Monday, December 19, 2011

RANTAI.art REVISIT 2011

salam alaik.

RANTAI.art event. ialah sebuah event tahunan yang gua tak pernah miss untuk pergi. selepas bertahun diadakan di red bungalow berdekatan KLCC dan tahun lepas berlangsung di balai seni lukis yang bagi gua agak sedikit hambar , tahun ini RANTAI.art diadakan di Bangsar Urban Village. ini kali pertama sebenarnya gua jejak kampung urban ini. rupanya konsepnya macam red bungalow berdekatan KLCC. di mana benda-benda art tak kira apa di pamer dan dijual di halaman rumah dan di dalam rumah.

ada yang tanya aku. RANTAI.art ni apa?
RANTAI.art ialah sebuah NGO yang menggalakkan dan menghargai hasil2 karya seni kepada public tidak kira dalam bentuk seni apa. boleh jadi lukisan , seni kreatif , penulisan , handmande art , kugiran dan apa-apa yang berseni.

tahun ini tahun keempat aku kesana sejak 2008 aku mengikuti rantai.art.dari zaman hingusan form 4 hingga kini.aku suka ke sana sebab aku dapat jumpa karya2 seni macam penulisan yang korang tak jumpa dengan MPH atau popular.dan juga barang-barang handmade yang korang tak jumpa dekat KLCC. haha. tahun ini aku banyak spend duit pada barang lomography dan juga buku. hah. layan la gambar2 tak seberapa ni.










gua tak bagi komitmen menangkap gambar sangat sebab gua lagi layan lepak2 sana tengok booth .

10 perkara pasal event semalam :

1) gua dapat pegang iguana awek mana entah yang bawak iguana dia bawak masuk bungalow. boleh tahan terkejut jugak gua.tapi lama2 baru gua.iguana boleh tahan jinak juga.
2)cuaca semalam baik , tak hujan sampai petang dan disebabkan halaman rumahnya ber-tar.jadi tidaklah berlopak.
3)gua layan band heart-a-tack dengan iqbal M.iqbal M tu boleh tahap gila jugak waktu perform.habis semua awek dia datang dekat dan makin rapat.gahaha.
4)tahun ni gua dapat jumpa byk booth jual buku-buku bebas dan zine.sama ada tahun lepas gua terlepas pandang ataupun memang takda.
5)effeckts atau lomokids ada buat canister-wall kat dalam rumah.(ye ye je canister-wall) gua rasa tak dapat lawan tahun tahun 2009 dekat red bungalow. habis semua benda yang berdinding di tempek gambar.
6)duit gua boleh tahan habis juga.
7)gua beli buku PUISI JADI SENJATA dan gua rasa tak rugi. puisi dalam tu mantap habis.
8)gua beli baju bundle rm10 butang clothing.
9)gerai makanan agak kurang.kalau letak 3-4 lagi pun layan.bwak KFC bergerak ke. haha
10)gua nak suruh korang datang pun tak guna.event dah habis.tunggu tahun depan la pula.hihi.

bagi aku rantai tahun ini terbaik.lebih kemas.dan lebih teratur.org yang berniaga juga ada barang-barang yang best.aku dapat apa yang aku mahu.dan suasananya lebih tenang.
nak baca review post2 gua pasal event rantai.art yang terdahulu sejak tahun 2008? boleh tekan link bawah ini.maaf kalau post tahun 2008 dan 2009 bahasa gua agak kanak-kanak.sebab gua masih kanak-kanak ketika itu.
kompilasi event rantai art.

gua nak share satu ayat dari A samad said dalam buku PUISI JADI SENJATA :

"dunia ini untuk anak muda.suara yang akan mengubahnya ialah anak-anak muda ini.mereka ialah suara dan kuasawan kepada negara. " -A samad said


abang umno petaling jaya utara.kan lebih elok jika diperangnya warga asing yang membuat rosak , rempit yang mengganggu dan juga peleseran di ibu kota.dari diperangnya mahasiswa yang bersenjata suara.

No comments:

Post a Comment