Tuesday, November 20, 2012

tak bijak takpa asalkan..

salam alaik.


dalam dunia ni , kita tak semestinya kena jadi bijak. dalam apa-apa perkara yang kita buat sekalipun , ketika memasak maggie atau membuang air kecil sekalipun , kita tidak perlu menjadi genius sangat.Master in membuang air kecil, Degree in memasak maggie kari.Diploma in membuang sampah di dalam tong? tak perlu sampai ke tahap tu pun.

* * *

tapi pada masa yang sama , walaupun kita memilih untuk tidak menjadi bijak ,kita jangan jadi terlalu bodoh. buang air kecil sambil makan, masak maggie guna air sejuk. buang sampah dalam recycle bin.nampak?

* * *

senang cerita dalam menjalani hidup ini ,kau berhak memilih untuk menjadi bijak atau tidak.semua itu atas usaha kau sendiri , ditambah pula dengan keizinan yang Allah beri.adapun dengan izin Allah , kita kena berusaha.

* * *

tidak ada seseorang yang lahir-lahir sebagai baby, tiba-tiba masuk dapur terus reti buat maggie.

"buat maggie guna air panas ,aku tahu, keluar-keluar perut mak lagi aku dah tahu." - baby umur 1 tahun.

ada ke camtu?tidak. kita mesti belajar dan mencari .aku rasa masuk sekolah jugak baru aku reti buat maggie,itu pun lepas berapa kali melecur jari ,sebab aku sangka periuk tu tak panas.nampak?kalau kita belum belajar , kita belum bodoh , kita cuma kurang bijak.nampak? haha

* * *

jadi apa sebenarnya beza orang yang tak bijak dengan orang yang bodoh?bagi aku mudah sahaja.

begini , orang yang tak bijak, walaupun dia tak tahu menahu tentang sesuatu perkara , tapi dia tak berlagak macam dia tahu.atleast dia tanya sikit-sikit ,dia selidik dulu,dia memilih untuk diam tapi ,diam-diam pun dia sebenarnya tengah mencari, manakala orang yang bodoh pula merasakan kepala otak jendul dia sudah terbaik , tak payah sibuk-sibuk bertanya , dia dan kepala otak dia memang dah gred A.nampak?

* * *


jadi aku beri contoh , seperti isu yang tengah panas sekarang , isu boikot barangan Israel misalnya, aku simpulkan sebenarnya terdapat tiga golongan dalam kita membahaskan isu penting ini.iaitu ,

orang yang bijak , orang yang tak bijak , dan orang yang bodoh.apa beza mereka bagi pendapat aku?

orang yang bijak : yang jenis buka web , cari maksud sebenar boikot , sasaran boikot , tujuan boikot , apa keuntungan , apa kerugian , apa kesannya boikot , kenapa perlu boikot , dan refer orang yang boleh memberi jawapan. lepastu buat keputusan sendiri , nak join ke tidak.

orang yang tak bijak atau kurang bijak : yang tak tahu menahu pasal kempen boikot , tak berapa rajin pulak nak buka web cari satu-satu , dia cuma tahu, oo , sekarang ni ada kempen boikot. oo , tapi dia tanya sikit-sikit kenapa nak kena boikot? mana sumber ? penting ke boikot?walaupun tak amik port , dia biasa-biasa saja,bahkan dia diamkan mulut dari bagi komen-komen yang menunjukkan diri macam tahu pasal boikot ni ,sebab bagi dia, dia bukan tahu sangat .takut nanti membodohkan diri.

orang yang bodoh :  tahu sekarang ni ada kempen boikot mcD menerusi twitter sbb banyak gambar-gambar boikot , rasa-rasa diri ni ada pendapat sendiri , boikot ni bodoh ,arghh ,tak payah nak search2 dan cari pencerahan bagai , aku dah tahu pasal isu ni ,confirm apa yang aku tahu tu betul. tugas aku sekarang kena luahkan pendapat aku kat twitter dengan facebook , negara ni kan demokrasi?

at the end , membodohkan diri.

* * *
lalu ,twitter pun dibuka. kalau tak tweet, mereka akan RT tweet2 yang sama jiwa dengan mereka.contohnya yang diboldkan .

"arghhh boikot semua la , kecoh sangat nak boikot , kau pakai Intel , kau pakai brand yahudi tu , kau pakai brand yahudi ni , kenapa McD dan beberapa je yang jadi sasaran "
bukan sebab dia syarikat yahudi , bukan sebab dia syarikat Israel menjadi alasan kita boikot dia , kita boikot dia sebenarnya sebab syarikat berkenaan menjana dana untuk bantu ketenteraan Israel , aku ni kurang bijak , tapi aku bertanya kepada orang-orang yang bijak , baru lah diorang terangkan. kalau ada syarikat Islam sendiri pun , tapi dia bagi dana kat tentera Israel , kita akan boikot , bukan sebab dia Islam ke , dia Yahudi ke , tapi sebab dia SUMBANG dana ! ,bukan semua syarikat yahudi kita boikot , tapi yang terbukti menerusi penyelidikan dan kajian yang membuktikan syarikat berkenaan memberi dana !

"arghhhhhh , habis tutup la facebook jugak ! yahudi tu ! takkan tak sumbang dana "
"tak semua yahudi tu zionis. zionis tu fahaman. orang yahudi percaya pada kitab talmut , yahudi yang berfahaman zionis pula ikut protokol-protokol zion.first zionist congress diadakan pada tahun 1897. antara impian zionis ialah nak mewujudkan negara sendiri di tapak palestin sekarang. mereka menuntut "the promised land" mereka. zuckernberg seorang yahudi , tapi dia bukan zionis. kenapa nak tutup facebook? bukan kena bayar pun kita buat facebook ini , lagipun facebook ini dah terbukti banyak menggerakkan kesedaran dan revolusi. revolusi mesir contohnya .bodoh la kita kalau kita memboikot orang yang salah !

senang cerita macamnilah , facebook memang orang yahudi buat , habis kalau kau buka selok belok pembuatan seluar dan kau akhirnya dapati seluar sebenarnya dicipta oleh orang yahudi ,kau boikot terus ke pakai seluar?

kalau betul lah syarikat seluar tu sumbang dana untuk ketenteraan Israel , ha .baru boikot.boikot dengan otak , bukan main lantak.

" bukannya berhasil pun usaha boikot kita ini , bazir masa ! "
pernah dengar kisah burung pipit dan Nabi Ibrahim? ketika nabi Ibrahim hendak dibakar hidup-hidup oleh raja Namrud , seekor burung pipit mengendong air lalu dituang ke arah api yang marak tadi . kelihatan burung-burung besar mengejek burung pipit tadi.katanya mana mungkin setitis air cukup untuk memadamkan api yang besar. pipit menjawab ,

"aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan , tetapi Allah bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu "

kita hanya mampu merancang ,dan sebaik-baik perancangan ialah rancangan Allah.show some small effort bro.susah ke?

* * *

aku? aku bukan bijak. aku termasuk juga dalam golongan yang tak bijak. tapi walaupun aku tak bijak , aku tak memilih untuk menjadi bodoh ! nampak?apa-apa pun , bukan niat aku untuk melabel orang sebagai bodoh . maaf kalau bahasa aku kasar.tapi kadang-kadang rakan semuslim sendiri yang lebih over membangkang usaha ini dari rakan-rakan non-muslim .punya lantang dan penuh perlian pula tu.aku hormati pendapat-pendapat kalian.tapi aku cuma bingung , kalau korang tak suka dengan cara mereka , kenapa perlu condemn?kau diam sudahlah.so apa yang dah jadi sekarang?

* * *

aku beri analogi mudah. rumah jiran kau belah kanan terbakar .tuan rumah pulak menjerit minta tolong.lepastu pakat-pakat la jiran depan belakang kiri kanan rumah tunjuk bantuan masing-masing dengan cara yang berbeza.ada yang bawa air , ada yang telefon bomba.ada yang menjerit supaya lebih ramai orang tahu.kau pula? rasa idea-idea jiran-jiran kau ni tak berapa bagus.lalu kau pun meng-condemn.cara jiran A tak bagus. cara jiran B tak berkesan.

at the end , kau tak malu ke dengan perbuatan kau? kau tak membantu , tidak mengapa. jiran-jiran ramai lagi yang dapat tolong rumah terbakar tu.yang kau duk sibuk pertikai usaha orang kenapa?

* * *

berbalik pada isu Palestin,kau taknak boikot?takpa.tiada paksaan pun.hak masing-masing.cara masing-masing.mungkin kau lebih cenderung dengan menderma.terpulang.usaha masing-masing.tapi point aku ialah ,tolong jangan condemn usaha orang lain! aku sebenarnya bukan nak tunjuk hero dengan tulis artikel begini.aku pun belum tentu dapat menyahut seruan ni secara total. aku hina.mungkin esok pagi aku dah fail menyahut seruan boikot ni dengan minum air milo keluaran nestle.tapi ATLEAST , aku tak condemn usaha dan ikhtiar orang lain !

sekarang nampak tak beza orang yang tak bijak dan orang yang bodoh?

#PrayForGaza

sumber jawapan : Dr Hafidzi , Presiden Aqsa Syarif .

p/s : malu bertanya bukan setakat sesat jalan , akhirnya menampakkan kebodohan diri.

3 comments:

  1. great thought senior and thanks for the info :)

    ReplyDelete
  2. quite a good info. arigatou :D

    ReplyDelete