aku ini cuma warisi harta bapak aku lah.kerja aku duduk ofis sahaja.semua dah ada.aku tukang sign saja.buat apa kerja penat2.usaha lebih2.tak kemana jugak kau.mudah.kereta besar.rumah besar.bini pon besar.tapi bisnes ayah aku bankrap.rumah aku kena jual.bini aku pergi.kereta aku lari.aku sudah tidak percaya tuhan.tuhan itu penipu.kalau betul dia ada.dia takkan bagi aku mcam ini.katanya keras.aku pelik.jadi apa kaitan buku soalan objektif dengan dirinya.aku percaya tuah aku.tuah aku aku yang tentukan.tuhan tidak ada.duit aku yang masih ada ini.aku cuba takdir aku.kau tahu kenapa aku beli buku itu semua?

setiap hari aku tandakan jawapan aku pada set2 soalan tu.aku tak tengok soalan.aku tanda sahaja.dan setiap hari.aku cuba nasib aku.aku semak jawapan aku.dan hari tu.aku dapat 50/50 betul.aku tahu.itu hari bertuah aku.aku pegi main judi.dan aku menang.aku tahu itu hari aku.hari bertuah aku.katanya sambil ketawa.kau bodoh mahu kerja macam ini.gaji tak seberapa.kuli orang pulak tuh.hahahaha.gelaknya lagi.kau tgk aku.usaha sikit saja dari dulu lagi.kaya jugak aku.

jadi kenapa pacik jadi macamni?tanya aku.buku itu penipu!berapa kali aku cuba.aku sudah tanda 50/50 betul.hari bertuah aku.hari bertuah aku.aku main judi.tapi! aku kalah.aku hilang semuanya!.buku penipu!buku penipu! aku mahu koyak buku itu! mana buku itu! jahanam! cilaka?chulalongkorn! habis duit aku! penipu! seakan niang rapik mula masuk ke rongga hidungnya.aku panggil abg guard yg hampir tertidur dihadapan.dan dia dibawa keluar.pada aku.hari itu.hari pertama dia gila.aku harap tidaklah sebab aku.

ouh.dia tak mahu berusaha tapi mahu semua.dari kecik dibesarkan keluarga kaya.bila susah.tidak pula cuba usaha.mengharap tuah saja.sekali mungkin tuhan bagi.tapi untuk bagi kau sedar.aku ini pula salahkan tuhan jadikan aku bodoh.tapi aku tidak berusaha.aku tiru.aku ponteng.sembahyang tinggal.tapi berangan jadi pandai.terima kasih pakcik yang baru gila.kau telah sedarkan aku.tuhan takkan bagi kau rezeki berjemba-jemba jika kau sendiri duduk termenung mengharap akal albert enstein jatuh dari langit.tuhan juga tidak akan biarkan kau menangis tragis kalau kau tak dpt tapi kau dah usaha kerana tuhan dah tetapkan yang terbaik utk kau.

TERIMA KASIH PAKCIK TUA GILA.

by,

Wednesday, June 2, 2010

pagi pertama

*facebook fynn jamal.lolx.aku diTOLAK oleh facebook.
salam alaik.

hari ni tak seperti semalam.kalau hari ini serupa semalam.kenapa perlu ada hari ini?ok teruskan.pagi pertama.orang sungguh suka malam pertama.bagaimana dengan malam kedua?ada apa dengan malam tu?ahaha.sama-sama nantikan.maaf.aku belum cukup 18.hari ini aku mahu bertinta mengenai pagi pertama.

pagi ini aku bangun awal.buang selimut.terus mandi.oh.pukul 6.40.awal jugak lah.ahaha.bukan apa.hari ini pagi pertama aku belajar menggerakkan kereta.ahaha.sumpah.aku tidak ada basic memandu langsung.aku sudah lama meninggalkan arena basikal sejak dua tahun yang lepas.agak malu la weh 18 naik basikal lagi.wakaka.oh lupa.pulas kunci nak hidupkan enjin pon tak pernah.sumpah.belajar bawak motor pon baru je aritu ngan zul.haha.hari ini.bersama cikgu Ah Lai.aku belajar memandu.lolx.

wah.teruja juga rasanya.disaat orang lain sudah ada P , aku baru first time belajar.ahahaha.ok.enjin tak mati hari ini.sekali pon tidak.aku bangga.yeay.hak3.aku naik binatang kancil berenjin ini di sekitar taman.tolong lah jangan gelak kalau korang terserempak ngan kereta kancil yang pemandu dia ada iras2 aku gerakkan kereta nak tak nak tu.hahaha.

clucth ditekan,gear satu.hand break turun.lepas clucth perlahan.tekan minyak.haha.

ok lah jugak for the first time.semua benda yang first time best.kan?kan?kan?hisap shisha sekali sedut aritu pon da fun.walaupon aku tak rasa fun.tapi pelik sampai ke mimpi dibawanya shisha tu.pelik aku.dalam mimpi.aku bagai nak rak hisap shisha tu.tapi sumpah aku tak minat.tak rasa ape pon benda tu.asap je.haha.

okeyh bebeyh.
byeeeeee.

AKU ADA L . KORANG ADA?
wakaka