Friday, July 22, 2011

aku di tahun 1980.

salam alaik.

penat aku membelek-belek almari lama di rumah aku.dan ini hasil yang aku jumpa.


ini ialah tempat aku belajar ketika aku masih lagi muda di tahun 1980.kolej mara seremban.ketika itu , kolej ini antara kolej paling muda dan bergaya.dengan bangunan yang kukuh dan tersergam indah di jalan aminuddin baki , kawasan orang kaya-kaya di seremban.

aku antara pelajar awal di Malaysia yang berpeluang mengambil Alevel . 1980 , zaman itu masih lagi jadi zaman pandang timur ,jadi apalah sangat pengajian Alevel di Malaysia.


ini zulfadhli , teman karib aku waktu zaman muda di 1980. bergaya seluar pendek nafsu anak muda .gambar ini dirakam ketika aku dan dia ingin bercanda di bandar Kuala Lumpur.keberet.dan dataran menjadi tempat lepak2 kami.


oh ya. sebelum keluarnya saga pertama pada tahun 1985 , inilah tunggangan aku. model mini cooper warisan turun temurun keluarga sejak merdeka lagi.sangat berjasa mobil ini.


dan vanette keluaran 1972 lama ini merupakan satu-satunya kenderaan kolej ketika itu.dan di kolej itulah aku mengenal macam2 ragam manusia.dan photo2 mereka masih aku simpan hingga kini.







semuanya kini berjaya di tahun 2011.ada kereta dan isteri besar.rumah besar.dan syarikat besar.dulu belajar dan khatam bersama-sama aku di kolej mara seremban.

oh ya.


dan ini belaan aku waktu zaman muda-muda dulu.bobi namanya.dan selepas 20 tahun pemergiannya.foto ini masih abadi dalam kenangan.

dan aku?


hanya ini foto yang ku jumpa.maaf.ini gambar zaman muda tahun 1980.masih comel lagi ku kira. : ) dan kini selepas kira2 20 tahun kenangan dalam fikiran.ada juga memori yang tersimpan sebagai foto foto kenangan.

oh ya.dan di bawah ini sedikit foto2 teman2 seperjuangan yang kini sudah berjaya sebagai manager besar pada tahun 2011.





dan pada tahun 1980 , disinilah aku menetap dan membesar.aku rindukan ia.


oh.manisnya sebuah kenangannn.

*terima kasih kepada syafiyah dan adzwin jelani kerana pinjaman kamera. : )
kamera : yashica MF2 dan lomo action sampler ( kamera film + expired film )
*nota kaki : semua gambar diambil pada tahun 2011.

8 comments:

  1. Siallah. Pui. (btw smart!)

    ReplyDelete
  2. uncle anas skang dh brjaye, terpapar name kt edisi jun 2011 the times front cover page...(btw lagu ngan jln citer nie sngt kene:D)

    ReplyDelete
  3. hek elee. dia boleh buat cerita zaman 80-an pulak dgn gambar lomo. hahaa.

    ps: muka amin jabar tak berubah kesengalan -.-

    ReplyDelete
  4. terima kasih semuaa : ) mmg aku dah tua pon. ekekekeke. ni guna kamera lomo je.aku suka efeknya : )

    ReplyDelete