Tuesday, January 22, 2013

tangis dalam mimpi.

salam alaik.

tangisan dalam mimpi.

sebelum-sebelum ini , kerap kali sebelum aku tidur , aku selalu berdoa satu perkara. iaitu ,

"ya Allah , jika ada satu nyawa yang ingin ditarik , tariklah nyawa aku dulu , sebelum kedua ibu bapa aku"

kerap kali sebelum aku tidur , aku akan berharap seperti itu. dan terus berharap.

* * *

aku tidak merasakan yang diri aku cukup kuat , untuk hadapi saat-saat itu . kerap kali ,sebelum tidur , aku akan membayangkan ,

"ish , macammana kalau ibu atau ayah aku pergi dulu sebelum aku , ish , camna aku nak teruskan hidup. ishh" , maka selalulah aku berdoa seperti yang aku sebutkan di atas.

mungkin kerana bertahun-tahun yang lepas , kedua ibu bapa aku mengalami kehilangan masing-masing.kehilangan buat aku juga.tapi tidaklah terasa seperti mana mereka rasa . ibu aku kehilangan ibu nya manakala ayah aku pula kehilangan ayahnya.

setiap kali bila ada perkara-perkara yang berkenaan nenek , ibu aku pasti akan bercerita mengenainya . aktiviti kesukaanya ,perkara yang selalu dibuatnya. ye lah . mesti lah terkenang kan.

* * *

aku tidak sangka bahawa kitaran itu akhirnya sampai kepadaku pula hari ini.

sejak akhir-akhir ini , aku kerap kali menangis. tapi tangisan yang keluar itu bukanlah tangisan yang keluar ketika aku sedar ,sebaliknya ketika aku sedang lena ,didalam mimpi. aku tidak sedar yang air mata sebenarnya turun , hinggalah aku tersedar dan bila menyentuh pipi , aku terasa kelembapan dan esakan hidung. baru aku sedar, air mata turun. kerap kali juga aku seperti ini , sangat banyak kali.

tapi mimpi-mimpi itu semua pastinya ada kaitan dengan ibu. seperti satu mimpi yang aku alami ,

"aku didalam sebuah majlis . aku tak tahu majlis apa. penuh rakan-rakan aku ketika itu , kelihatan ibu mereka di situ , dakapan , dan kucupan . "

tiba-tiba aku tersedar , dalam tangisan.

tak semua perkara boleh dijelaskan bukan?

* * *

apa yang jelas , aku masih punya ayah dan keluarga.dunia belum lah berakhir.dan yang lebih jelas lagi ,kehilangan ialah satu perkara yang akan kita tempuh. percayalah .lambat atau cepat , kita akan tempuh jua.masa saja yang menentukan.

jadi tanyalah diri kita , sudah bersediakah kita untuk menghadapinya?


No comments:

Post a Comment