Tuesday, July 19, 2011

kembali.

salam alaik

kami bukan budak RMC.kami sekolah lelaki sejati.

*sorylah gua letak lagu barney and friend sebagai halwa telinga.tak salahkan? kih3

kadang-kadang , dalam kehidupan , kita akan tinggalkan sementara apa yang kita sayang dan kita suka.kadang-kadang untuk pengorbanan dan selebihnya pembaharuan.tapi selepas seminit dua dan mungkin sedekad tiga.kita akan rindu.dan kembali.

ya.manusia mudah bosan bukan.kalau dah buat benda sama sehari hari sampai mati.memang lah akan botak kepala.tapi kalau kita tinggalkan kejap apa yang kita selalu buat .mesti lama-lama dia akan rindu dan nak kembali balik ke masa itu.

sekolah.contoh mudah yang tuntas dan pantas.dulu masa zaman bertie berkasut putih kapur dan makan karipap kosong tiga seringgit.mesti terdetik dalam hati membilang tahun-tahun yang kena dilalui untuk mengkatamkan buku sejarah tingkatan lima dan pendidikan jasmani.membilang-bilang hari nak buang baju sekolah dan gunakan baju sekolah untuk tandatangan kenangan kawan2.sambil buku-buku bolehlah diterbangkan ke adik-adik kecil yang amik PMR.

tapi.bila zaman itu lepas lalu meninggalkan hari.baring-baring manja kita mesti akan terbawa ke masa silam.mengingatkan kembali betapa hensemnya ketika di sekolah lelaki. mengepau junior dan dipau senior.kaedah-kaedah meniru hasil kerja kawan dan kaedah mengorat budak-budak sekolah lain dengan mesra dan bersih.

ya.manusia memang begitu.
ya.manusia memang begitu.

dan kini aku kembali.kembali mengatur jari-jari ini.dan kembali mengelakkan laman sesawang ini terus bersawang.

: )
nama : hariri manor
status : playboy
hubungan : kawan sestudy dan semaggie

kalau dulu.dia lah yang selalu teman gua study tepi padang malam-malam.open maggie lima paket sambil gelak dekah-delah.lepak dengar luahan gua.gua lepak dengar cerita dia.bunyi macam gay.tapi taklah segay mana.kah3.teman gua dua tahun survive dekat sekolah lelaki sejati tu.

dan bulan lapan nanti.dia terbang dulu.ke kanada dibiasiswakan tenaga nasional.kurang ajar.setadi sekali.tapi felai dulu.dan mungkin bila ingat balik macammana dulu sama-sama struggle untuk SPM dan kini dia akan pergi dulu.maksud gua terbang dulu.buat gua bangga dengan lu ari!

1 comment: