Friday, November 30, 2012

random #2

salam alaik.


GOAL BUNUH DIRI?

Gol bunuh diri adalah istilah dalam olahraga sepak bola ketika seorang pemain memasukkan bola ke gawangnya sendiri sehingga dianggap sebagai gol bagi tim lawan. Pemain tersebut juga dianggap sebagai pencetak golnya. Apabila gol tersebut diakibatkan oleh pantulan, maka pencetak gol dilihat jika tendangan yang menghasilkan gol tersebut adalah tendangan langsung ke arah gawang atau tidak. Jika ternyata merupakan tendangan langsung ke gawang, maka pemain yang menendang tersebut dinyatakan sebagai pencetak gol. - Wikipedia Indonesia.

Thursday, November 29, 2012

random #1

salam alaik.


Skunks (in the United States, occasionally called polecats) are mammals best known for their ability to secrete a liquid with a strong, foul odor. General appearance varies from species to species, from black-and-white to brown or cream colored. Skunks, together with their closest living relatives, the stink badgers, belong to the "skunk family", the "Mephitidae"[1][2] and to the order Carnivora  - Wikipedia


Wednesday, November 28, 2012

kadang-kadang.

salam alaik.


anugerah kumpulan paling tinggi keyakinan diri di shout award.

kadang-kadang , kita perlu rasa konfiden dengan apa yang kita buat .walaupun kita rasa , kita macam tak berapa nak boleh go dengan perbuatan kita itu.

contohnya yang dihadapi K rajagobal. dia punya konfiden gua boleh puji . kalah la macammana pun , main lah teruk macammana pun , dia tetap konfiden.

* * * 

aku malas nak mengkritik lagi , setakat ni aku masih menyokong. aku percaya yang peluang masih ada .tapi kalau dah tersingkir nanti , hanya sumpah seranah untuk mu raja.


anyway salute to Ultras Malaya for this gigantic tifo during the opening match. gempak-gempak.gua dah lama ikuti perkembangan UM ni.mulut ni sampai dah terhafal chant2 korang.padahal sekali pun tak pernah turun join korang.kalau game tengah live kat TV , gua punya mulut kumat kamit bersorak dengan chant2 lu orang.tandanya apa? gua support perjuangan dan cara korang menyokong.

tapi korang pun sedia maklum yang minggu ni korang jadi sasaran dek kerana ayat yang tak berapa manis diungkap sepanjang game.mulanya gua pelik kenapa sekarang baru timbul isu ni padahal chant tu dah lama dinyanyikan oleh Ultras Malaya.mungkin kerana bilangan korang malam tu dah bertambah ramai.kena pula chant ni dah dihafal oleh semua ahli , jadi gemaan suaranya kuat kedengaran sehinggalah "Singapore itu anjing" yang dilaungkan korang menjadi isu.apa-apa pun, kalau lu orang buang perkataan "anjing" tu dari chant-chant yang lu orang sebut sepanjang game, dah cukup lengkap.tak perlu gelar-gelar binatang pun.bersorak macam biasa lu orang buat.dah cukup sedap.

tak perlu jadi rebelious dan kurang sopan pun dalam menyokong. gua tahu cara ultras ni agak rebel dan kasar.tapi ingat , kita ni muslim . agenda agama dan agenda ultras , mana lebih tinggi?

keep it up Ultras Malaya. Until the last rebel ye?

Tuesday, November 27, 2012

this is why i love analogue #13

salam alaik.


MEDIUM FORMAT !

CAMERA : the antique and mighty Kiev 60
FILM : Lomo 120

ni ialah percubaan pertama aku menggunakan kamera medium format antik.saiz gambarnya empat segi sama.itulah medium format namanya.

* * *

kamera yang aku gunakan bukanlah calang-calang kamera.biasanya aku tengok kamera ini digenggam oleh brader-brader otai analog fotografi sahaja.yang betul2 serius dalam dunia film photography.yang benar2 tegar serta bertahun-tahun menghayati seni film. aku bukan otai. aku noob. aku dapat rasa guna kamera ini pun kerana kamera ini milik abang aku , yang kian sibuk lalu memberi aku pinjam.

bagaimana rupa camera tu?



antik bukan? antik dan sememangnya berat ! kamera ini kalau ditimbang aku rasa hampir 2kg juga. memang sangat berat dan tidak praktikal untuk camwhore. kah3.

* * *

btw , kamera ini fully manual. jadi aku perlu menggunakan kemahiran menilik dan menyusun setting yang betul sebelum membidik. banyak lagi aspek2 teknikal yang aku fail dalam percubaan pertama ini , cuma dibawah ini sajalah gambar2 yang menjadi.








medium format memerlukan aku menggunakan film 120mm. film ini bukan macam film kodak yang korang biasa jumpa.ianya berlainan spesies.aku hanya dapat bidik 12 gambar saja secara maksimum , dan kos utk mencuci filmnya bagi aku sangat mahal. oleh kerana itu , aku memutuskan untuk tidak menyambung lagi eksperimen terhadap kamera agung ini.

* * *

amboih.nak jugak.

p/s : ehsan gambar digital oleh amin jabar dan zaidani mj.

Friday, November 23, 2012

the progress.

salam alaik.


dah boleh start buat countdown ke? aku pun tak tahu la aku dah ready ke belum nak jejak bumi orang ni. perasaan mesti campur baur. ada suka sikit. ada teruja sikit. sedih tu mesti banyak.

sebagai seorang yang tak pernah rasa beli tiket flight dan tak pernah merasa duduk atas seat kapal terbang , perjalanan jauh nanti mungkin akan membuatkan aku menjadi seorang yang batak. mata tak kelip , pandang ke kanan dan kekiri dan menghenjut-henjut kerusi pesawat.kah3aku harap aku tak over hari itu. haha.

buat masa ini , banyak lagi wish2 yang aku nak buat kat Malaysia ni yang tak menjadi nyata lagi. kalau boleh aku nak pusing setiap negeri , makan banyak-banyak makanan Malaysia yang memang terbukti sedap dan kalau boleh aku nak bersenam sedikit sebanyak.

cuti berbulan-bulan dengan pemakanan yang hampeh aku tak jaga akhirnya akan memberikan aku kesan , bukan sekarang , tapi berbulan-bulan akan datang.kah3.bunyinya serius.

* * * 

aku cuma berharap tiket flight aku nanti akan jatuh pada hari minggu. aku sangat-sangat mengharap orang yang sepatutnya ada di waktu pelepasan ada disitu. aku tak tahu nak rasa apa kalau aku tak nampak dia.

* * * 

perjalanan masih samar. yang penting sekarang lebih baik aku menambahkan ilmu didada. seperti ilmu main game PES dan game-game yang akan menampakkan seseorang itu boleh pergi jauh .kerana aku rasa itulah cara untuk aku bersosial didalam rumah kelak.

kah3.

Thursday, November 22, 2012

ayuh!

salam alaik.




Tuesday, November 20, 2012

tak bijak takpa asalkan..

salam alaik.


dalam dunia ni , kita tak semestinya kena jadi bijak. dalam apa-apa perkara yang kita buat sekalipun , ketika memasak maggie atau membuang air kecil sekalipun , kita tidak perlu menjadi genius sangat.Master in membuang air kecil, Degree in memasak maggie kari.Diploma in membuang sampah di dalam tong? tak perlu sampai ke tahap tu pun.

* * *

tapi pada masa yang sama , walaupun kita memilih untuk tidak menjadi bijak ,kita jangan jadi terlalu bodoh. buang air kecil sambil makan, masak maggie guna air sejuk. buang sampah dalam recycle bin.nampak?

* * *

senang cerita dalam menjalani hidup ini ,kau berhak memilih untuk menjadi bijak atau tidak.semua itu atas usaha kau sendiri , ditambah pula dengan keizinan yang Allah beri.adapun dengan izin Allah , kita kena berusaha.

* * *

tidak ada seseorang yang lahir-lahir sebagai baby, tiba-tiba masuk dapur terus reti buat maggie.

"buat maggie guna air panas ,aku tahu, keluar-keluar perut mak lagi aku dah tahu." - baby umur 1 tahun.

ada ke camtu?tidak. kita mesti belajar dan mencari .aku rasa masuk sekolah jugak baru aku reti buat maggie,itu pun lepas berapa kali melecur jari ,sebab aku sangka periuk tu tak panas.nampak?kalau kita belum belajar , kita belum bodoh , kita cuma kurang bijak.nampak? haha

* * *

jadi apa sebenarnya beza orang yang tak bijak dengan orang yang bodoh?bagi aku mudah sahaja.

begini , orang yang tak bijak, walaupun dia tak tahu menahu tentang sesuatu perkara , tapi dia tak berlagak macam dia tahu.atleast dia tanya sikit-sikit ,dia selidik dulu,dia memilih untuk diam tapi ,diam-diam pun dia sebenarnya tengah mencari, manakala orang yang bodoh pula merasakan kepala otak jendul dia sudah terbaik , tak payah sibuk-sibuk bertanya , dia dan kepala otak dia memang dah gred A.nampak?

* * *


jadi aku beri contoh , seperti isu yang tengah panas sekarang , isu boikot barangan Israel misalnya, aku simpulkan sebenarnya terdapat tiga golongan dalam kita membahaskan isu penting ini.iaitu ,

orang yang bijak , orang yang tak bijak , dan orang yang bodoh.apa beza mereka bagi pendapat aku?

orang yang bijak : yang jenis buka web , cari maksud sebenar boikot , sasaran boikot , tujuan boikot , apa keuntungan , apa kerugian , apa kesannya boikot , kenapa perlu boikot , dan refer orang yang boleh memberi jawapan. lepastu buat keputusan sendiri , nak join ke tidak.

orang yang tak bijak atau kurang bijak : yang tak tahu menahu pasal kempen boikot , tak berapa rajin pulak nak buka web cari satu-satu , dia cuma tahu, oo , sekarang ni ada kempen boikot. oo , tapi dia tanya sikit-sikit kenapa nak kena boikot? mana sumber ? penting ke boikot?walaupun tak amik port , dia biasa-biasa saja,bahkan dia diamkan mulut dari bagi komen-komen yang menunjukkan diri macam tahu pasal boikot ni ,sebab bagi dia, dia bukan tahu sangat .takut nanti membodohkan diri.

orang yang bodoh :  tahu sekarang ni ada kempen boikot mcD menerusi twitter sbb banyak gambar-gambar boikot , rasa-rasa diri ni ada pendapat sendiri , boikot ni bodoh ,arghh ,tak payah nak search2 dan cari pencerahan bagai , aku dah tahu pasal isu ni ,confirm apa yang aku tahu tu betul. tugas aku sekarang kena luahkan pendapat aku kat twitter dengan facebook , negara ni kan demokrasi?

at the end , membodohkan diri.

* * *
lalu ,twitter pun dibuka. kalau tak tweet, mereka akan RT tweet2 yang sama jiwa dengan mereka.contohnya yang diboldkan .

"arghhh boikot semua la , kecoh sangat nak boikot , kau pakai Intel , kau pakai brand yahudi tu , kau pakai brand yahudi ni , kenapa McD dan beberapa je yang jadi sasaran "
bukan sebab dia syarikat yahudi , bukan sebab dia syarikat Israel menjadi alasan kita boikot dia , kita boikot dia sebenarnya sebab syarikat berkenaan menjana dana untuk bantu ketenteraan Israel , aku ni kurang bijak , tapi aku bertanya kepada orang-orang yang bijak , baru lah diorang terangkan. kalau ada syarikat Islam sendiri pun , tapi dia bagi dana kat tentera Israel , kita akan boikot , bukan sebab dia Islam ke , dia Yahudi ke , tapi sebab dia SUMBANG dana ! ,bukan semua syarikat yahudi kita boikot , tapi yang terbukti menerusi penyelidikan dan kajian yang membuktikan syarikat berkenaan memberi dana !

"arghhhhhh , habis tutup la facebook jugak ! yahudi tu ! takkan tak sumbang dana "
"tak semua yahudi tu zionis. zionis tu fahaman. orang yahudi percaya pada kitab talmut , yahudi yang berfahaman zionis pula ikut protokol-protokol zion.first zionist congress diadakan pada tahun 1897. antara impian zionis ialah nak mewujudkan negara sendiri di tapak palestin sekarang. mereka menuntut "the promised land" mereka. zuckernberg seorang yahudi , tapi dia bukan zionis. kenapa nak tutup facebook? bukan kena bayar pun kita buat facebook ini , lagipun facebook ini dah terbukti banyak menggerakkan kesedaran dan revolusi. revolusi mesir contohnya .bodoh la kita kalau kita memboikot orang yang salah !

senang cerita macamnilah , facebook memang orang yahudi buat , habis kalau kau buka selok belok pembuatan seluar dan kau akhirnya dapati seluar sebenarnya dicipta oleh orang yahudi ,kau boikot terus ke pakai seluar?

kalau betul lah syarikat seluar tu sumbang dana untuk ketenteraan Israel , ha .baru boikot.boikot dengan otak , bukan main lantak.

" bukannya berhasil pun usaha boikot kita ini , bazir masa ! "
pernah dengar kisah burung pipit dan Nabi Ibrahim? ketika nabi Ibrahim hendak dibakar hidup-hidup oleh raja Namrud , seekor burung pipit mengendong air lalu dituang ke arah api yang marak tadi . kelihatan burung-burung besar mengejek burung pipit tadi.katanya mana mungkin setitis air cukup untuk memadamkan api yang besar. pipit menjawab ,

"aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan , tetapi Allah bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu "

kita hanya mampu merancang ,dan sebaik-baik perancangan ialah rancangan Allah.show some small effort bro.susah ke?

* * *

aku? aku bukan bijak. aku termasuk juga dalam golongan yang tak bijak. tapi walaupun aku tak bijak , aku tak memilih untuk menjadi bodoh ! nampak?apa-apa pun , bukan niat aku untuk melabel orang sebagai bodoh . maaf kalau bahasa aku kasar.tapi kadang-kadang rakan semuslim sendiri yang lebih over membangkang usaha ini dari rakan-rakan non-muslim .punya lantang dan penuh perlian pula tu.aku hormati pendapat-pendapat kalian.tapi aku cuma bingung , kalau korang tak suka dengan cara mereka , kenapa perlu condemn?kau diam sudahlah.so apa yang dah jadi sekarang?

* * *

aku beri analogi mudah. rumah jiran kau belah kanan terbakar .tuan rumah pulak menjerit minta tolong.lepastu pakat-pakat la jiran depan belakang kiri kanan rumah tunjuk bantuan masing-masing dengan cara yang berbeza.ada yang bawa air , ada yang telefon bomba.ada yang menjerit supaya lebih ramai orang tahu.kau pula? rasa idea-idea jiran-jiran kau ni tak berapa bagus.lalu kau pun meng-condemn.cara jiran A tak bagus. cara jiran B tak berkesan.

at the end , kau tak malu ke dengan perbuatan kau? kau tak membantu , tidak mengapa. jiran-jiran ramai lagi yang dapat tolong rumah terbakar tu.yang kau duk sibuk pertikai usaha orang kenapa?

* * *

berbalik pada isu Palestin,kau taknak boikot?takpa.tiada paksaan pun.hak masing-masing.cara masing-masing.mungkin kau lebih cenderung dengan menderma.terpulang.usaha masing-masing.tapi point aku ialah ,tolong jangan condemn usaha orang lain! aku sebenarnya bukan nak tunjuk hero dengan tulis artikel begini.aku pun belum tentu dapat menyahut seruan ni secara total. aku hina.mungkin esok pagi aku dah fail menyahut seruan boikot ni dengan minum air milo keluaran nestle.tapi ATLEAST , aku tak condemn usaha dan ikhtiar orang lain !

sekarang nampak tak beza orang yang tak bijak dan orang yang bodoh?

#PrayForGaza

sumber jawapan : Dr Hafidzi , Presiden Aqsa Syarif .

p/s : malu bertanya bukan setakat sesat jalan , akhirnya menampakkan kebodohan diri.

Saturday, November 17, 2012

requote , requote and requote.

salam alaik.

Requote a quote.why? I just love it. only for one reason. Im in that situation. It's hard to tell people how I feel , and this quote sum up everything.


and that's it . Im now fighting , with only my dad as a backup. 

p/s : first time buat post ala-ala tumblr.kih3

Erti sebuah kemerdekaan.

salam alaik.

erti sebuah kemerdekaan.tajuk macam matang.



dah. ini gambar merdeka .kah3.saja baru nak up gambar ala model jersi ni.apa erti merdeka kalau pakai kain sarong di KLCC orang pandang pelik tapi bila pakai short skirt dan mini pants orang anggap perkara biasa?

merdeka apakah ini? wajarkah 55 tahun pemerintahan di sambung lagi? wajarkah? 

ok.tiada kena mengena.

bai !

Thursday, November 1, 2012

It's November !

salam alaik.


gahhh. It's November and it's time to get back on track. cuti yang lama sebenarnya cukup membunuh kalau kita tak tahu arah mana nak dituju. Ia seolah-olah hidup segan  , mati tak mahu. amboi.

* * *

banyak yang berlaku dalam masa dua bulan. aku bekerja sementara. mencari sesuap tuti frutti dan segelas air coolblog. jawatan aku bukanlah power sangat. takat jadi orang penting TM , pergi rumah orang , office orang , cari siapa lagi yang tak dapat pemasangan free unifi lagi.kah3. nampak power kerja aku ni.tapi persepsi masyarakat kadang-kadang kita kena terima. aku tak ketuk lagi , pintu awal-awal dah lock.aku bagi salam jiran kanan , jiran kiri tutup pintu. memang lumrah rakyat Malaysia bahkan aku sendiri pun kadang-kadang tak suka diganggu.dengar orang pakai baju smart jerit "helo , helo " dari luar rumah , aku akan buat-buat tak dengar , lalu dengar lagu wali band.

 tapi lepas aku kerja , baru aku tahu yang sebenarnya golongan macam aku ni tak banyak pun. dari 10 orang , aku boleh rasa hanya 3 dari 10 je yang bertindak macamni.yang selebihnya sangat peramah , kalau tak mahu pun akan ditolak dengan baik , berhemah serta berprestasi tinggi.ada yang awal-awal lagi ajak masuk siap hidang air , amboi.itu bahaya.

sebenarnya nak cerita pasal kerja ni best. benda paling best bila kau kerja outsource ialah kau akan sentiasa berjumpa orang. dan orang-orang yang kau jumpa kadang-kadang perangai dia lain macam. pelik pun ada. terlampau peramah sampai taknak kasi balik pun ada. pemarah pun ada. ingat aku ni peminta sedekah pun ada. yang seksi tak ingat dunia pun ada.yang tak pasal-pasal lepas tension kat aku pun ada. macam-macam.

kalau hari yang aku kena pergi office ke office lagi best. orang-orang office punya attitude bagus.ada yang sopan dan nampak berwawasan.tapi ada juga yang sombong dan ingat , pakai tie dan baju smart duduk dalam aircond tu dah power. dia punya ego tu seolah-olah aku ni sampah.mungkin dia baru lepas kena marah , sebab buka facebook dalam office.

hihi.

* * *

aku suka kerja begini. sebab aku suka jumpa orang. lagi banyak aku jumpa orang , lagi aku kenal apa yang sebenarnya dinamakan jalan kehidupan. dan bila kau jumpa ramai jenis orang , kau akan buka mata dan otak , untuk kau sedar , besarnya kuasa tuhan , mencipta setiap dari kita dengan perangai berbeza-beza.

tapi kesimpulannya , orang Malaysia ni baik-baik. cuma ada la dua tiga yang aku rasa kena hantar belajar Sivik dan Kewarganegaraan balik. tak cukup sifat untuk jadi manusia. mungkin sebab waktu kelas Pendidikan Moral dulu dia sakit perut sebab makan RMT dari kantin , itu sebab kurang sikit nilai-nilai mahmudah tu.

* * *

jadi disebabkan aku rasa cukup dah la kot aku mengenali 1/10 dari keseluruhan perangai orang Malaysia ni , aku bertindak meletak jawatan. kah3. cerita macam kerja aku power sangat. aku rasa sudah tiba masa untuk aku belajar memasak dan memantapkan ilmu-ilmu agama.

bulan dua dah nak fly Australia. aku taknak hanyut ,bersama batuan karang di Great Barrier Reef.cewah.

budak ni rilek je ludah muka nenek dia.membuatkan aku terkaku sambil-sambil tolong isi borang unifi.