Friday, August 17, 2012

a second chance.

salam alaik.

ini kisah benar. bukan dongengan kisah mastika. watak bukan nama sebenar.

* * *
pagi itu, tidur Mustakmal yang lena akhirnya terhenti akibat deringan bunyi dari henfonnya yang bergetar-getar mengejut bangun.mulanya liat benar Mustakmal nak bangun , tapi memikirkan yang memang sudah kelaut mimpinya , dia bangun juga dalam kemamaian pagi lalu mencapai henfon ditangannya. tidak lama untuk Mustakmal menekan butang hijau dan menyahut panggilan itu.

ditalian ialah kawan baiknya , Rusdi Al-Yahya yang tiada kena mengena dengan Scha Al-yahya.

"stark , bangun stark , kau tengah tidur ke?" - sahut Rusdi kepada Mustakmal.
"ada apa kau call pagi-pagi ni Rusdi? panggilan hangit ke apa." - balas Mustakmal penuh gaya.
"stark bangun stark , tahniah dow . tahniah , rayuan kita diterima. kita dapat fly Stark. Alhamdulillah. " - Rusdi menjawab.

Biji mata mustakmal yang kecil tiba-tiba bertukar besar mendengar ayat itu.dia yang masih mamai selepas mimpi dikejar zombie dengan tenang dan tenteram menyoal kembali Rusdi Al-Yahya.

"kau ni biar betul Rusdi? kau yakin ke berita ni?bukan utusan malaysia punya berita? - tanya Mustakmal.
"betul Stark ,dah confirm pagi tadi , Borhan Ajmain dah post kat grup facebook. katanya cikgu dah hantar mesej hari ini , rayuan kita dah diterima. bangun Stark , tahniah." - kata Rusdi dengan penuh intonasi.
"terima kasih la Rusdi. tak sia-sia aku mimpi kena kejar zombie tadi.nanti aku bangun aku cek facebook kejap" - penutup ringkas dari Mustakmal.

* * *

dan Mustakmal hanya tersenyum gembira.dengan air liur basi melekat di pipi.dia seraya menyebut syukur pada Ilahi.dia seolah tidak percaya nasib dirinya berubah dalam masa tiga hari.tiga hari sebelum merupakan hari yang cukup sedih untuk dirinya kerana gagal melepasi point ke luar negara.dia bingkas bangun dengan perasaan teruja dan lalu mendapati ada dua mesej yang belum dibaca.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum . Dah Official. Alhamdulillah semua 12 pointers dapat fly . Sujud syukur ye. ^^" - mesej dari Puan Hairiah.

"Salam , Good News. 12 pointers will fly. Idp will contact you for placement purposes. Enjoy the Hari Raya! " - Puan Rodina.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
membaca kedua-dua mesej gurunya itu membuatkan Mustakmal terasa sebak seketika.dia hanya mampu terdiam.dia lantas teringat raut wajah arwah ibunya , yang baru pergi dua bulan sudah.

"mak , alhamdulillah . dapat jugak anak mak ni merasa belajar di negara orang mak. alhamdulillah" - bisik Stark dalam hati.

* * *
dengan pantas , Mustakmal yang tidak berbaju terus turun menemui ayahnya yang ketika itu juga sedang tidur lena keseorangan.

"bah , bah ,mustakmal dapat fly bah. rayuan dah diterima tadi.tsk.tsk." - ujar Stark .
"ye? alhamdulillah syukur "- balas abah lalu terus memeluk dan bermulalah perasaan sebak dan terharu.

lama juga scene sebak dan terharu.tetapi malu pulak penulis nak menulis di sini.

kini Mustakmal dan Rusdi Al-yahya dapat bersama-sama rakan-rakan mereka melanjutkan pelajaran di bumi Australia.kini , mereka mempunyai peluang kedua . untuk menebus kesilapan lalu.

* * *

begitulah peluang kedua yang Allah berikan kepada Mustakmal dan rakan-rakannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas rayuan yang dibuat pihak kolej diterima.syukur ya Allah.syukur ya Allah. syukur ya Allah.

Mustakmal di sebelah kiri . dan Rusdi al-yahya di sebelahnya.

sesungguhnya Allah akan memberi apabila kita meminta. berdoalah sejujurnya. berdoalah sekuatnya. Allah maha mendengar. : ) kadang-kadang Allah sengaja lewatkan kejayaan kerana Allah suka mendengar doa dari hambanya. Allah maha Adil. sesiapa yang berusaha pasti dibalas dengan hasil yang setimpal.

* * *

mak , abah , adik beradik , kawan-kawan , cikgu-cikgu dan semuanya ,terima kasih kerana menjadikan saya diri saya hari ini. mak , abah , anas fly untuk mak abah. untuk bagi mak abah bangga. terima kasih atas semuanya.

jangan lupa alfatihah kepada arwah ibu saya. : ) terima kasih.

p/s : nama sebenar Mustakmal ialah Anas Saifuddin manakala nama Rusdi al-yahya ialah Ahmad Ghazie.nama sebenar Borhan Ajmain ialah Azam Afidi.

p/s : University Of Queensland , insyaAllah.

16 comments:

  1. lebih kepada syukur cik anonimos. : )

    ReplyDelete
  2. terima kasih zuhaida. terima kasih juga kerana membaca : )

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Tahniah Encik Anas!

    "sesungguhnya Allah akan memberi apabila kita meminta. berdoalah sejujurnya. berdoalah sekuatnya. Allah maha mendengar. : )"

    ReplyDelete
  4. Anas...Alhamdulillah, see...kdg2 Allah xbagi apa yg kita mahukan (13 points) tp Allah bg apa yg kita perlu (dapat fly)...May Allah bless you...congratz

    ReplyDelete
  5. mungkin kene lebihkan nescafe barangkali.syukurrrr . bangga aku dengan budak lomokids aku ni

    ReplyDelete
  6. Anas, sebenarnya de hikmah di sebalik pe yg berlaku. Bila dipikirkn kembali.. terjadi pada bulan ramadhan, bulan yg berkat & penuh rahmat.. mungkin itulah antara cara Allah mengingati hambaNya yg telah byk lalai & alpa atas pemberianNya supaya kita bersyukur atas segala nikmat yg diberikan olehNya sejak dulu.. eg upsr, pmr, spm etc. btw tahniah & alhamdulillah!

    Ikhlas dari,
    kawan se-KMS yg senasib cam ko gak (Alhamdulillah) :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, syukur Anas :) Diberi berkah pada 10 malam yang terakhir ini. Allah heard your prayers :)

    Ikhlas dari:
    Bukan warga KMS (tapi dapat merasai pengalaman yg ala-ala lebih kurang)

    ReplyDelete
  8. tahniah anas :) belajar elok2 ye ^_^

    ReplyDelete
  9. tahniah anas! rezeki macam ni bukan semua orang dapat. gunakan peluang yg ada. kak lisa doakan semoga beroleh yang terbaik dalam hidupmu dik!

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum anas..walaupun rsenye mcm dh lmbt sgt..tp odah nk wish tahniah jugak kt anas :)
    jgn prnh putus asa k.. n study rerajin kt sne nnt :)

    ReplyDelete
  11. waaaa alhamdulillah..taun depan masuk sokkabar salam debaran la ye ^^

    ReplyDelete
  12. Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar :)
    Tahniah !

    ReplyDelete
  13. Salam,tahniah!sedih pula membacanya.apa-apa pun semoga berjaya dan jaga diri elok-elok di negara orang.May Allah bless

    p/s:Pinjam your story,eh?Cerita ini memberi saya harapan dan insiprasi.ekk

    ReplyDelete