Thursday, October 14, 2010

pahlawan merah.


salam alaik.

lagu profil ialah lagu puisi.tolong jangan mute.hayati.dan rasai. :P (pengaruh pertandingan lagu puisi)

aku mulakan post dengan kenyataan.aku kelantan celup.ok.bila orang tanya aku asal dari mana.aku blur.serius tahi aku blur.aku lahir di terengganu.menetap di kl sejak kecik tapi keluarga yang darahnya mengalir pure kelantan baik mak ayah sepupu sepat sepapat.oleh itu.aku kelantan celup.

ok.aku nak ckp yang aku tgh bergelora skang ni.ni kes piala malaysia.kah3.cukuplah aku membuktikan aku fan kelantan dengan pakai jersi red warrior sambil tgk kelantan belasah kl plus kat depan tv dewan makan yang tak seberapa.

ok.aku pon tgh panas.panas bila orang ckp kelantan bodoh.bagi aku ada unsur politik di situ.kenapa budak tu mesti kua dari mulut busuk dia ckp kelantan bodoh?aku tidak mahu bersifat kenegerian.cuma aku nak ckp.budak yang ckp kelantan bodoh mmg sangat bodoh dan tak layak amik Alevel.tanpa guna akal yang tuhan bagi sambil bagi auta tanpa fakta.

memang betul.kalau match kelantan.mesti gaduh.bertumbuk.sini sana.katanya orang kelantan panas baran.suka tumbuk menumbuk.aku tak kata tak.cuma bagi pendirian diri aku.kau takkan menumbuk tanpa alasan.kau tak makan kalau tak lapar.kau takkan berak kalau tak da tahi.kalau kau dihina dicaci maki diprovokasi miskin hina anak bini.melayang jugak tumbukan son goku.

kelantan bukan bodoh untuk kau canangkan.ok.esok game kelantan.tolonglah menang.aku tak kesah kalah menang.tp kepada orang melayu malaysia baik kelantan,jawa or minang.tolonglah matang sikit weh.pasal bola pon nak bernaruto luar stadium.tergelak puak2 yahudi amerika tgk kita.diorang tak yah pecahkan kita.kita pecahkan diri sendiri.

kurangkan nasionalisme.kurangkan kenegerian.itu cuba ideologi sumbangan barat untuk pecah perandakan kita.tergelak guling2 mereka tgk kita.kita? bodohkan diri sendiri.

ok.gomo kelate gomo.bye!

Saturday, October 9, 2010

potpet potpet mulut busuk.

salam alaik.

ZENIT TTL.
tarik.target.tekan.tarik balik.target balik.tekan.
tukar shutter.tukar apperture.tukar ISO.
tarik.target.tekan.tarik lagi.target lagi.tekan lagi.

gamba gelap.tak cukup cahaya.
gamba over exposed.terlebih cahaya.
gamba rosak.apekan daya.
gamba yang jadi.tampan bergaya.

potpet.potpet.
ada mulut berkata-kata.
maen kamera filem bajet semata.
gamba bukan seberapa.
bazir duit.buang masa.

potpet.potpet.
hati masing-masing.
kau suka itu.aku suka ini.
tak perlu potpet potpet.
sebab mulut ni pon tak pernah potpet potpet.

tuhan bagi hati.kasi jaga ya?
:)


mangsa.ZENIT TTL 1980.
using canon 40D amin jabar.

Thursday, October 7, 2010

worst start never stay too long.happy ending last forever.

salam alaik.

pilih satu jalan.jangan ragu-ragu.jangan segan.langkah je.jangan henti.

*ehsan google.

"worst start never stay too long.happy ending last forever."

"worst start never stay too long.happy ending last forever."

"worst start never stay too long.happy ending last forever."

"worst start never stay too long.happy ending last forever."

kepada yang tengah patah hati dan tulang dapat result periksa tu.relaks.esok belum AS. :D aku lagi teruk rasanya tuk exam kali ini.apa ada hal?rilekksss

-anas saifuddin.

Monday, October 4, 2010

failure.

beLOMO vilia-first roll. :)*expired ISO100.
i snapped this photo when i was given a task to give a simple speech in front of my class.maybe they call me capub as i accidentally bring my beLOMO vilia to the class and use it as a medium of presentation.i gave a speech about lomography.hope now they knew new things.
salam alaik.


ku kira saat ini hati aku ada kalanya luluh.tidak lah seluluh mana.cuma seluluh usaha tapi tidak tergapai apa yang di impi.dalam kehidupan.kita tak semestinya dapat apa yang kita rancang.tapi apa yang kita rancang akan kita dapat lepas kita lalui satu tempoh sukar dan ada masanya ketika itu kita hampir jatuh tak berbangun.dan air mata jatuh membumi.

ada satu duka yang aku tempoh hari ini.dua ku kira.markah matematik yang tidak setinggi mana.dan keduanya film yang kian tidak menjadi satu demi satu.pasti terbenak dalam hati.apa salah aku?betulkah langkah yang aku ambil ini.kawan.setiap langkah yang kita ambil tidak salah.tidak salah untuk kita jatuh sebelum bangun.tidak salah untuk kira rasa kelat sebelum manis.sikit saja dukanya.dan senyumnya bila-bila.

bangkit.bangkit.bangkit. :)

Sunday, October 3, 2010

antara hijau dan biru.

aku benci surat kabar yang suke berat sebelah ni-kata kucing blok aminuddin.
smena 8m(silap fokus) haha.

salam alaik.

"sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum , dia adalah sebahagian daripada mereka"-hadith nabi riwayat abu daud.

yang suke sangat bergambar buat lambang satu mata tiga segi freemason kat facebook tu apa faedahnya? renung2kan yee. :)

post ini bukan politik.*sikit je*HAHA
tak lama lagi akhbar-akhbar tempatan khususnya utussss malaysia dan berita hairan akan memulakan dentuman ledakan peluru-peluru abjad dekat surat kabar masing-masing dengan topik pilihanraya kecil yang bakal berlangsung akibat kematian ADUN PAS di Galas , Gua Musang.pilihlah biru! pilihlah satu malaysia! menjamin pembangunan! bla.bla.bla.

terpampanglah wajah "tokoh-tokoh" politik turun padang memberi sumbangan gula dan baju.basikal dan turapan jalan tar.biskut raya dan kuih raya dan nasib baik bukan hantu raya akan memenuhi halaman surat kabar masing-masing.ada juga berita untuk hijauputih.antaranya rusuhan.provokasi.kekacauan dan huru hara.rakyat membaca.lalu terbenak dalam hati.baiknyaa mereka-mereka ni.hijauputih ada buat macamni?hijauputih kan miskin. tak keluar surat kabar.dah la kurang ajar.booo.

segala cebisan kata-kata semanis gula di hambur.mengharap undi "simpati".aku bukannya seorang yang gila politik.aku cuma seorang pelajar yang memerhatikan perkara ini sejak dari dulu lagi.undi itu rahsia.semua orang berhak memilih siapa yang mereka suka.dan siapa yang mereka sokong.aku tidak menulis post ini untuk mengharapkan semua beralih ke hijauputih.tidak.kalau kalian sokong biru.terpulanglah.tetapi aku kadang2 berasa jelik dengan laporan akhbar dan media tv tempatan yang sgt2 berat sebelah.

kes ahli politik bukan islam masuk surau diperbesarkan walau terbukti tidak salah.kehadiran beliau memberi sumbangan ditukar kpd tazkirah ramadan.kes doa khutbah hari jumaat thadap pemimpin cina dipolitikkan.dan byk lagi laporan-laporan yang buat aku rasa pelik dan jelik.tapi rakyat sekarang sudah makin matang.dan aku harap sesiapa yang membacanya menggunakan akal dan otak tuhan beri untuk cari alternatif berikutnya bagi menyokong berita-berita tersebut.

tak lama lagi Galas akan jadi macam Manek Urai.berpesta janji dan harapan.rakyat kelantan sejak 1990 memilih hijauputih ku kira sudah tidak termakan lagi dakyah pembangunan yang dilemparkan.pembangunan zahir semata tanpa rohani dalam dada.kes royalti minyak milik kerajaan kelantan yang dinafikan haknya akan memainkan peranan.dan kehadiran Ku Li di pihak biru mungkin akan beri tentangan sengit kpd hijauputih.terpulanglah kali ini mereka memilih siapa.antara hijau dan biru.aku harap akhbar tidak terlalu kotor kali ini.kerana kekotoran itu lah rakyat semakin jelik dan meluat.

ku harap hijauputih terus berkibar!

p/s : skali skale post politik ape ade hal?

Friday, October 1, 2010

multiple exposure.

salam alaik.

this is my first time using SMENA 8M using multiple exposure mode.

dont think just snap!
this is digital one.
and this is smena!
with that.i thank u. :D
nampak bangunan razak dikelilingi hutan hijau.heee.