Wednesday, January 16, 2013

masyarakat jenis apakah ini?

salam alaik.

walaupun langit malam nampak tenang dengan ayam-ayam di reban kelihatan begitu sihat sekali ,Malaysia tengah rancak berbicara mengenai isu Bawani dan respon memalukan dari Sharifah Zohra di sebuah forum di UUM.isu hangat begini tidak perlu la diperbahaskan lagi , majoriti mahasiswa dan rakyat Malaysia pun dah tunjukkan pendapat masing-masing yang jelas menghentam kredibiliti Sharifah dengan bermacam-macam kejian , cacian dan makian. yang ada sebahagian dari komen itu , tidak perlu pun. seperti menggelar dia seorang bitch , dan pelbagai kata kesat lain yang menyentuh perkauman dan tidak bermoral.mungkin juga kerana terlalu emosi , melihat seorang gadis India , dilayan sebegitu rupa.

come on , kau nak berbahas dan memberi hujah.bahasa mesti kena jaga. kalau bahasa kau pun dah kelaut ,apa bezanya kau dengan orang yang kau tengah marahkan? kan?

nasihat di atas ialah satu-satunya nasihat aku pada orang yang beri komentar . komen-komen lain bagi aku cukup brilliant.cukup bernas dan cukup tepat mentahikan muka Sharifah dengan power sekali. yang memberi komen bukan lah hanya seorang bangsa India , ramai yang berbangsa Melayu , Cina dan tidak kira agama apa. menunjukkan border kaum tidak langsung muncul dalam mem-back up budak yang dimalukan di khalayak ramai.

clap.clap.clap.

* * *

bagi aku , isu ini ialah sebuah rahmat. bila semua orang buka mata , dan semua orang telah celik dengan ketidaksebelahan yang melanda . simbolik tindakan cik Sharifah menarik microphone dari Bawani dan memberhentikan dia dari bercakap , kemudian menjawab dengan hujah binatang yang entah apa-apa ibarat sama jugalah dengan senario media perdana yang berlaku hari ini . media perdana yang kerjanya menayangkan kehebatan sebelah pihak dan membogelkan kepincangan sebelah lagi pihak , tanpa memberi pihak itu cukup ruang untuk bercakap , dan mempertahankan diri. pihak itu puas sudah telanjang di kutuk , di tuduh , di keji dan sebagainya , tapi langsung tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri.

media yang cukup kolot . kelaut.

yang ironinya , sama dengan apa yang dihadapi cik Bawani ketika dia membawa hujahnya. akhirnya , dia berlalu pergi , dan rata-rata di dalamnya hanya reti menepuk tangan.( bukan semua ).


* * *

jadi rata-rata penelitian aku mendapati , majoriti nya membantah tindakan cik Sharifah. tapi mungkin senario yang dihadapi Bawani tidak cukup untuk mengingatkan mereka kepada senario media yang melanda hari ini.

aku hanya memberi analogi. bukan menyamakan dengan mutlak.

* * *

pasca peristiwa Bawani-Sharifah?


cukup memalukan dan cukup layak dihumban ke dalam tong sampah. 55 tahun negara merdeka , berpuluh tahun usaha perpaduan di lakukan , tapi masih wujud golongan yang memberi komen seperti ini?

kalau kau rasa idea pendidikan percuma yang dia perjuangkan tu tak relevan dan mudah dipatahkan , maka balaslah dengan idea dan hujah yang lebih bernas. bukan dengan cara ini memainkan sentimen perkauman yang jelik. sebijik dan dua kali lima macam analogi binatang cik Sharifah."awak ada masalah? binatang pun ada masalah. " lol.

kalau aku katakan komen dia kelaut. laut pun tak ingin terima. jijik.

2 comments:

  1. Tak perlu nak comment sampai menunjukkan kedangkalan akal diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. benar , mungkin permainan emosi kadang-kadang berlebih-lebihan.

    ReplyDelete