Sunday, July 24, 2011

kuatlah kawan.

salam alaik

bagus jugak budak nama daus ni.sambil bagi semangat.dia kembangkan bahasa nogori.

waktu aku darjah enam dulu ,cikgu suhaila iaitu cikgu sains aku cakap kat kelas .sesungguhnya , apa yang awak usaha. itu yang awak akan dapat. sikit awak usaha.sikitlah awak dapat.lagi banyak awak usaha.lagi banyaklah awak dapat.katanya.

betul kata cikgu suhaila.dan ayat itu aku pegang sampai sekarang.tapi ayat itu mungkin juga tidak adil.kerana ,ada ramai orang yang berusaha keras , tetapi tetap tidak berjaya. kan? lalu dikatanya dunia ini tidak adil dan sebagainya.dan aku teringat satu lagi pepatah yang menyebut.

orang yang menanam pasti akan menuai.

orang yang berusaha , lambat macammana pun , dia akan tetap merasai nikmatnya berjaya. jika dia menanam pokok epal hari ini , tak semestinya dia akan dapat makan buahnya dalam masa yang terdekat ,tapi jika dia percaya dengan usahanya , insya Allah , Allah akan membantu.

yesterday is memory , future is mystery and today is a gift ,thas why it is called the present. gagal hari ini tak bermakna gagal esok. dan berjayanya seseorang hari ini tak membawa apa2 erti untuk hari mendatang. tidak ada orang pernah merasa kejayaan tanpa kegagalan.  dan ingatlah. orang yang menanam , pasti akan menuai.biarlah lambat macammana pun.

kegagalan ialah nikmat yang tuhan ciptakan untuk buat kita lebih dekat dengannya. jangan bersedih kawan. la tahzan. biar kita penat jatuh awal-awal ini. dan kita bangun dan panjat balik dengan lebih cekal. daripada kita megah di atas dengan nikmat sementara dan jatuh gedebuk dari puncak ke tanah dengan teruknya.

la tahzan kawan. bukan senang untuk terima kegagalan .lagi2 bila akal kita dah terawang-awang dengan kejayaan. tapi percayalah.Allah itu maha adil.dia tidak akan memberi ujian tanpa sebarang hikmah.bila dia tarik satu nikmat dari kita.dia akan beri kita sesuatu yang lain.percayalah.

sama-sama bangun dengan cekal.dengan lebih kuat.dan balutlah luka dengan senyuman.Allah maha adil.

oh.sekadar ingin berkongsi tentang artikel la tahzan. silalah klik sini.

senyumlah macam teddy atas ni.biarpun dhimpit kegelapan.

2 comments: