dah boleh start buat countdown ke? aku pun tak tahu la aku dah ready ke belum nak jejak bumi orang ni. perasaan mesti campur baur. ada suka sikit. ada teruja sikit. sedih tu mesti banyak.
sebagai seorang yang tak pernah rasa beli tiket flight dan tak pernah merasa duduk atas seat kapal terbang , perjalanan jauh nanti mungkin akan membuatkan aku menjadi seorang yang batak. mata tak kelip , pandang ke kanan dan kekiri dan menghenjut-henjut kerusi pesawat.kah3aku harap aku tak over hari itu. haha.
buat masa ini , banyak lagi wish2 yang aku nak buat kat Malaysia ni yang tak menjadi nyata lagi. kalau boleh aku nak pusing setiap negeri , makan banyak-banyak makanan Malaysia yang memang terbukti sedap dan kalau boleh aku nak bersenam sedikit sebanyak.
cuti berbulan-bulan dengan pemakanan yang hampeh aku tak jaga akhirnya akan memberikan aku kesan , bukan sekarang , tapi berbulan-bulan akan datang.kah3.bunyinya serius.
* * *
aku cuma berharap tiket flight aku nanti akan jatuh pada hari minggu. aku sangat-sangat mengharap orang yang sepatutnya ada di waktu pelepasan ada disitu. aku tak tahu nak rasa apa kalau aku tak nampak dia.
* * *
perjalanan masih samar. yang penting sekarang lebih baik aku menambahkan ilmu didada. seperti ilmu main game PES dan game-game yang akan menampakkan seseorang itu boleh pergi jauh .kerana aku rasa itulah cara untuk aku bersosial didalam rumah kelak.
kah3.
Saya follower blog kumbang nie dah lama,inshaAllah jika tiada aral yg melintang akan berada semasa departure time.
ReplyDeletealamak bro. jangan bagi gua terharu. haha
ReplyDeletegudluck doe! :D
ReplyDeleteterima kasih doe! : D
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah!! Semoga berjaya di sana, di negera orang, di dunia serta di akhirat. InsyaAllah.. ;]
ReplyDeleteamin ya rabbal alamin. pergi ke tempat orang bukan utk bersuka ria.tapi untuk mencuri ilmu.harap2nya tercapai.
ReplyDeletecongrates super senior kms :)!.. rasa nak tumpang bahagia pulak tiba2, hohohoho
ReplyDelete