Sunday, October 31, 2010

pahlawan merah siri 2.

kes penjualan jersi kelantan yang sold out.
salam alaik.

ok.kelantan menang semalam.satu hari raya buat rakyat kelantan dan die hard fan red warrior tidak mengira lokasi melonjak-lonjak ke udara macam dah menang kes royalti minyak hak rakyat kelantan je rasanya.dah la dapat cuti pulak tu.haha.aku cuma dirumah.tidak berkesempatan ke stadium.tiket abes.

menjadi asamjawa mana-mana team yang kalah fannya akan melankolik.tak lupa ada yang menyalahkan dan memberikan seratus puluh ribu alasan kenapa team dorang kalah dan lebih suka menghentam team lawan sebagai punca kekalahan.team lawan main kasar.team lawan pandai berlakon.team lawan main-main cinta dalam padang .jersi team lawan lagi lawa.team lawan guna bomoh.saje bagi team lawan menang takut stadium kena bakar.dan tak lupa tiang gol lawan lebih pendek dari tiang gol team sendiri.kah3.tak penah pula di salahkan kenapa team sendiri sepak tak kena.kenapa team sendiri bazirkan peluang depan gol.kenapa team sendiri lengah-lengahkan masa.kenapa team sendiri tak makan multivitamin.dan kenapa team sendiri tak score goal.

kadang2 aku pon dalam situasi di atas.kita semua mungkin pernah dalam situasi diatas.tapi aku rasa kita kena berubah jadi matang.aku cakap ni bukan kata aku tak buat.kira muhabasabah diri jugaklah.kita jangan bykkan potpet2 salahkah takdir tuhan dan lebihkan sokongan.kurangkan cemuhan dan lebihkan penghargaan.kerana sesungguhnya.kutukan tak kemana.sedap mulut je bau busuk.welldone kelantan.anda menang bergaya dengan ribuan ratusan penyokong dibelakang anda.kepada negeri sembilan.counter attack anda cun la jugak.cuma taktik defend yang anda guna memakan diri.apa-apapon.syabas.

ok.cukup untuk piala malaysia.semalam mercun byk jugak kan?botol2 air jadi mangsa balingan?common lah fan.jadi matang.tak die hard fan lah anda kalo buat cenggini.bikin malu fan2 lain je ok?yang buat status facebook kutuk2 kelantan and negeri sembilan sudah-sudahlah.menampakkan ketidakmatangan anda.kita semua seagama.gelak guling2 orang kafir kat luar sana tgk kita gaduh sesama sendiri tanpa perlu mereka gaduhkan.

GOMO KELATE GOMO? HOBIN JANG HOBIN? YOULL NEVER WALK ALONE. :)

ini baru the red warrior.ekeke.tribute to khairul anuar HOLGA 135BC

Wednesday, October 27, 2010

ive got soul,but im not a soldier.

gamba bukan ehsan tumblr.contengan seorang pelajar Alevel dekat testpadnye.(bukan aku)

aku ada hati dan jiwa.tapi aku bukan askar angkat senjata.aku suka quote ni.tak tahu pulak ini lagi band orang putih the pembunuh.HAHA.ntah.tak tahu asal.tp aku suka.ya.aku suka.

GOMO KELATE GOMO.

Tuesday, October 26, 2010

ringgit malaysia tiga puluh.

salam alaik

hati aku bara-bara sekarang.liverpool akhirnya menang and kelantan masuk final lg.agak pelik tgk budak layan piala malaysia en?sekali setahun.apa ada hal? yang menimbulkan kekerutan di dahi bila baca paper bahasa orang putih pagi td bila FAM umumkan tiket piala malaysia tahun ni dah naik harga ke rm30.naik harga akan menyebabkan naik marah.ada ke patut? bagi aku tidak.

dalam usaha FAM nak tingkat jumlah penonton ke stadium2 bola,yang pergi naikkan harga apsal? adoii.hati aku dah berbelah bagi pulak nak pg.yelah.orang kata kalau die hard fan rm100 pon pergi.tapi poket aku ni belum bercambah lagi benih2 duitnya.Alevel pon tak lepas lagi.ringgit malaysia tiga puluh bagi aku 3 set mcd atau setidaknya ilmiah sikit boleh beli ubat pensil tekan dan pemadam selain pen merah dan foolscap paper.kenapa FAM naikkan harga?kenapa?aku rasa kelantan belum ikat kontrak dengan fernando torres lagi musim ni.alex ferguson pon tak jadi coach negeri lagi.

hadoii.kalo aku duduk rumah boleh baring2 sambil makan kekacang dan dengar abang hasbullah awang comment pasal geng2 tu.kurang la percentage nak kena baling ngan botol dan kuranglah percentage tak sembahyang maghrib kes nak rebut seat sedap2.tapi kalo aku pergi boleh tgk negeri sembilan kalah.ni yang menjadi perdebatan skang.haha.aku panas r macamni.kalo ringgit malaysia tiga puluh dia bagi jersi kelantan free or bagi popcorn ke berbaloi la jugak.haih.

nak pegi ke tak nak.nak pegi ke tak nak.taknak ke nak pegi.

ole ole ole ole ,
sumbat gol , sumbat gol ,
kito anok kelate ,
bako oghe berani ,
bilo masuk padey,
kito gomo seghoti.

Saturday, October 23, 2010

lomo outing. volume 1




gambar pendahuluan. :) lain2 akan menyusul tunggu film developed.ahaha
-byk lagi lomo gear takde tuu.ramai da balek. :)

salam alaik.


ptg td aku naek bus kl hop on hop off keliling k.l sambil ketip2 gamba dan memanaskan ketul2 otakdari kl sentral.tugu negara.medan mara.klcc.karyaneka.and pusing2 kl.oh ya.menggunakan kamera film. :) bersama rakan2 yang yang minat fotogerafi dan lomogerafi yang sumpah cool tanpa mengira umur dan warna kulit.ahaha.cool la beb.

oh ya.masih menunggu kawan2 td yg guna camera digital update gamba kat fb baru boleh tempek byk2 kat blog ni.almaklumlah gamba kamera film kena cuci kasi suci dulu. :) mcm2 kamera aku jumpe beb.dari russian camera.range finder.lomo.spinner.horizon yang mahal.geng zenit.yaschica.geng diana n holga.geng action sampler n super sampler.octomat dan geng digital.semua ada.

aku enjoy.sumpah aku enjoy.aku nak outing lg.dan lg byk kamera.seni ini best.bukan rasis camera apa kau guna.even digital photographer pon ada je time outing td.yang penting minat yang sama and takda asabiyah. :)

walopon semua yang guess umur aku salah.ada ke cakap aku dah 22.ni yang aku panas ni.kalo umur aku 22.aku da third year degree.muehehehe.btw.korang rock!

aku penat.tp aku suka.tengss all lomosapiens!

p/s : even aku da stay k.l lama pon tak pnah jejak tugu negara.muahaha.hop on hop off leh tahan best. :)

Friday, October 22, 2010

wanita pertama.



salam alaik.

sebelum aku teruskan.aku gosok mata.dan aku tengok balik gambar diatas.aku rasa nak tergelak.dieja atas nama Islam?hoho.ok.teruskan.lepas semayang jumaat kat masjid negeri td.aku dengar bunyi pembesar suara.kelihatan seorang jemaah menyalakan hailer ke udara dan menjerit meminta perhatian.betul2 lepas imam menghabiskan doa.dakwaannya agak lantang.

"Islam pernah dihina dengan penyebaran karikatur nabi muhammad oleh media denmark dan belanda.tapi kali ini.islam dihina oleh penganutnya sendiri."

"baru-baru ini , isteri perdana menteri malaysia sebagai penganjur dan penaung telah merasmikan dan menyampaikan ucap tama di Festival Busana Muslim yang diadakan di Monaco Sporting Club ,Monte Carlo.dan ternyata festival itu lari dari islam!"

semakin keras suara beliau.flyer di edar kepada orang ramai.rupanya baru aku faham apa yang cuma di sampaikan.ya.ku kira dakwaan beliau berasas.sebagai seorang muslimah yang beragama islam dan wanita pertama dalam negara.beliau merasmikan Festival Busana Muslim yang langsung tidak ada etika pemakaian islam!

aku bukan alim ulamak islam.tapi setidaknya aku tahu apa yang salah apa yang betol.dia seorang muslim. dia sendiri tidak menutup aurat.dan dia menaungi festival mengenai pakaian atau busana seorang muslimah yang langsung tidak muslimah.terdedah sana sini.dibawah nama islam.apakah?tidakkah ini satu penghinaan? dimana letaknya hukum Allah.tidak adakah penasihat agama dalam kerajaan untuk menasihatkan?serangan yang halus terhadap islam.

sehingga ada satu baju yang dipakai terang-terangan nama nabi agung muhammad dalam keadaan terbalik di pakai! apakah? islamkah? bagi aku agak tidak manis pertunjukan fesyen ini diadakan ku kira seperti mencabar hukum Allah.nauzubillah.malaysia negara islam yang kononnya disegani di seluruh dunia.apakah?hahahaha.aku hanya mampu gelak dalam melankolik.

perkara paling basic dalam pemakaian cara islam ialah menutup aurat.jadi?ada otak tuhan bagi fikirlah releven tak relevan festival ni dibuat.

aku rasa bingung.rasanya dah byk kali aku sembahyang jumaat di masjid negeri.tidak pula masjid pasang ayat2 quran kuat2 lepas sembahyang jumaat.petang td berbeza.volume speakernya seolah-olah di pasang kuat2 sampai apa yang jamaah tadi sampaikan tidak didengari.hurmmm.

Patron Datin Paduka Seri Rosmah in her speech during the recently held media conference said, "Contrary to the common belief that fashion and Islam are incongruous, I would like to reiter ate that Islamic clothing, especially for women, can still be fashionable, con temporary and stylish whilst fulfilling the Islamic requirements for being con­servative and modest.

IFF
"In fact, Islamic fashion is now con sidered as a breath of fresh air in a global culture where the flesh can often eclipse the fabric on the runway

-ukur baju badan sendiri- :)

sila like dan untuk tahu perkembangan.

bekas mufti perlis , Dr Asri Zainul Abidin dan pertubuhan lepasan mahasiswa malaysia mesir ( ILMAM) dah bersuara.marilah. :)

Tuesday, October 19, 2010

hati aku masih anfield.

aku rindu sepakan berapi kaki kiri kau riise!
salam alaik.

hey.aku nak ckp.aku masih penyokong liverpool.aku belum gila.dan aku masih waras.ape ade hal? tak puas hati? haha.beb.kalah menang seri.kalah tanpa bertanding atau menang tak bertanding.aku masih merah.ape ade hal?

THE KOP masih terbaek!sape tak sedih team tgh down.tp tak kesah.aku still support.hey bebudak man city kaya luar sana.jangan riak dan takabur.kejap je team kaya korang tu kat atas.takda true spirit tak kemana. :)

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark.
At the end of the storm
There Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.

Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never walk alone.


kau takkan mati liverpool.aku masih ada.

p/s : aku baru balik dari kpm bandar penawar tuk lagu puisi.kalah menang biasa la beb.fun gile lah maen lagu puisi! :)