Wednesday, December 28, 2011

The Amazing Bukit Tabur

salam alaik.

"indahnya bumi tuhan yang membiru dan menghijau. meninggi sampai ke awan.mencakar lapisan langit dengan  kecantikan yang tiada bandingnya.indahnya bumi tuhan , buat kita sedar. Allah itu maha agung dan kita ini hanya kerdil hina"

ekpedisi bukit tabur.

* * *

bukit tabur ialah sebuah bukit yang terletak di kawasan Taman Melawati , Selangor. dari carian google.puncak bukit ini setinggi lebih kurang 444m.ada dua bahagian yang boleh didaki.iaitu east dan west.minggu lepas saya memberanikan diri untuk mendaki bukit sebelah barat.dan masa yang diperlukan untuk memanjat ialah kira-kira dua jam lebih atau lebih kurang 6 batang rokok untuk yang menghisap.

terus terang saya katakan , pendakian bukit ini agak mencabar.sangat mencabar sebenarnya.bukit ini kali terakhir mengganas ketika 11 september 2011 apabila Sundar Ramachandran cedera parah selepas terjatuh sedalam 25m ketika dalam proses turun dari bukit tabur.cuba google tentang kemalangan bukit tabur ,boleh kata setiap tahun juga meragut nyawa kerana kecuraman tebing dan lekuk buminya yang turun dan naik. pendakian juga boleh kata tinggi dan tahap ketakutan boleh naik apabila melihat sarang tebuan sebesar sepeluk tubuh muncul didepan mata.sudah la penat daki meninggi , ada pulak adik2 tebuan duk terbang2 rendah kiri dan kanan.menyeramkan.

ada beberapa bahagian yang memerlukan pendaki mendaki tebing yang boleh kata 90 degree dan seoalah-olah mendaki seperti rock climbing.sudahlah naik , bila turun jadi kerja yang amat menyeksakan.terketar-ketar kaki. tapi ada beberapa checkpoint pendakian yang membolehkan pendaki menikmati pemandangan tasik dari empangan klang gate.itu satu kepuasan yang dirasakan bila dah berada di atas.










ada juga bahagian yang memerlukan kemantapan otot beku untuk menjerut tali untuk turun dan naik.senang cerita persediaan joging tiga kilometer sehari diperlukan untuk pendakian yang lancar(abaikan).tapi bila dah sampai atas dan tengok keindahan kuala lumpur dan keindahan alam.subhanallah! berbaloi.

kalau ada masa , try la panjat bukit ni. bukit ni tak sibuk macam bukit broga yang dah macam pasar malam khabarnya .nak menunjukkan ramainya orang yang mendaki bukit itu. bukit tabur ini tidak lah begitu. waktu saya mendaki , hanya kumpulan saya seramai 7 orang saja yang mendaki ketika itu dan dalam perjalanan pulang , ada satu lagi grup baru mula mendaki.







ya.bukit ini memang mencabar.bila dah turun , baru rasa macam tak percaya saya boleh habiskan pendakian.antara benda yang tak boleh lupa bila waktu nak panjat tebing tiba2 ada taik (dipercayai taik manusia dari segi tekstur dan warna)  melekat atas batu. pergh. memang mencabar!

p/s : gambar2 di atas ialah gambar peribadi saya. saya menggunakan kamera film mainan UWS yang saya beli dgn harga rm50 untuk segment gambar yang pertama dan kamera film slr tahun 80an kegemaran saya , zenit E yang saya beli dgn harga rm110.gambar2 ini LANGSUNG tidak diedit. : )thats is why i love analogue!

2 comments:

  1. huih,cantiknya..bawah tue apa..tasik ka??

    mcm tak wujud pun ada gak..maybe editing,mcm dlm google pulak..aiyakkk

    ReplyDelete
  2. hamboihhh.tu empangan klang gate.
    *harap maklum. gambar tidak diedit. haha

    ReplyDelete