Monday, May 31, 2010

picit jerawat sambil parking kereta pon best gak.

salam alaik.

hehehe.helo000.sebelum aku bermula.aku nak korang senyum.ok teruskan.post kali ini bukan mahu kutuk pemandu malaysia yg picit jerawat time parking kereta.ahahaha.ok.tinggal lagi 30 hari lagi aku akan menyemadikan kebosanan gaban ini di Kepong sebelum aku akan ke kolej.ehemm.kolej siot.ahaha.kolej MARA seremban.oh yeahh.teruja jugak.tapi biarlah keterujaan itu bermula disana.

seperti yang anda baca tajuk diatas.tentu aku fail kalau aku buat camni time test JPJ.ok lupakan.aku baru lesen L.baru nak belajar start enjin lusa pagi.ok.teruskan.hahaha.actually.dalam kebosanan ini.aku cari lah game2 yg pelik lagi fun.best jugak kadang2.yelah.aku ni bukan tangan jari atau kaki gamer.oleh itu aku juga bukan seorang player.jadi aku setia.eyh eyh.dah laen.ahaha.selepas menggoogling sana sini.so aku jumpalah laman web ni.dalam web ni.ada beribu ribu game yg hampeh tanpa sukses.so itu pon dikira game sebab kau nak pilih game yg betul best ibarat mencari lelaki straight di lorong haji taib.ok.so nilah game2 bangang yang aku jumpa.ahahaha.

1)game parking kereta.



korang selalu fail test JPJ parking?ahahaha.mahu mengisi bakat parking?maen game ni.wakakaka.

2)game picit jerawat.




korang da bosan picit jerawat sendiri?or takda jerawat tok dipicit bajet muka clean?try maen game ni.best maen picit2 ni.ahahahaha,

aha.amacam?game ni kalo maen slalu boleh jadi gila gak korang.ahaha.so best tak picit jerawat sambil parking kereta?ahahaha.tak pon korang leh cuba game bunuh2 lipas.mana tahu kat kolej persediaan or kat U byk lipas.or kalau korang pernah mengidam nak jadi sniper.leh jadi sniper.wakaka.game boxing bersama paris hilton ngan kanye westla.ouh tiada gambar.sebab aku kalah second round lawan paris hilton.gila loser aku.ahaks.ape2 pun.fun jugak website ni.hadoih.

ok.esok nak buat apa?

p/s :apehal aku da sangap lagu waliband ni. =.=

Saturday, May 29, 2010

nombor tidak dikenali.

penjual broadband celcom yang kebosanan.
salam alaik.

handphoneku berbunyi lagi.Trouble Is A Friend sebagai ringtone.baru hendak melayani lagu rancak ini,satu nombor tidak dikenali memanggil2 telinga aku.sudah lama aku tidak ketemu nombor yang tidak dikenali.masa zaman jual berukband dulu banyaklah.sekali lagi.nombor tidak dikenali memanggil.kerja jual berukband ni best.tapi itulah risikonya.orang akan kol memanjang.kalau kol nak satu lagi takpe.ni kol marah-marah.dan walaupon aku dah berhenti lama.customer dulu2 masih lagi kol.sayang betul mereka kat aku.kan3.

tepat sangkaan aku.pelanggan aku yang entah bila melanggan berukband dariku tiba-tiba kol.alah.sudah biasa.aku cool saja.mungkin dia mahu tambah satu lagi.atau tanya kabar aku.ahaha.sangkaan terlalu positif.mungkin dari 50 nombor tidak dikenali yang kol aku.cuma satu yang nak beli .lagi 49 tu cuma individu-individu yang baru lepas clash atau baru lepas kena buang kerja dan melepaskan kemarahanku pada aku.muahaha.itu tak kena.ini tak kena.aku tak salahkan mereka.aku pon pelanggan.tapi kadang-kadang.dorang marah tak bertempat gak.iyelahhh.nak guna tenet.modem pon tak cucuk kat lappy pahtu marah aku.salahkah aku?dah cucuk modem.lappy tak on.cane nak guna tenet?salahkah aku?nak guna tenet.dah cucuk modem and on lappy.install pon belum.salahkah aku?kadang2 memang betul salah aku.muahaha

pelanggan tadi marah-marah aku.sebab katanya dia nak terminate tetapi payah sebab celcom center dari rumahnya jauh.ohhh.salahkah aku?kalau aku boleh alihkan celcom center tu depan rumahnya.aku dah buat.senang.takyah marah2 aku.dia marah-marah cakap aku ni penipu.suka tipu orang.ohh.jadi kenapa kau kol penipu?terang-terang nanti aku akan menipu lagi kalau aku ni penipu.ahahaha.dia cakap lepasni dia dah taknak percaya aku.siapa suruh kau percaya aku.aku suruh kau sign up je.haha.aku sebenarnya kasihan dengan mereka.yalah.customer.mesti nak yang terbaik.tapi apa salah aku?huk3

pernah juga sorang customer ni kol aku sampai nak buat laporan polis.sama jua.katanya aku ni penipu.cakap lain.jadinya lain.hadoih.aku rasa sudah aku terang semuanya jelas2 tanpa berbelit.dia sendiri sign agreement lepas aku terangkan semua.ketika itu angguk2 saja.lepas beli.geleng tak berhenti.oh.lupa nak cakap.dia india.opss.tidak perkauman disini.hanya informasi.ahaha.opps lupa lagi nak bagitahu.customer yang kol td pon india gak.haha.

kerja ini banyak menambah kesabaran aku.aku still ingat ada sehari tu.aku rasa aku jawab 7 panggilan tak berhenti-henti.gila wehh.lepas satu.satu kol.lepas satu.satu kol.kena gak la layan.customer bukan tahu dia orang keberapa yang kol aku.janji masalah dia setel.bukan salah aku pon aktivation lambat.cis.sampai pada satu tahap aku fobia bila dengar lagu trouble is a friend.ahaha.memang tepat tol ringtone aku.

tapi disebalik aku asyik kena marah ngan customer,ada jugak akak2 dan juga abg2 yang baik.dorang hantar mesej bagi motivasi.buat kerja elok2.tapi aku lelaki.kalaulah aku ni si liyana tu.mesti dah byk orang topupkan aku.ahahaha.oh tiba2 aku rindu kerja ni.orang kat luar sana keji dan hina kerja ini.kata mereka kerja low class.aku tak salahkan mereka.typical malaysian.aku jua begitu dulu.tapi kalau korang dah kerja.korang tahu la best tak best.gaji pon lagi tinggi dari akak maybank yang kadang2 hidung tinggi lalu depan booth.eee.tension jep.

ouhh.tolong la jangan ada lagi nombor tak dikenali.ahaha.naseb baek dulu aku tak kena wakenabeb ngan member2 kerja yang berlakon jadi customer.muahaha.best weh.k la.lagi sebulan.ape nak buat???

p/s : gila best lawat SASER 2 hari lepas.SASER dalam kenangan.terima kasih diatas jasamu!ouh lupa plak aku gi skodeng KMS malam tu.yang aku nampak cuma new zealand lagi 6800km.ahaha

Friday, May 28, 2010

32 hari lagi.

salam alaik.

32 hari lagi.
bosan.
ada idea?
mari.
aku bosan.
oh.sekian.

p/s : Nur Amira Syazwani.goodluck dear! i know u can be a nurse,oneday.insya Allah.amin. =)

Tuesday, May 25, 2010

aku sumpah sedih gila.


salam alaik.

mungkin hati merah yang allah beri ini sudah lama tidak sedih dan melankolik sebegini.hari ini.ianya kembali,menyentap merentap boleh kata kegembiraan yang aku sambut seganjil hari.aku sedih.aku sedih.jika kau baca ini.sumpah aku tengah dalam kesedihan.

Sekolah Menengah Sains Seremban.tak ramai kenal sekolah baru ini.SASER?ape tu?sekolah agama seremban kah?ooo.bangunan SDAR lama.baru kenal.ingat lagi ketika membeli cendol di ampangan dimana abang cendol tanya aku dari skolah mana.SASER ni apo dek?sekolah mano ni?tak ponah dongar pulak.yiah.tidak mengapa.tidak perlu publisiti sana sini.tidak perlu nama gah orang kenal.cukup sekolah ini membuktikan dengan pencapaian.oh.guru-gurunya amat dedikasi.aku hanya berjumpa serupa itu di SASER.berkejar ke sekolah pukul 6.00 pagi.semata-mata mahu mengajar pada subuh hari.dan meninggalkan anak isteri suami di rumah pada malam hari hanya utk berkongsi seinfiniti ilmu.mengorbankan cuti hari minggu sabtu dan ahad untuk ke skolah.tanpa guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat,tidak lahirlah apa yang ada pada SASER sekarang.tapi kini.tiada lagi sains seremban.

aku sedih.sekolah ini bakal ditukar nama.tidak lagi kedengaran agung sekolah menengah sains seremban yang digerunkan lawan.SASER mungkin tidak lagi kedengaran.sekarang ini sekolah menengah sains tuanku mukhriz pula.sedih sedih.kenapalah ditukar nama.penat guru dan pelajar mengerah keringat untuk menjadikan SASER apa yang orang kenali sekarang.tiba2 ditukar nama.

mungkin orang pelik kenapa pula aku harus bersedih.sekolah itu tetap sama.guru nya masih sama.bezanya penuntut yang silih berganti.dan nama sekolah yang ditukar.tipu aku tidak sedih.kenangan yang selama ini aku abadikan 2 tahun disana.hanya tinggal sejarah.10 tahun lagi.tiada lagi nama sains seremban.SASER yang gah di atas.aku tidak tahu bagaimana aku harus ekspresikan melankoli ini.tapi ternyata.aku sedih.

dalam kesedihan ini.aku bangga.generasi ke tujuh dimana teman dan taulan aku yang bersengkang mata selama ini akhirnya berjaya melonjakkan nama sekolah ini ke tempat teratas.akhirnya sains seremban itu berada di puncak.puncak antara semua.mungkin buat kali terakhir.tapi aku bangga.selepas ini tiada lagi sains seremban.tiada lagi SASER.kami yang terakhir.RAKSASER.

tidak mengapa.aku iringkan doa ini agar sains tuanku muhkriz ini serupa saser.dapat diulang kejayaan yang SASER ada.tapi biarlah SASER tetap SASER.tiada ganti.

AKU SAYANG KAU SASER.

in memory of saser.
2002-2010
8 years of victory.

SASER NAMAMU TERATAS.
TAKKAN SASER HILANG NAMA.
anas saifuddin.
ex saserian.
0809.

Monday, May 24, 2010

0.o"

salam alaik.

ramai yang dah masuk asasi.facebook tidak lagi semeriah dulu.myspace apatah lagi.lagi2 friendster.ahaha.oh ye .kolej mara seremban.eceh.lagi sebulan je pon nak masuk.bukan esok lusa.akan keluar dari mulut sesiapa sahaja bahawa masuk ke kolej ini memerlukan persiapan mental fizikal dan juga kasut sukan untuk beriadah.oleh itu, aku harap sangat aku takkan jadi macam2 gambar2 dibawah.

eww.aku tidak mahu pakai spek mata macam ini kerana terlalu lama study.dah mcm uglybetty da
aku akan cuba menghindarkan muka begini ketika exam.ahahaha

err.ahaha.aku harap aku tidak akan kehilangan gigi akibat terlalu khusyuk study sehingga lupa memberus gigi.

AHAHAHA.kata serak.A level tu mudah.soalan memang mudah kot.jawapan je susah.tidak mengapa.ramai mengeluh situ sini sana.ini tak kena.itu tak kena.aku taknak masuk sini.takbest.bla.bla.bla.hey!atleast kau kena bersyukur tuhan bagi kau peluang.ramai lagi kat luar sana yang berguling-guling kecewa kerana tidak dapat PELUANG ini.kau sudah ada digenggaman.gunakan sebaiknya.aku tidak mahu menuding jari sesiapa.kerana aku takut jari ini akan tertuding ke muka sendiri.yiah.aku juga begitu.aku tidak sempurna.tapi kini aku sedar.kata mereka.mereka mahu KMB.KMB terbaik.bla.bla.bla.oh kawan.fikirlah rezeki yang sebondong ini tuhan beri.retilah ucapkan alhamdulillah.jangan hanya mengeluh dan mengalah.

sekadar peringatan.sekian. :D

Friday, May 21, 2010

masak lomak lagi.

baru belajar snipping2 ni.jeles tgk sam asyik buat.ahaha.tengs afar!
salam alaik.

hey ho! alhamdulillah.tidak terhingga aku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang berharga ini kepada aku.penantian suatu penyeksaan.alhamdulillah.penantian yang membawa senyuman.

KOLEJ MARA SEREMBAN.
A-LEVEL ENGINEERING.
MARA SCHOLARSHIP.

aku baru je pegi buat akaun Bank Islam dan membunuh stem di pejabat hasil. jantung dah tak dapat menahan lagi. siyess. aku tak pernah rasa berdebar drebar macam aku tunggu result scholarship ni. gile laen feeling diaa. sesampai nye rumah , aku terus mengonlinekan diri dan menunggu dgn penuh sabar.kalo korang nak tahu setiap hari sebelum semayang subuh aku bukak web MARA dulu nak cek walaupon peluang untuk ada amat tipis.

akhirnya jam 1600 bak kata adam,penantian berakhir.dapat jugak aku tawaran ini.alhamdulillah.kepada semua yg dapat.tahniah kat korang! ada yg dapat 2 sekali macam mohamad hariri manor and nur liyana tu fikir la elok2 ok? ahaha.yg tak bernasib baik.jgn down.igt.Allah dah tetapkan yg terbaik untuk kita. rezeki ada dimana-mana.Insya allah.

weeee.masak lomak lagi la jawabnye.tambah lagi kepanasan 2 tahun aku di tanah Seremban.mmg berapi lagi la jawabnya sebelum aku dapat menghirup udara segar bugar New Zealand.ahahaha.dulu di Sains Seremban,kini di Kolej Mara Seremban.Alhamdulillah.

Nur Amira Syazwani,awk di Nilai.Saya di Seremban.weee.jodoh memang milik kita. =)

p/s : selamat berasasi kawan2 ku! aku doakan kejayaan kalian. ;)