Saturday, December 10, 2011

tolong buka mata.

salam alaik.


"ingatlah , kita menghela oksigen yang sama , kita berkongsi warna darah yang sama dan pada bumi yang sama , kita berpijak"

kadang-kadang aku jadi muak , mual dan jelik dengan permainan bangsa dan negara.dan permainan politik duar parti.ada saja entiti yang berjuang menaikkan darjat bangsa dan negara ,kelompok dan parti.tapi sanggup menjadi bahlul dan bacul dan tahyul yang lupa dirinya siapa.oleh itu ,hari ini aku muntahkan pendapat aku.

dalam dunia ini ada beribu-ribu bangsa dan beratus negara .negara yang sempadannya itu ciptaan manusia yang hina.yang mereka-mereka garisan sesuka hati mereka.ada yang dilahirkan hitam , yang putih , yang busuk , yang wangi , yang pendek , yang duduk dalam hutan , yang sudah maju kedepan dan yang masih terkebelakang. yang kaya , yang raya , yang miskin dan papa. yang bangla , yang nepal , yang vietnam , yang melayu , yang jawa , yang cina dan yang india. tapi bicaralah seribu tahun tentang identiti sesuatu bangsa , hujungnya hanya satu. kita hamba tuhan yang hina dan pada bumi yang sama kita bertapak.

aku benci bangla . bangla busuk. aku benci indon pula. merempat di negara orang tapi tak reti nak bersyukur.aku benci melayu.bodoh pun masuk universiti. aku benci cina. berak tak basuh dan kurang ajar.aku benci india.cakap belit tak ingat dunia.aku benci negro , semua muka macam beruk dan perogol.aku benci singapura ,melayu kat sana semua bangang.aku benci org malaysia , perampas budaya dan pengotor. tapi ceritalah tentang kebencianmu sehingga seribu tahun lagi , hujungnya hanya satu , kita hamba kepada tuhan yang satu dan dalam tanah yang sama juga kita dikubur.

bukan semua cina kurang ajar. dan tak semua melayu sopan. bukan semua bangla busuk dan tak semua orang putih tu wangi. bukan semua india cakap belit dan tak semua orang melayu cakap lurus.bukan semua orang indon tu jahat dan tak semua orang malaysia baik.bukan semua orang negro penipu dan tak semua orang melayu itu cakapnya benar.dan bincanglah tentang perkara ini sampai seribu tahun lagi , hujungnya hanya satu , kita ini hamba tuhan.yang hina dan tak kira dimana kita bertapak , oksigen yang sama juga kita hela.

mentaliti kita ini sudah lapuk rasanya .dipekung teruk dengan sempadan bangsa dan negara.ada orang yang bila nampak indon saja mahu dilempar selipar ke kepala mereka .bangsa pendatang katanya. datang ke negara orang dan tak reti bersyukur .takkan kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga? kerana seorang indo itu jahat , satu indonesia dipalit hina? kerana seorang orang melayu pemalas nak kerja . satu bangsa melayu jadi mangsa? kerana seorang cina kurang ajar , habis semua orang cina di benci? dimana letaknya akal waras kamu?sedar tak yang tidak kira dimana kamu lahir dan apa bangsa kamu , kepada Dia juga kamu kembali.

pepatah menyebut , jika ingin membenci sesuatu kejahatan , jangan benci si pelakunya , tapi bencilah perbuatan yang dilakukannya. kerana si pelaku itu boleh jadi entiti yang sentiasa berubah semalam , hari ini dan akan datang.

* * *

wahai pembaca , pandanglah setiap orang cukup sebagai seorang manusia dan bukan sebagai seorang manusia yang berbangsa apa dan apa.kerana bangsa tidak ada apa yang istimewa didalamnya.kerana dihujungnya , kita tetap hamba Allah yang hina  tidak kira kita ini bangsa apa .lupakan sengketa bangsa yang tidak kemana dan jadi matang bila menilai.tuhan bagi kau otak dan akal .kerana tidak ada satu pun bangsa yang lebih mulia dari bangsa yang lain.

kau rasa kalau lembu indonesia jumpa lembu malaysia , dorang akan jadi tak macam kita?mooo.malaysia rampas budaya gue.mooo.indon pendatang , kata lembu malaysia.ada macamtu?kalau gajah afrika jumpa gajah thailand ,agak2 dorang kutuk mengutuk tak?harus diingat bukannya aku memperlekeh perjuangan bangsa.perjuangan bangsa bukti kita prihatin dengan orang2 sebangsa kita dan mahu mereka berjaya bersama . tetapi jika kerana perjuangan ini sampai kepada satu tahap dimana kita menganggap diri kita mulia dari bangsa lain , maka tersimpanglah sudah perjuangan yang sebenar.dan bergelaklah bangsa penjajah yang melakar sempadan dunia mengikut atur mereka.

* * *

tuhan tak pandang kau bangsa melayu ke cina.tuhan tengok sembahyang kau cukup ke tak lima waktu sehari semalam.
tuhan tak pandang kau negara malaysia ke negara zimbabwe.tuhan tengok perangai dan sikap kau.jauh dari apa2.
tuhan tak pandang warna kulit kau hitam ke putih , tuhan tengok hati kau tu berdaki ke bersih.

terlalu banyak kebencian antara kita yang lahir dan mekar kerana perbezaan bangsa dan negara.ingatlah , dalam tanah yang sama juga jasad kita akan terkubur.tuhan ciptakan didunia ini bangsa2 yang berbeda untuk kita saling kenal mengenal dan bersyukur dengan perbezaan yang ada.dan ingatlah , tidak akan damai dunia tua ini jika kita hanya berbicara tentang perbezaan dan bukan persamaan , kerana tidak kira dimana asal usul dan budaya kita , darah yang mengalir merah warnanya.

alirlah senyuman yang sama dan hembuslah kegembiraan yang sama.dan pijaklah perbezaan kita.

aku berusia setahun anak jagung dan masih mengaji ilmu dan buta ilmu . aku boleh berfikir setitis tentang perkara ini.kenapa kalian yang sudah matang beranak-pinak , bergaji besar dan berperut besar tidak boleh berfikir sedetik pun perkara ini?

"bawaklah bersama kamu itu perjuangan agama yang diiring dengan bangsa , dan bukannya perjuangan bangsa yang diiring dengan agama , kerana jika rosak agama , rosaklah bangsa. "

5 comments: