Friday, August 3, 2012

ZINE SERATUS.

salam alaik.

teaser padu.sesungguhnya bukan dari pencipta logo kemerdekaan tahun ini.

bukan sebuah lagi projek Barisan Nasional.

mempersembahkan zine 100 . sebuah zine yang mampu milik tanpa perlu anda buat pinjaman PTPTN. sebuah zine yang tiada kena mengena dengan 1Malaysia Janji Dicapati. sebuah zine yang menghimpunkan 100 penulis bebas. menghasilkan 100 karya yang khusus dicipta untuk memenuhi masa lapang menunggu waktu berbuka puasa serta selepas sahur menunggu subuh.semanis puding gula hangus dan seenak roti john rm4.50. memenuhi citarasa anak muda yang mahukan perubahan dan bencikan penyelewengan rm250 juta untuk projek ternakan lembu.

sesuai untuk semua lapisan umum.tidak kira anda sokong bersih atau tidak , anda minat rosmah mansur atau tidak.zine ini mampu dibaca dengan tanpa perlu kamus dewan bahasa jilid 4.

nantikan kemunculannya.jangan lepaskan.janji ditepati.kini masa balas budi.

p/s : karya yang berjudul Mustakmal The Rokok Hunter mohon dibaca selepas terawih.
p/s : karya kedua yang dibukukan. alhamdulillah : D

1 comment: