Thursday, November 1, 2012

It's November !

salam alaik.


gahhh. It's November and it's time to get back on track. cuti yang lama sebenarnya cukup membunuh kalau kita tak tahu arah mana nak dituju. Ia seolah-olah hidup segan  , mati tak mahu. amboi.

* * *

banyak yang berlaku dalam masa dua bulan. aku bekerja sementara. mencari sesuap tuti frutti dan segelas air coolblog. jawatan aku bukanlah power sangat. takat jadi orang penting TM , pergi rumah orang , office orang , cari siapa lagi yang tak dapat pemasangan free unifi lagi.kah3. nampak power kerja aku ni.tapi persepsi masyarakat kadang-kadang kita kena terima. aku tak ketuk lagi , pintu awal-awal dah lock.aku bagi salam jiran kanan , jiran kiri tutup pintu. memang lumrah rakyat Malaysia bahkan aku sendiri pun kadang-kadang tak suka diganggu.dengar orang pakai baju smart jerit "helo , helo " dari luar rumah , aku akan buat-buat tak dengar , lalu dengar lagu wali band.

 tapi lepas aku kerja , baru aku tahu yang sebenarnya golongan macam aku ni tak banyak pun. dari 10 orang , aku boleh rasa hanya 3 dari 10 je yang bertindak macamni.yang selebihnya sangat peramah , kalau tak mahu pun akan ditolak dengan baik , berhemah serta berprestasi tinggi.ada yang awal-awal lagi ajak masuk siap hidang air , amboi.itu bahaya.

sebenarnya nak cerita pasal kerja ni best. benda paling best bila kau kerja outsource ialah kau akan sentiasa berjumpa orang. dan orang-orang yang kau jumpa kadang-kadang perangai dia lain macam. pelik pun ada. terlampau peramah sampai taknak kasi balik pun ada. pemarah pun ada. ingat aku ni peminta sedekah pun ada. yang seksi tak ingat dunia pun ada.yang tak pasal-pasal lepas tension kat aku pun ada. macam-macam.

kalau hari yang aku kena pergi office ke office lagi best. orang-orang office punya attitude bagus.ada yang sopan dan nampak berwawasan.tapi ada juga yang sombong dan ingat , pakai tie dan baju smart duduk dalam aircond tu dah power. dia punya ego tu seolah-olah aku ni sampah.mungkin dia baru lepas kena marah , sebab buka facebook dalam office.

hihi.

* * *

aku suka kerja begini. sebab aku suka jumpa orang. lagi banyak aku jumpa orang , lagi aku kenal apa yang sebenarnya dinamakan jalan kehidupan. dan bila kau jumpa ramai jenis orang , kau akan buka mata dan otak , untuk kau sedar , besarnya kuasa tuhan , mencipta setiap dari kita dengan perangai berbeza-beza.

tapi kesimpulannya , orang Malaysia ni baik-baik. cuma ada la dua tiga yang aku rasa kena hantar belajar Sivik dan Kewarganegaraan balik. tak cukup sifat untuk jadi manusia. mungkin sebab waktu kelas Pendidikan Moral dulu dia sakit perut sebab makan RMT dari kantin , itu sebab kurang sikit nilai-nilai mahmudah tu.

* * *

jadi disebabkan aku rasa cukup dah la kot aku mengenali 1/10 dari keseluruhan perangai orang Malaysia ni , aku bertindak meletak jawatan. kah3. cerita macam kerja aku power sangat. aku rasa sudah tiba masa untuk aku belajar memasak dan memantapkan ilmu-ilmu agama.

bulan dua dah nak fly Australia. aku taknak hanyut ,bersama batuan karang di Great Barrier Reef.cewah.

budak ni rilek je ludah muka nenek dia.membuatkan aku terkaku sambil-sambil tolong isi borang unifi. 

1 comment:

  1. Kalau boleh update selalu blog.Hari hari tunggu nak baca entri baru.Peace :)

    ReplyDelete