tidak lama dahulu , aku pernah utarakan pendapat aku mengenai hak remaja dan anak muda untuk mengkritik dan memberi pendapat.terutamanya berkaitan politik. dimana trend statement sekarang ini ialah apabila seseorang remaja mengambil tahu hal politik secara mendalam ,apabila dia mengutarakan pendapat , dia mengkritik dasar , akan keluarlah statement-statement begini ,
"kau power sangat kau jadilah menteri.cakap je lebih"
* * *
kih3.typical statement.itulah mentaliti sesetengah orang apabila sesuatu kritikan dilempar.aku tak nafikan kadang-kadang ada sesetengah kritikan yang dibuat pun tak masuk akal. teremosi dan terlalu remeh. tapi jangan kerana nila setitik ,rosak susu sebelanga bukan? ramai lagi anak muda yang melempar kritikan secara berhemah dan berhujah . secara matang dan berilmiah.jadi tak perlu buat ayat ,
"kau power sangat kau jadilah menteri.cakap je lebih" .
aku beri contoh mudah.
Dr Maza ini seorang ulama. seorang yang alim dalam hal-hal agama. dia seorang yang banyak memberi pendapat mengenai isu-isu semasa berkenaan permasalahan orang Islam di Malaysia.jadi adakah kerana dia bukan orang muzik , dia tidak boleh mengkritik lagu kemerdekaan baru yang memang semua orang tahu tak sedap dan beragenda?
takda ke orang nak buat ayat , "kau power sangat kau jadilah composer.cakap je lebih" pada ulama ini?
tidak rasanya bukan?.kerana dia hanya memberi kritikan sebagai seorang yang mendengar lagu tersebut.perlukah dia menjadi ahli muzik baru boleh mengkritik?.begitu juga kami anak-anak muda .perlukah kami menjadi ahli politik baru boleh membicarakan hal-hal politik secara am?
sudah tentu tidak. : )
ini pendapat saya mengenai hak anak muda untuk mengkritik.
p/s : tak salah mengkritik , asalkan bersederhana , berhujah serta berhemah.
hahaha. nice one bro.
ReplyDeleteyang sebetulnya orang2 kita ni pantang ada kedudukan, range daripada tukang taip kecut belakang keyboard, pakcik kopi, ulama2 twisted sampailah ke pemimpin. semua kenyataan kena angguk.