Thursday, December 27, 2012

pengumuman.

salam alaik.



http://instagram.com/anassaif


p/s : kadang-kadang satu gambar pun sudah cukup untuk menzahirkan kisah-kisah hidup.

Wednesday, December 26, 2012

this is why I love analogue #13

salam alaik.

baru-baru ni aku melapangkan masa aku untuk pergi ke Kompleks Mutiara , Jalan Ipoh.Di situ , terletaknya sebuah klinik kamera yang dimiliki oleh encik Albert Cheah. tidak pernah sebenarnya aku pergi berjumpa dengan pembaiki kamera. lagi-lagi kamera lama atau kamera vintaj.

teruja sungguh melihat dia dan adiknya Mr Andy Cheah , tengah membedah kamera-kamera yang dihantar pelanggan. pergh.kalau lah gua ada ilmu-ilmu membaiki kamera , syok juga. paling-paling boleh buka bisnes kecil-kecilan .kah3.

mr Andy Cheah. adik kepada mr Albert Cheah. department film camera. kah3

* * * 

sebenarnya antara risiko bila menggunakan kamera-kamera vintage ialah risiko untuk menghadapi kerosakan pada bila-bila masa.yang paling aku fed up sekali ialah , timing bila kamera tu nak rosak , mesti timing yang sungguh cantik. hari event la , hari pergi trip la , hari-hari yang memang kau amat memerlukan kamera-kamera kau berfungsi dengan baik.

itu yang aku alami.sedih sedih.

* * * 

bak kata Mr Andy Cheah ni , "awak tak boleh jangka maa bila kamera itu akan rosak , anytime , any second, because itu barang sudah lama. sebab itu kena selalu servis ".

cewah ayat Mr Andy Cheah ni ada bau-bau marketing juga. kah3.Abangnya , mr Albert Cheah dah berkecimpung dalam scene baiki kamera ni sejak 30 tahun yang lepas , dan waktu aku datang tu , anak kepada mr Albert Cheah ni pun dah boleh repair DSLR.

kos nak repair satu kamera bukannya kecil , ibaratnya kau boleh dapat sebiji lagi kamera yang sama .tapi kamera baru itu tentu tidak dapat mengganti kenangan-kenangan dan nilai yang ada pada kamera lama , jadi sebab itu , masih ramai lagi yang sanggup membaiki walau kosnya tinggi.

nilai estetika bak kata orang-orang bahasa.

* * * 

bila berjumpa dengan orang-orang lama dengan kisah-kisah retro dorang membuatkan aku jadi lebih bersemangat untuk mendalami film photography. walaupun untuk permulaan , aku kena baiki banyak kamera-kamera aku yang rosak , kerana perangai aku yang rakus.

lol.

jadi jika korang ada kamera-kamera lama , mungkin milik family korang yang ingin di-repair , boleh la ke Cheah Camera Repair ,tingkat satu ,Kompleks Mutiara , Jalan Ipoh , dan cari klinik kamera ni di sebelah kedai DGcolor.

last but not least ,


The best camera is the one you have with you." - wise man

Tuesday, December 25, 2012

a step further.

salam alaik.

24 june 2010 , Tanjung Bungah , Pulau Pinang.

16 Disember 2012 , Strait Quay , Pulau Pinang.

berjumpa keluarga dia. makan malam bersama. dan aku bertukar dari seorang yang banyak cakap , menjadi seorang yang pemalu aww aww.

lol.

* * * 

semoga kita dapat berjumpa lagi. : )

countdown.

salam alaik.


hari ini sudah 25 Disember. lalu boleh la dihitungkan bahawasanya cuma tinggal kurang dari 7 hari kita akan meninggalkan tahun 2012.

bulan Januari 2013 pula ada 31 hari.

* * *
orientasi aku di University of Queensland bermula pada 18 February.bermakna seperti kata-kata senior ,InsyaAllah berangkatlah aku ke bumi Australia kira-kira seminggu atau dua minggu sebelum tarikh tersebut.

jadi kiraan mudahnya ialah , 7 hari bulan Disember + 31 hari bulan Januari + 8 hari bulan Februari = 46 hari.

* * * 

ya. lebih kurang 46 hari saja lagi untuk kaki aku bertapak di Malaysia. lebih kurang 46 hari saja lagi untuk merasa roti canai dengan kuah kari , nescafe ais , rojak , cendol , nasi lemak , dan apa-apa jua makanan Malaysia.

* * * 

lebih kurang 46 hari saja lagi.

-so close , but yet , so far-

                                                       perasaan? macam gambar di atas.

p/s : oh sedih pulak tiba-tiba.

Monday, December 24, 2012

cerita darjah satu.

salam alaik.

rare betul tie aku sorang warna merah.ehem ehem.

dah lama aku tinggal sekolah. kalau masuk tahun 2013 ni , kira-kira dah hampir 4 tahun juga meninggalkan bangku sekolah.zaman penuh cita-cita dan harapan.pergh.power betul ayat ni.

* * *
seperti sedia maklum,zaman sekolah ialah zaman dimana cikgu-cikgu akan tanya kita soalan paling penting dan mencabar pemikiran akal,iaitu "besar nanti awak nak jadi apa?" .soalan ni aku rasa soalan wajib tanya.cikgu-cikgu yang pergi kursus perguruan diajar untuk tanya soalan ini dengan nada yang betul.waktu itu ,disebabkan kita kurang konfiden untuk bercakap sebab gigi pun tak cukup lagi , kita taknak bagi jawapan yang pelik-pelik.lagipun kita memang diasuh untuk tiru jawapan kawan sebelah ,jadi bila sampai giliran kita untuk bagitahu cita-cita kita,kita cuma ada beberapa pilihan jawapan iaitu,

1) doktor.
2) polis.
3) tentera.
4) ahli bomba.

aku taknak ulas la pilihan jawapan kanak-kanak sekarang ,sebab sekarang ada pilihan jawapan baru iaitu,

1) artis.
2) retis.
3) penyanyi.
4) najwa latif.

didikan program tv betul.

bila difikir balik ,aku tak faham macammana kerjaya ahli bomba boleh jadi popular jugak ketika zaman sekolah rendah.sepopular profesion pegawai polis.kah3.mungkin kerana proffesion2 seperti itu mirip adi wira dan superhero.jenis kerja tolong orang yang dalam kebakaran,tolong jaga keselamatan , tolong tangkap orang jahat , kena pula zaman-zaman darjah satu ni ialah zaman cerita Power Rangers dengan Kluangman paling up waktu tu.Naruto dengan Upin Ipin tak wujud lagi.jadi aku dah faham ada logiknya juga budak-budak umur enam tahun macam aku dulu suka karier-karier yang berwatakkan superhero.nampak berwawasan dan mampu menambat hati awek-awek sekelas.

* * *

dulu aku ingat lagi masa aku darjah satu , dimana cikgu kelas akan tanya soalan di atas dengan harapan kanak-kanak macam aku ni akan ada la hala tuju di masa hadapan , tapi aku tak ingat pulak aku jawab aku nak jadi apa.

yang aku ingat ialah bila aku balik rumah , aku ternampak seorang pemotong rumput sedang menjalankan tugas di depan rumah dengan penuh bertenaga ,serius jugak dia buat kerja. siap pakai spek hitam.lalu aku masuk ke rumah dan tanya kakak aku ,

"kak , kerja potong rumput best tak? "

yang aku ingat waktu tu akak aku hanya gelak terbahak-bahak.boleh jadi jawapan pemotong rumput kelihatan sungguh rare dan diluar batas-batas budak darjah satu.

* * *

sebenarnya tak kisah pun kita end up sebagai apa , yang penting karier itu karier yang halal.dan tak buat naya kat orang. kalau jadi polis , jangan jadi polis pemberi rasuah. kalau jadi doktor , jangan jadi doktor yang jual ubat larangan.kalau jadi pemain bola , jangan jadi pemain bola yang kuat dive ,dan yang terakhir ,kalau jadi ahli politik , jangan makan duit rakyat, jangan manjakan isteri dengan wang dan cincin berjuta-juta ,dan lepastu bagitahu orang ramai , kita hendaklah hidup bersederhana! puih.

amboih yang last itu tiba-tiba serius.kah3

p/s : aku pernah tanya kakak aku , kenapa nama aku bukan Borhan? sebab waktu tu Borhan ialah watak utama KluangMan.

idea.

salam alaik.

            
apa kejadahnya orang masuk blog aku sebab nak tengok zakiah anas berkemban? lol.tolonglah sesiapa beri dia idea yang lebih menarik.

aku paling banyak idea untuk menulis sesuatu perkara ialah ketika aku sedang berak. waktu tu , idea untuk menulis mencurah-curah. banyak betul topik dalam otak. topik serius-serius politik. topik hipster. topik bagi nasihat ala-ala fazilah kamsah.topik-topik merapu.

tapi malangnya sesudah aku flush dan berlalu pergi ,topik-topik itu hilang bersama bau-bauan yang pekat.

* * *

jadi akhirnya aku stuck disini , tak tahu nak tulis apa-apa.

kembalikan idea ku jamban !