"kau ni muda lagi , setahun jagung lagi.tak payah nak sibuk-sibuk hal politik. kerja kau sekarang belajar. nanti kau dah kerja , dah besar panjang , kau jadi menteri , kau buatlah apa kau nak"
* * *
bila aku nampak orang buat statement begini.aku terdiam.aku garu-garu kepala sambil tersenyum lebar.jadi aku ingin bertanya balik soalan kepada sang pembuat statement.soalan aku mudah saja , pernah tak bila orang sibuk-sibuk ambil tahu hal hiburan , hal artis , hal fesyen , hal makanan , hal game. orang akan buat statement yang sama?
"kau ni muda lagi , setahun jagung lagi.tak payah nak sibuk-sibuk hal artis dan hiburan. kerja kau sekarang belajar .nanti kau dah kerja , dah besar panjang , kau jadi artis , kau buatlah apa kau nak"
"kau ni muda lagi , setahun jagung lagi.tak payah nak sibuk-sibuk hal makanan , kerja kau sekarang belajar.nanti kau dah kerja , dah besar panjang , kau jadi chef, kau masaklah apa kau nak"
"kau ni muda lagi , setahun jagung lagi.tak payah nak sibuk-sibuk hal game , kerja kau sekarang belajar.nanti kau dah kerja , dah besar panjang , kau jadi gamer , kau mainlah puas-puas.
jarang rasanya kedengaran statement-statement begitu.hanya orang-orang yang berbicara hal politik saja yang akan diserang dengan statement begitu.
* * *
jadi jawapan aku mudah saja.
kalau kita minat tengok bolasepak ,kadang-kadang kita selalu kritik cara dan taktikal game yang tim kesayangan kita gunakan.kita marah player tu.marah player ini.tapi jarang orang akan suruh kita jadi pemain bola semata-mata untuk kita buktikan kritik kita tu.kita hanya memberi komen sebagai seorang peminat bola sepak.dan mereka faham emosi kita ketika memberi kritik.
kalau kita minat tengok realiti show, kadang-kadang kita selalu kritik personaliti peserta-peserta yang bersaing.kita marah kenapa peserta tu menggedik , kenapa suara tak sedap pun lepas.tapi jarang orang akan suruh kita masuk show tersebut semata-mata untuk kita buktikan kritik kita tu.kita hanya memberi komen sebagai seorang peminat realiti show.dan mereka faham emosi kita ketika memberi kritik.
kalau kita minat tengok movie dekat wayang ,kadang-kadang kita selalu kritik film tu. kita cakap film tu bosan.pelakon hambar. tak menarik. tapi jarang orang akan suruh kita jadi pelakon semata-mata untuk kita buktikan kritik kita tu.kita hanya memberi komen sebagai seorang peminat film.dan mereka faham emosi kita ketika memberi kritik.
kalau kita minat tengok movie dekat wayang ,kadang-kadang kita selalu kritik film tu. kita cakap film tu bosan.pelakon hambar. tak menarik. tapi jarang orang akan suruh kita jadi pelakon semata-mata untuk kita buktikan kritik kita tu.kita hanya memberi komen sebagai seorang peminat film.dan mereka faham emosi kita ketika memberi kritik.
begitu juga politik.
jadi kenapa bila orang-orang yang selalu berbicara hal politik sahaja yang akan diserang dengan statement
"hek eleh bro , lu cakap lebih , lu jadi menteri lah senang cerita"
* * *
serius aku tak faham.
No comments:
Post a Comment