Sunday, July 31, 2011

this is why i love analogue #4

salam alaik

camera : LOMO sprocket rocket
film : kodak colourplus iso200

the sprocket holes effect.iphone or android applications have a lot of application of retro and analogue style photos like using sprocket holes border and etc.we just can simply download it on internet.and there is vast application of toycam.retro.extra vignette.extra saturation.but those applications unable to give me this.

 double cuteness.
 signboard of face and fixie.
look carefully.my mom and bro are there!

the combination of wide angles , multiple exposure and sprocket hole effects.all in one.cute and simple toyish lomocam can give me this. :) 


dont think just shoot!

Friday, July 29, 2011

khairul fahmi che mat.

salam alaik.


si jejari runcing mesti bangga gila ada abe yang suka melompat kiri kanan atas bawah save bebola dari masuk gawang macam khairul fahmi che mat.semalam waktu abe khairul melompat lompat.side dewan makan bahagian perempuan kolej gua berteriak ketiak sakan.hamboihh.waktu safee sali bawak semua senyap.double standard betol budak2 perempuan nih.

kalau abe apek takda depan gol Malaysia semalam.gua rasa Singapura dah kenduri gol dah sambil buat bentuk L loser kat fan malaysia.biadap punya kapten singapura.tuihhh.

to singapore part time football player and full time actor , tahniah singapura.saya dengan ini mengaku.anda memang power.power sangat-sangat.power dalam melakonkan aksi rebah dan perot buncit sampai tak larat untuk di papah.hasil didikan radojko avramovic di universal studio selama berbulan-bulan membuahkan hasil yang positif.nampaknya player-player singapura memang sudah boleh dicalonkan dalam anugerah planet muzik bagi kategori atlet paling kurang vitamin dan serat.

to malaysian player.anda sudah buat yang terbaik.anda hanya manusia yang dipanggil masuk ke dalam padang untuk berkhidmat.lebih kurang macam khidmat negara juga la.jadi kalau anda main dengan teruk pon.bukan salah anda untuk di masukkan.dan dikutuk kerana pakai jersi no lapan kapten tapi aksi kurang menggiurkan.tapi salah jurulatih yang masukkan anda.tapi tak boleh salahkan jurulatih juga.jurulatih lebih tahu dari kita.tapi sepatutnya anda guna peluang di atas padang untuk merembat bola ke arah striker buncit singapura tu sampai dia lemau dan lemas.

to malaysian fan.first gua harap smalam takda kes kunci tertinggal dalam kereta dan kereta terkunci dengan sendirinya.dan bajet macam kunci hilang padahal kunci dalam kereta..dan lepas tu sibuk ari kunci dalam stadium sampai lampu dah tutup.macam.err.macam gua.harharhar.ok.gua salute korang! sanggup beratur pada hari game dari pukul 9 pagi untuk tunggu tiket yang tak kunjung tiba sebab dah sold out hari sebelumnya.agak pelik jugak lah anda masih lagi beratur.gua rasa semalam ialah euphoria terbaik penyokong malaysia.tapi gua still tak puas hati kenapa awek2 yang pergi stadium semua hot2?ok.abaikan.to fan.jangan jadi lalang sudah.waktu menang sokong.waktu kalah busuk mengutuk.tuihh.

to singapore fan.terima kasih kerana menyokong timnas anda yang berasal dari bosnia , china dan yugoslavia.jangan lupa makan rambutan di malaysia dan jangan panggil ia sebagai laici singapura ya?

to khairul fahmi che mat , anda ialah penjaga gol terbaik pernah aku saksikan dalam sejarah negara sejak tahun 1992 sebab waktu tu baru aku lahir.kih3. walaupun brader syamsuri mustafa pernah skor gol lawan vietnam sebagai  keeper.tapi anda paling mantap.terbangan anda.refleksi anda.muka korea anda.gaya rambut anda.cara menangkap bola.dan skill muka ketat sampai striker singapore kecut perut buncit.gua respek lu.gua admire lu lah apek!

gua search nama khairul fahmi che mat diving.ini yang gua jumpa.

mungkinkah ini khairul fahmi? kekeke.

sementara itu,

aku benci brader buncit boroi nombor 11 ni.tuihh.

to FAM.silalah lagi anjurkan perlawanan sarkis sebagai persiapan  kelayakan piala dunia.singapura sebelum menentang malaysia serius adakan friendly match dengan timnas taiwan dan maldives and etc.malaysia sibuk dok entertain peminat kelab luar.damn.last2.apa pon tak boleh.nak kata timba ilmu.memang ada.tapi kaut untung lagi banyak dari pengalaman.tuih.


p/s : post ini dibuat sebelum khairul fahmi mengumumkan pembatalan ikatan pertunangan beliau dengan kak jejari runcing.

Wednesday, July 27, 2011

roar.

gua bengang lah dengan lu orang duk kutuk-kutuk bro2 gua yang atas padang tu.bukan nak support.entah2 lu orang sepak bola pon tak kena -adik Syarkawi-5 tahun.

salam alaik.

daripada lu orang patriot2 pakai baju warna merah lepastu kononnya turun jalanan nak buktikan majoriti senyap dan protect negara.tunjukkan patriotik sebenar dengan support team negara malam esok lawan negara singa.sedap kutuk di mulut berbau.bila menang sorak seribu.bila kalah diam membisu.peminat lalang.zaman berzaman.

esok gua nak pakai jersi malaysia lepas tu duduk depan tivi dewan makan kolej gua.harap2 dewan makan serve makanan mantap2 sikit selain dari roti abdul perisa kek yang gua dah jemu dah dari sem 1.

gua oposisi.tapi gua sayang negara gua.apa da hal?bai de wei.


well said.seriously.tehee.


p/s : photos using zenit TTL.

salam perantauan tahun ini.

salam alaik.

sudah setahun aku meninggalkan bumi Malaysia.rindu rasanya ingin berpuasa di sana.ada bazar.satey.ada dadih.ada nasi kerabu.ada murtabak dan semestinya ayam percik.tapi apakan daya.demi mengejar cita2.aku pasrah.
suhu sejuk tidak mematahkan semangat untuk bergambar.credit to AMIN JABAR.

"Selamat berpuasa dan selamat hari raya ditujukan khas buat kaum keluarga di Kepong , Kuala Lumpur .Rakan-rakan di seluruh Malaysia .buat guru-guru sekolah kebangsaan taman ehsan.sekolah menengah taman ehsan dan sekolah menengah sains seremban dan semua yang mengenali diri ini.selamat hari raya! maaf zahir dan batin dari .err.dari.err.dari Seremban nogori sembilan.

*bangun dari tidur dan study.tidur dalam kelas math macammana nak felai?

p/s : gambar zenit TTL 1980.

Tuesday, July 26, 2011

bila di sekolah dulu part #3


.tengok locker budak sekolah lelaki.mantap kan?

salam alaik.

dulu waktu aku di sekolah lelaki lelaki maskulin jantan bersuara besar , aku makan sebanyak enam kali sehari.kalau termasuk kantin dan projek maggie malam buta.aku rasa lebih kurang lapan kali sehari.memang kuat rutin makan aku setiap hari.

tapi apalah sangat di expectkan dengan makanan asrama.lagi-lagi kalau hari tu dewan makan serve ikan.ohhhh.melankolik.dengan kecukaan muka makcik dewan makan yang langsung tak mesra.dan bajet cun tenyeh lipstik dekat bibir dan sangat kedekut bila budak mintak tambah padahal lagi lima minit je dewan nak tutup.memang sayu.

ini port tetap karipap sardin kantin di kelas gua.gua rindu karipap along!

dan hari hari yang dewan makan serve ikan tongkol dan ikan paus barangkali.lebih keras dari bola kriket sampai kucing pon tak lalu nak makan.oh.sayuu.tapi apalah sangat nak demand lebih2.bila lapar sumbat saja.waktu bulan puasa pon best juga.sekolah aku lain sikit dari sekolah2 lain.biasanya orang makan lepas tu baru sembahyang maghrib.dekat saser , waktu azan ,telan la dua tiga kurma lepastu terus semayang maghrib.dan lepastu wirid pendek dan lepastu sambung solat hajat.lepastu baru boleh makan.

waktu aku form 4.brader form 5 akan buat announcement,"form 5 boleh keluar , form 4 tunggu dulu! " dan sebaliknya jadi bila aku form 5.lari macam haram.sebab nak dapat spot terbaik dan bahagian ayam terbaik.makan dekat saser style lima orang kongsi satu tray.bila dah lapar.perut pon jadi dajal.ambik bahagian  orang.lagi2 form 4.kih3.lepastu form 4 datang dgn muka sayu.kuyu.makanlah apa yang ada.bekas2 senior.kih3.tapi takdalah senior kejam sangat.

dalam banyak2 makanan yang dewan makan serve.aku paling enjoy makan sarapan waktu2 menjelangnya spm.time tu sekolah sponsor telur separuh masak dua biji sorang dengan roti.operasi memecahkan telur memang macam main cabutan bertuah.ada luck dapat la telur separuh masak.kalau luck kurang sikit dahlah telur rebus.kalau dah takda luck langsung dapat lah telur mentah.lepastu show off depan form 4 sebab form 5 je yang dapat speciality telur ni.almaklumlah senior. : D

telur separuh masak paling sedap di makan di dalam kelas.  (tengok alas meja sekolah lelaki.lagi cantik dari sekolah perempuan. kih3)

bila dah masuk kms.rasa lah sikit kenikmatan makan sedap.tapi sesungguhnya pengalaman yang paling diingati dalam hidup seseorang ialah pengalaman pahit.tapi kena keracunan makanan selama seminggu memang over pahit! kih3

SASER STILL IN MY HEART.

p/s  : aritu waktu amik sijil spm kat sekolah , terasa macam dah lama sangat zaman sekolah berlalu.ingat macam baru smalam mendaftar form 4. kih3


klik untuk baca bila di sekolah dulu part 1
klik untuk baca bila di sekolah dulu part 2 

Monday, July 25, 2011

peshbuk.

salam alaik

post ini sekadar main2. bukan untuk mempromote.harap anda maklum.

18 minit.


10 jam.
semangsa.
ha.yg ni aku tak tahu dia mengaku betol2 ke ape.kih3
ketua mpp pon mengaku dia comel.

memang,bab pedajal orang.memang byk orang like.ahahaha.kalau ada post tazkirah agama ke.nak dapat dua like kena tunggu sehari. : P demn.

*ramai jugak like.menunjukkan bahawasanya mereka setuju yang aku hensem? harharharhar.

perasan perasan.
: P

Sunday, July 24, 2011

kuatlah kawan.

salam alaik

bagus jugak budak nama daus ni.sambil bagi semangat.dia kembangkan bahasa nogori.

waktu aku darjah enam dulu ,cikgu suhaila iaitu cikgu sains aku cakap kat kelas .sesungguhnya , apa yang awak usaha. itu yang awak akan dapat. sikit awak usaha.sikitlah awak dapat.lagi banyak awak usaha.lagi banyaklah awak dapat.katanya.

betul kata cikgu suhaila.dan ayat itu aku pegang sampai sekarang.tapi ayat itu mungkin juga tidak adil.kerana ,ada ramai orang yang berusaha keras , tetapi tetap tidak berjaya. kan? lalu dikatanya dunia ini tidak adil dan sebagainya.dan aku teringat satu lagi pepatah yang menyebut.

orang yang menanam pasti akan menuai.

orang yang berusaha , lambat macammana pun , dia akan tetap merasai nikmatnya berjaya. jika dia menanam pokok epal hari ini , tak semestinya dia akan dapat makan buahnya dalam masa yang terdekat ,tapi jika dia percaya dengan usahanya , insya Allah , Allah akan membantu.

yesterday is memory , future is mystery and today is a gift ,thas why it is called the present. gagal hari ini tak bermakna gagal esok. dan berjayanya seseorang hari ini tak membawa apa2 erti untuk hari mendatang. tidak ada orang pernah merasa kejayaan tanpa kegagalan.  dan ingatlah. orang yang menanam , pasti akan menuai.biarlah lambat macammana pun.

kegagalan ialah nikmat yang tuhan ciptakan untuk buat kita lebih dekat dengannya. jangan bersedih kawan. la tahzan. biar kita penat jatuh awal-awal ini. dan kita bangun dan panjat balik dengan lebih cekal. daripada kita megah di atas dengan nikmat sementara dan jatuh gedebuk dari puncak ke tanah dengan teruknya.

la tahzan kawan. bukan senang untuk terima kegagalan .lagi2 bila akal kita dah terawang-awang dengan kejayaan. tapi percayalah.Allah itu maha adil.dia tidak akan memberi ujian tanpa sebarang hikmah.bila dia tarik satu nikmat dari kita.dia akan beri kita sesuatu yang lain.percayalah.

sama-sama bangun dengan cekal.dengan lebih kuat.dan balutlah luka dengan senyuman.Allah maha adil.

oh.sekadar ingin berkongsi tentang artikel la tahzan. silalah klik sini.

senyumlah macam teddy atas ni.biarpun dhimpit kegelapan.

Saturday, July 23, 2011

this is why i love analogue #2

salam alaik

this is why i love analogue. it give me a good composition of colour and soft texture of the object i snapped.the retro effect and the excitement of using it.really make me thirsty and hungry to snap more!

and please.please.please.dont label old vintage camera as only useless rusty metal with no function and esthetical value at all.stuff that you can simply throw it away.if you have one in your home.treat it.feed it.use it.and take a good care of it.you want to throw it? nooo.give it to me!ill treat it like son.although i didnt have one.teheee..love analogue.love film photography!love the world : )

anassaif,
analogue camera passionate.
handsome.tehee.

*all photos taken using russian zenit TTL 1980.

Friday, July 22, 2011

aku di tahun 1980.

salam alaik.

penat aku membelek-belek almari lama di rumah aku.dan ini hasil yang aku jumpa.


ini ialah tempat aku belajar ketika aku masih lagi muda di tahun 1980.kolej mara seremban.ketika itu , kolej ini antara kolej paling muda dan bergaya.dengan bangunan yang kukuh dan tersergam indah di jalan aminuddin baki , kawasan orang kaya-kaya di seremban.

aku antara pelajar awal di Malaysia yang berpeluang mengambil Alevel . 1980 , zaman itu masih lagi jadi zaman pandang timur ,jadi apalah sangat pengajian Alevel di Malaysia.


ini zulfadhli , teman karib aku waktu zaman muda di 1980. bergaya seluar pendek nafsu anak muda .gambar ini dirakam ketika aku dan dia ingin bercanda di bandar Kuala Lumpur.keberet.dan dataran menjadi tempat lepak2 kami.


oh ya. sebelum keluarnya saga pertama pada tahun 1985 , inilah tunggangan aku. model mini cooper warisan turun temurun keluarga sejak merdeka lagi.sangat berjasa mobil ini.


dan vanette keluaran 1972 lama ini merupakan satu-satunya kenderaan kolej ketika itu.dan di kolej itulah aku mengenal macam2 ragam manusia.dan photo2 mereka masih aku simpan hingga kini.







semuanya kini berjaya di tahun 2011.ada kereta dan isteri besar.rumah besar.dan syarikat besar.dulu belajar dan khatam bersama-sama aku di kolej mara seremban.

oh ya.


dan ini belaan aku waktu zaman muda-muda dulu.bobi namanya.dan selepas 20 tahun pemergiannya.foto ini masih abadi dalam kenangan.

dan aku?


hanya ini foto yang ku jumpa.maaf.ini gambar zaman muda tahun 1980.masih comel lagi ku kira. : ) dan kini selepas kira2 20 tahun kenangan dalam fikiran.ada juga memori yang tersimpan sebagai foto foto kenangan.

oh ya.dan di bawah ini sedikit foto2 teman2 seperjuangan yang kini sudah berjaya sebagai manager besar pada tahun 2011.





dan pada tahun 1980 , disinilah aku menetap dan membesar.aku rindukan ia.


oh.manisnya sebuah kenangannn.

*terima kasih kepada syafiyah dan adzwin jelani kerana pinjaman kamera. : )
kamera : yashica MF2 dan lomo action sampler ( kamera film + expired film )
*nota kaki : semua gambar diambil pada tahun 2011.

Wednesday, July 20, 2011

#sayangi negara anda.

salam alaik

hey kamu orang-orang yang selalu melabel haluan kiri ini tidak patriotik.podahh.
salam alaik.

jangan takut untuk membaca pendapat aku tentang politik.niat aku bukan untuk mempengaruhi.cuma tulisan hati.

ketika ini , meletup bombam isu patriotisme. isu support negara. penting untuk ditekankan kat sini ialah kita haruslah patriotik kepada negara dan bukan kepada pemerintah.di luar sana , ada segelintir rakyat yang menjaja soal keamanan dan kemakmuran serta tidak lupa nikmat kemajuan untuk bersifat patriotik terhadap pemerintah dan bukan negara mereka.katanya negara ini sudah aman dan makmur.jangan cemar dan calarkan.penting untuk kita ingat bahawasanya kemakmuran dan keamanan ini bukanlah seratusperatusnya hasil pemerintah.pemerintah lawannya pembangkang.dan harus diingatkan janganlah sesekali dilabelkan katnaya sebelah haluan kiri ini tidak patriotik.yang kerjanya mencemar dan mencalar.wajarkah dilabelkan begitu?oh tidak.

ada segelintir tubuh memuntahkan hujah melabelkan orang haluan kiri ini tidak patriotik kerana mereka sanggup gadaikan jalanan.dan sanggup buat sesak jalan.sanggup merusuh.itu istilah utusan malaysia.sanggup menjadi beruk jalanan kata seorang ahli pertubuhan melayu bersatu.namun dia kemudiannya turut berada di jalanan.jadi oleh itu.mereka tidak patriotik.sedih sungguh.orang yang sanggup turun tanpa paksaan berada di jalanan membawa jalur empat warna hanya untuk meminta dan merayu penambaikan untuk pilihanraya negaranya digelar penderhaka dan layak dilucut warganegara.tidak patriotik katanya.sadis.mungkin jika seseorang itu patuh dan menjadi pak turut pemerintah.hidup dengan cara normal.ketika itu dia digelar patriotik.

sadis untuk si pelabel.yang dangkal pemikirannya.
dan lebih sadis untuk si pembaca.yang membaca dan mengambilnya bulat2.

sayangi negara anda. : )
sokonglah harimau malaya. : P

p/s : patriotisme juga membuatkan jiran serantau bertikam lidah.sampaikan yang islam mencaci islam.hanya kerana negara.berdekah agaknya penjajah.

ketagih


salam alaik.

analogueaddicted!

Tuesday, July 19, 2011

kembali.

salam alaik

kami bukan budak RMC.kami sekolah lelaki sejati.

*sorylah gua letak lagu barney and friend sebagai halwa telinga.tak salahkan? kih3

kadang-kadang , dalam kehidupan , kita akan tinggalkan sementara apa yang kita sayang dan kita suka.kadang-kadang untuk pengorbanan dan selebihnya pembaharuan.tapi selepas seminit dua dan mungkin sedekad tiga.kita akan rindu.dan kembali.

ya.manusia mudah bosan bukan.kalau dah buat benda sama sehari hari sampai mati.memang lah akan botak kepala.tapi kalau kita tinggalkan kejap apa yang kita selalu buat .mesti lama-lama dia akan rindu dan nak kembali balik ke masa itu.

sekolah.contoh mudah yang tuntas dan pantas.dulu masa zaman bertie berkasut putih kapur dan makan karipap kosong tiga seringgit.mesti terdetik dalam hati membilang tahun-tahun yang kena dilalui untuk mengkatamkan buku sejarah tingkatan lima dan pendidikan jasmani.membilang-bilang hari nak buang baju sekolah dan gunakan baju sekolah untuk tandatangan kenangan kawan2.sambil buku-buku bolehlah diterbangkan ke adik-adik kecil yang amik PMR.

tapi.bila zaman itu lepas lalu meninggalkan hari.baring-baring manja kita mesti akan terbawa ke masa silam.mengingatkan kembali betapa hensemnya ketika di sekolah lelaki. mengepau junior dan dipau senior.kaedah-kaedah meniru hasil kerja kawan dan kaedah mengorat budak-budak sekolah lain dengan mesra dan bersih.

ya.manusia memang begitu.
ya.manusia memang begitu.

dan kini aku kembali.kembali mengatur jari-jari ini.dan kembali mengelakkan laman sesawang ini terus bersawang.

: )
nama : hariri manor
status : playboy
hubungan : kawan sestudy dan semaggie

kalau dulu.dia lah yang selalu teman gua study tepi padang malam-malam.open maggie lima paket sambil gelak dekah-delah.lepak dengar luahan gua.gua lepak dengar cerita dia.bunyi macam gay.tapi taklah segay mana.kah3.teman gua dua tahun survive dekat sekolah lelaki sejati tu.

dan bulan lapan nanti.dia terbang dulu.ke kanada dibiasiswakan tenaga nasional.kurang ajar.setadi sekali.tapi felai dulu.dan mungkin bila ingat balik macammana dulu sama-sama struggle untuk SPM dan kini dia akan pergi dulu.maksud gua terbang dulu.buat gua bangga dengan lu ari!

Thursday, July 14, 2011

the legend is back.

salam alaik.


borhan hilang waktu minggu orientasi pelajar-pelajar baru sebab dia cakap sorang pon takda yang boleh fight kecomelan dan kehenseman budak senior.kih3.

Tuesday, July 12, 2011

viva.

salam alaik.

congrates to all activists that really dare to step in kuala lumpur for the walk of democrasy.voice is the only weapon you bring but you are treated like extremist and terrorist by the polices.what do you shout for?for free and fair and better election for the future generation.but tear gas and water cannon welcomed you.to the world of democrasy.malaysian style.

let the world know what is meant by democrasy.again.malaysian style.

source  :aljazeera

Thursday, July 7, 2011

sasterawan pemancung.

salam alaik.
Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Sunday, July 3, 2011

zaman sekolah ialah zaman paling best.

salam alaik.

mari kembali ke sekolah budak2 sekolah mara seremban. kih4

grup orientasi gua yang skema masa minggu first dekat KMS. kih3

sekarang dah jadi senior dah semua. kih3

Saturday, July 2, 2011

this is why i love analogue. part #2

salam alaik

why i love analogue fotography? cause analogue photography can give me this!


a shot of multiple exposure.
combining two photos in one frame.
creating a special photo.of two in one.

hihi.sory nur amira syazwani. i paste u inside the chicken. hik3.