Wednesday, December 14, 2011

cari rezeki.

salam alaik.

ya.aku bekerja di zoo negara.dengan gaji yang tidaklah seberapa.tapi jika dibandingkan dengan kebingungan menghabiskan minit2 di rumah selama sebulan. lebih baik aku bekerja.

aku bekerja di kaunter tiket.mengambil order tiket pengunjung2 yang datang dan suruh mereka membayar di kaunter.penat la jugak berdiri dari pagi sampai petang.ramai orang ingat aku kerja bagi makan harimau.haha.gua tak cukup ilmu lagi nak deal dengan harimau.

masuk zoo? oh ya.boleh la aku masuk zoo secara percuma.tapi lama mana lah sangat aku nak lepak dalam sana.rehat sejam saja.dapat lah menatap gajah dan zirafah yang awal2 lagi dah dipamerkan.haha.dapat lah tangkap gambo zirafah.batak tak pernah jumpa gamaknya.haha








20 perkara tentang semalam  :


1) orang arab ialah orang paling kurang ajar dan tidak ada rasa hormat langsung.orang putih lagi peramah dan sopan.
2) ramai ayah2 memimpin tangan anak-anak mereka ke zoo.tapi tanpa ibu.kenapa ya?
3)boleh kata semua yang datang zoo ialah orang yang berkeluarga dan ada la dua tiga couple.
4)ada jugak keluarga melayu yang membenarkan anak gadis remaja mereka pakai singlet dan short pant sahaja.amerika kot rasanya.
5)ramai yang tak puas hati bila mereka masuk tak sampai sejam dan tiba2 hujan lebat turun.lepastu nak salahkan kaunter kenapa tak warning diorang awal2.kak , ingat hujan saya yang kawal ke?mana saya tahu turun bila.
6) baru aku tahu zoo negara ada taman rama-rama. HAHA
7)semalam ialah kali pertama aku masuk zoo negara.betul.aku tak pernah masuk situ.
8)makan nasi putih dan keli sambal hanya mengambil rm2.50 saja duit aku di kantin staff zoo.
9)ramai juga pengunjung yang datang , bukti zoo masih lagi tempat ayah2 dan mak2 bawak anak mereka berjalan-jalan.
10)farasha ialah taman rama-rama dan haiwana ialah zoo. gua kena guna term2 ni untuk deal dengan orang arab yang tak berapa faham bahasa.
11)dalam zoo ada floating musolla , surau yang katanya terapung tapi tak terapung pun.tapi ber-aircond! kih3
12)pengomplain paling ramai tentulah orang cina.habis sumpah seranah diorang tabur kalau tak puas hati dengan kualiti.
13)jalan MRR2 macam biasa jam.
14)gua dapat rm30 sahaja sehari.tidaklah banyak mana kan?
15)suka jugak gua tengok kanak2 tengok haiwan dalam zoo tu.gamaknya gua dulu terlompat macamtu jugak tak.
16)siapa yang ada ayah atau mak lahir tahun 1961 dapat tiket free sempena ulangtahun ke 50 zoo negara.
17)petang hujan.lagi kali nak pergi zoo datang waktu pagi lah.
18)harga tiket bagi dewasa ialah rm20 . lagi murah dari ticket konsert justin bieber. kah3!
19)gua pelik jugak macammana burung2 yang terbang bebas dalam zoo taknak memberontak lari.sedap sangat kot makanannya.
20) kerja ni memerlukan ketahanan kaki yang kuat dan mantap.

oh ya.aku akan bekerja lebih kurang lagi lima hari.kira ok lah kan dapat duit poket boleh tengok ombak rindu lagi sekali.kih3

4 comments:

  1. arab fushah : zoo = hadiqah hayawanat

    esok2 kalau ada org arab lagi ko boleh la nak cakap sikit ngan dorang. haha

    kaifa haluka = apa khabar [lelaki]
    kaifa haluki = "" [perempuan]
    silakan = tafaddhol
    syukran = terima kasih
    afwan = sama-sama

    ReplyDelete
  2. cuti semester ni im doing my practical di zoo negara, and i got to feed harimau too later :P

    and yang no 19 tu sebab diorang potong bulu pelepah utama untuk terbang tu.then satu lagi dia kasik potong tulang apa tah lupe dah yang ada dekat sayap dia. Effect nya, tak boleh terbang jauh@lama.

    (ilmu nak kongsi,saya budak kesihatan haiwan ;D )

    ReplyDelete
  3. pergh rusyda and minem! hahaha. thankkss!

    ReplyDelete
  4. ajak mak pegi zoo lah. tiket free tu.

    ReplyDelete