Tuesday, November 27, 2012

this is why i love analogue #13

salam alaik.


MEDIUM FORMAT !

CAMERA : the antique and mighty Kiev 60
FILM : Lomo 120

ni ialah percubaan pertama aku menggunakan kamera medium format antik.saiz gambarnya empat segi sama.itulah medium format namanya.

* * *

kamera yang aku gunakan bukanlah calang-calang kamera.biasanya aku tengok kamera ini digenggam oleh brader-brader otai analog fotografi sahaja.yang betul2 serius dalam dunia film photography.yang benar2 tegar serta bertahun-tahun menghayati seni film. aku bukan otai. aku noob. aku dapat rasa guna kamera ini pun kerana kamera ini milik abang aku , yang kian sibuk lalu memberi aku pinjam.

bagaimana rupa camera tu?



antik bukan? antik dan sememangnya berat ! kamera ini kalau ditimbang aku rasa hampir 2kg juga. memang sangat berat dan tidak praktikal untuk camwhore. kah3.

* * *

btw , kamera ini fully manual. jadi aku perlu menggunakan kemahiran menilik dan menyusun setting yang betul sebelum membidik. banyak lagi aspek2 teknikal yang aku fail dalam percubaan pertama ini , cuma dibawah ini sajalah gambar2 yang menjadi.








medium format memerlukan aku menggunakan film 120mm. film ini bukan macam film kodak yang korang biasa jumpa.ianya berlainan spesies.aku hanya dapat bidik 12 gambar saja secara maksimum , dan kos utk mencuci filmnya bagi aku sangat mahal. oleh kerana itu , aku memutuskan untuk tidak menyambung lagi eksperimen terhadap kamera agung ini.

* * *

amboih.nak jugak.

p/s : ehsan gambar digital oleh amin jabar dan zaidani mj.

No comments:

Post a Comment