Sunday, August 12, 2012

tomorrow is the day.

salam alaik.

results to be released.

aku sudah buat yang termampu. aku kerahkan seluruh usaha. aku berdoa dan kini aku hanya mampu bertawakkal. esok ialah penentunya.dua tahun aku menunggu. dan esok bakal tiba. 

sama ada dengan khabar gembira atau duka.

aku tidak boleh mengharapkan apa-apa yang terlalu baik. tapi aku juga memohon agar dijauhkan keputusan yang menghancurkan hati.

"abah tahu anas belajar, anas dah usaha. abah tahu. dengan ambil exam waktu mak tengah sakit tenat lagi , abah tahu anas dah usaha.apa-apa pun keputusannya , abah terima"

* * * 

dan aku mula sebak. bila tiba soal keputusan , aku tidak ingat pada sesiapa pun lagi kecuali dua orang , iaitu mak dan ayah. esok ialah harinya. esok ialah penentunya.




1 comment: