Tuesday, January 24, 2012

koleksi kaki

salam alaik.

gua baru jumpa satu penemuan menakjubkan. gua tak pernah sangka gua akan temui benda ini. tapi ini yang gua temui.

ini kaki.

ini juga kaki.

eyh ada dua pasang pula kaki.

kaki tunjuk arah.

kaki tersipu malu.

kaki panjat bukit.

kakikih3

kaki bengkok.

***

hah. atas ini ialah gambar2 kaki dari kamera berbeza. disumbat dengan film berbeza. jadi kesimpulannya? gua memang suka shoot kaki. gua suka shoot. bau tu kena fikir dua kali. kih3 . gambar kaki lagi senang ditangkap dari camwhore. pandang bawah dan terus shoot. bagi sesetengah orang. dia menganggap menangkap kaki membawa sial atau dalam erti kata lain , LAME. tapi apa gua kesah. film gua. duit gua. bukan gua curi duit lu. haha. jangan marah. terpulang pada hak individu lah kan.

ini cuma satu penemuan : P

Saturday, January 21, 2012

this is why i love analogue #12

salam alaik.

this is why i love analogue part 12.

apa lagi yang saya suka dengan film photography?. sudah tentu kepelbagaian jenis kamera dan hasilnya. sejak saya menjadikan film photography sebagai hobi . saya sudah mencuba pelbagai jenis camera .tidak terhenti setakat slr . saya cuba pelbagai jenis toycam dan kamera dari format berbeza. yang penting sekali , bukan semua camera itu saya beli . saya hanya pinjam dari kawan2 terdekat saja .

and this is why i love analogue.

minggu lepas saya mencuba nasib menggunakan kamera slr jepun , iaitu Yashica fx7 . kamera antik sekitar tahun 1980 .kamera ini milik rakan saya , shafiq razak. memang minat saya mencuba kamera-kamera lama. lebih2 lagi slr dari berlainan jenama dan pengeluar.

jadi ini sedikit sebanyak hasil dari kamera itu.











pendapat saya? walaupun jika dibandingkan usia kamera ini yang sudah mencecah hampir 35 tahun. tapi hasilnya? boleh tahan juga bukan?warnanya .kualiti lensnya .apa yang saya suka tentang slr2 lama ialah kualiti kamera dan lens nya. body kamera diperbuat dari besi dan lens nya tahan lasak. buktinya? lihatlah hasil di atas. setanding dan bagi saya jauh lebih melebihi kualiti megapixel digital camera yang harganya beribu-ribu itu.jangan fikir saya masuk bakul angkat sendiri dengan memuji gambar sendiri pula.bukan itu maksud saya.maksud saya disini ialah hasil kamera tersebut selepas 30 tahun usia yang masih juga bagus.bukan saya memuji hasil  sendiri.mohon dijauhkan riak dan takabur.

niat saya disini bukan mahu merendahkan digital camera.digital kamera ialah ciptaan yang bagus.tapi disini saya cuma mahu menyatakan bahawasanya kamera film ialah sebuah ciptaan yang lebih menakjubkan . apa buktinya? ciptalah kamera baru dengan teknologi yang baru , kamera lama masih mampu melebihi mutu dan kualiti kamera yang baru.kamera digital mungkin memudahkan pengguna.tapi dari segi hasil yang jujur .pendapat saya film camera masih yang utama di hati saya.jangan putar petirkan ayat saya serupa saya tidak menyukai digital kamera pula.

and this is why i love analogue. : )

untuk gambar2 selebihnya dari kamera ini ,
boleh tekan link di bawah .
terima kasih.

tekan sini

Friday, January 20, 2012

puisi untuk penguasa.

salam alaik.






ini sepuisi untuk penguasa. penguasa komuter.jika kau lupa.aku tolong sedarkan.


sudah aku muak dengan kerut raut warga sendiri , di bumi sendiri .
mengenang apakan dayanya kudrat ini mampu bertahan,
menahan lautan kepanasan hawa yang tidak langsung berudara.
menahan kedinginan mampatan bahu ke dagu , 
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi, bergelar komuter.


kau suka dan makin murka dengan wang picisan yang masuk ke dalam kocek , 
hari demi hari , kocek bergantung , kantung dibelek . duit dirobek .
tapi apalah nasib kami ini , sang penumpang sehari-hari.
yang bertahan dalam mampatan. yang bermampat sambil bertahan.
menahan asakan , menahan lemahnya masa untuk berlalu.
menahan pedihnya kau buat kami macam dungu yang bisu.
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi , bergelar komuter.


sudah kau laungkan pembangunan ,sudah kau gemburkan perubahan ,
kami telan janji pahit itu ibarat telanan panadol menahan sakit.
dan kami tunggu berita itu,adakah palsu seribu kelu ,
adakah sekadar retorik macam selalu.
oh.sungguh terkedu hati melihat seorang ibu mengondong bayi dalam perutnya.
berkerut hati , dan bermuram matanya.menekap muka tanda kecewa.
teriak hati melihat pakcik tua , bertongkat tinggi ,
tersentak dengan teriakan berjuta dalam satu kamar.
menghayati indahnya asakan tren besi pucat lesi , bergelar komuter.



ingat , duit itu hak kami . kami tebarkan untuk kualiti.
dan bukan kami tebarkan untuk kau goyang kaki.
ingat , tidakkan redha wang yang kami beri.
jika ini yang kau bagi!
jika janji tidak terbagi.ludah pasti disusuli!



kau memang bahagia.kerana kau mungkin tidak merasa.
panasnya , kotornya , mampatnya , habanya,
akan bisnes yang penuhkan kocek kau sehari-hari.
cuba bersama kami pukul lima sampai lapan malam.
dari isnin sampai kau kelam.kelam dalam kesedaran.
betapa teruknya kau mengambil hak-hak kami.
tapi keji yang kau bagi.


terima kasih komuter,kerana hantarkan aku pulang.
terima kasih komuter,kerana tidak pernah lekang.
membuat aku bengang!


10.48 pm
20 januari 2012

p/s : dah sangat fed up dari dulu kini dan selamanya dengan perkhidmatan komuter. kalau bukan lembab dan mampat .bukan ktm namanya. 

Thursday, January 19, 2012

the name.

salam alaik.


tweet from syafiah.

gua tak puas hati betul ni. macammana nama saintifik itik boleh kena dengan nama gua? gua bukan ada iras-iras itik.bau itu mungkin tapi masih jauh . gua jarang memuncungkan mulut macam itik kalau posing gambar dan gua jalan bukan macam itik. 

muka nak kena sepak.

gua memang tahu dari dulu lagi bila gua search nama gua kat google mesti keluar gambar itik. tapi harini gua search sekali lagi , dah kurang sikit gambar itik.haha yang banyaknya ialah gambar zakiah anas berkemban dan gambar ilham anas si brader yang mirip obama.

barack obama indonesia disebelah kanan.

gambar zakiah anas berkemban? agh. gua taknak post kat sini. gua taknak menyebarkan aib orang.cukuplah dia mengaibkan diri dia. jika gambar itu fitnah , gua doakan pemfitnah itu masih mampu bertemu jalan lurus. jadi bila gua search nama gua kat google .ha ini yang keluar.

klik untuk tumbesaran.

anas , is a genus of dabbling ducks. HAHAHA .sumber dari abang wikipedia yang merajuk semalam 
menentang SOPA. a genus of dabbling ducks ? well mungkin sebab itu aku banyak cakap kot.

anyway , anas dalam konteks nama seorang muslim bermaksud kemesraan , cinta , kasih , mesra ataupun periang. dan saifuddin dalam arabnya bermaksud pedang agama. anas juga ialah nama seorang sahabat rasulullah iaitu anas bin malik .selain itu ,ayah kepada pengasas mazhab maliki  , imam malik juga ialah anas. kedua-dua mereka ialah dua orang yang berbeza.nampaknya nama yang gua genggam ini tarafnya bukanlah itik tapi penjunjung agama sebenarnya.

gua bukan nak cakap apa tapi gua jarang jumpa nama macam gua dalam komuniti gua.jadi gua rasa macam gua istimewa gila.tapi rekod tu pecah bila masuk kolej mara seremban . ada budak batch gua nama anas jugak .cis. hilang keunikan nama gua. kih3.

waktu gua kecik-kecik dulu ,budak2 panggil gua nanas. ejek2 nama gua lepastu buat gua tacing gaya sekolah rendah. "nama saya anas lah! " jerit manja gua ketika itu. kih3.itu zaman sekolah rendah punya bahan.bila dah naik sekolah menengah belajar sains dan biologi bagai. ha . tahap bahan pun makin tinggi. tak main dah nanas2 ni. anus terus! tak tahu anus tu apa? ha pegi google. gua tak sanggup nak post gambar dia kat sini.

dari nama saintifik itik , ilham anas , zakiah anas berkemban , anas bin malik dan sheikh ul islam malik ibn anas  .gua tahu gua memegang sebuah nama yang istimewa .

kasih pedang agama. itu nama gua. : D

Wednesday, January 18, 2012

sebelum dan selepas.

 salam alaik.

waktu period mentor-mentee haritu , cikgu Azmi suruh budak2 mentee dia ambil sehelai kertas.pada kertas itu dia suruh tulis pasal first impression and present impression aku kat setiap ahli mentee.dan diorang pun kena buat benda sama kat aku.kiranya semua orang akan dapat komen dari kawan masing2. dan waktu akhir sesi nanti , kiranya cikgu suruh kami muhasabah diri masing2. kih3.

ok mentor-mentee aku ada 10 orang.jadi aku akan dapat komen dari 9 orang yang lain. kalau tak malu aku boleh dapat 10 komen. kalau aku komen diri sendiri. kih3. tak pernah di buat orang.

* * *

ni first impression dorang waktu mula-mula kenal aku.waktu awal2 masuk kolej mara seremban dan waktu belum kenal dengan mendalam.

klik untuk tumbesaran

antara yang tarik perhatian aku ialah bila melihat tulisan mereka rata-rata lebih buruk dari aku! hahaha.im not alone.ok.apa yang tarik perhatian aku ialah bila dorang cakap aku banyak cakap , suka bergosip dan banyak mulut , banyak pendapat , banyak cakap politik dan semuanya boleh disimpulkan dengan satu ayat - AKU BANYAK CAKAP rupanya.haha.

ok. bawah ni pula current impression diorang dekat aku.sembilan orang yang hari-hari bersama aku dan dapat nilai diri aku yang sebenarnya.dapat tengok perangai baik buruk aku. ini kata mereka.

klik untuk tumbesaran.

komen paling siot datang dari shazwan salimin. dia cakap aku pelik. sangat pelik. cuba tengok diri balik. HAHA. makan dalam bai! dan ada yang masih komen aku banyak cakap , bak komen afiq rashid - banyak cakap gila. haha well afiq , even aku banyak cakap pun , dengan siapa lagi aku bergosip? kih3

* * *

aku tak ambil serius sangat sebenarnya tentang apa yang dorang kata. haha.mungkin dorang pun tak serius sangat. tulis dalam keadaan sempoi2 je pun

ada pepatah pernah menyebut ,

"kalau nak tengok diri kita yang sebenar , tanya pada orang sekeliling yang selalu bersama kita . mereka dapat lihat diri kita luar dari perspektif yang kita rasa "

Alevel engineering 11.1 - dinobatkan kelas paling awesome daerah seremban.bakal mewakili negeri dalam pertandingan kelas2 paling awesome seluruh malaysia.


Tuesday, January 17, 2012

this is why i love analogue #11

salam alaik.

smena 6.-smena ialah bahasa rusia.dalam bahasa inggerisnya bermaksud young generation.young generation dalam bahasa inggeris.dalam bahasa melayunya bermaksud generasi muda. kih3

post ini ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan ku yang jauh di bumi komunis soviet sana ,syafiq rumzi kerana menghadiahkan aku kamera smena 6 dari bumi maria sharapova. benar. rezeki aku tahun ini memang baik. awal2 tahun lagi seorang lagi teman ,adzwin jelani menghadiahkan lomo action samplernya pada aku. dan juga memberikan aku yashica MG-1 kepada aku utk dijaga.

dan kini. syafiq rumzi , dormate waktu zaman saser aku pula menghadiahkan sebutir kamera. ini baru true dormate bro! haha. terima kasih apeng. 

smena 6 bukanlah kamera lomo yang terkenal. tak seperti adik beradiknya yang lain seperti smena 8m , smena symbol dan smena 35 yang jauh lebih popular dan digemari.yang lebih "mainstream" dari smena 6 , smena 2  dan adik beradik smena yang lain. tapi takpa. bak kata orang , rezeki jangan ditolak. aku akan guna kamera itu elok2. terima kasih skali lagi apeng. you make my day!.

* * * 

dalam pada itu , 


fuyo. header baru.ini baru post this is why i love analogue. gambar di atas bukanlah diedit dari segi komposisi warna dan sebagainya kecuali letak caption blog kat atas tu je.aku hanya guna camera toycam.bukanlah nak memuji hasil yang aku dapat.cuma dapat dibuktikan toycam plastik juga mampu bagi hasil setanding atau lebih dari kamera2 digital. kamera yang aku guna? kamera UWS secondhand yang aku beli dengan harga rm50 berbaloi juga bukan? dengan dua keping voucher 1M , anda boleh dapat seketul UWS firsthand di kedai2 terpilih.kih3.

kamera UWS yang sedang ditacap rupanya gaya lelaki bujang.

jadi , this is the reason why i love analogue. bagi yang tidak mampu lagi untuk memiliki sebiji kamera film, apalah salahnya utk anda cuba2 kamera kawan dulu. rasakan dulu adrenalin dan degupan jantung bila guna kamera film dan lepastu , boleh cari kamera pertama anda!

hail analogue!