Wednesday, June 8, 2011

tuhan tolong kuatkan aku.

salam alaik.

bukan aku mahu pinta simpati dengan melahirkan post sebegini.
bukan aku mahu pinta belas dan kasihan dengan menulis serupa ini.
yang aku pinta hanya kekuatan.dan juga sokongan.
kekuatan untuk aku hadapi ujian.
dari tuhan.

kalau diturut hati ini.sudah lama aku menangis.
kalau ditenung sehari hari.sudah lama aku merintih.
kalau difikir fikir boleh buat aku luluh.dan jatuh.

aku hanya inginkan sekelumit kekuatan.
dan bingkisan sokongan.dari kalian.
dan aku tidak malu mahu merayu.
bertalu-talu.kerana aku takut.
takut untuk tidak berusaha.
dan menyesal.sesal tidak bersudah.

aku merayu sekali lagi.
tuhan.tolong kuatkan diri lemah ini.
tuhan.tolong kuatkan diri lemah ini.

teman.kawan.rakan.
aku merayu sekali lagi.
tolongkan doakan kesihatan ibunda aku .
yang masih lagi melawan penyakit kanser paru-paru tahap empat.
yang masih lagi kuat dan gagah untuk memberi senyuman.

aku merayu sekali lagi.
tuhan.tolong pasakkan kekuatan.
tolong.

aku merayu.

Tuesday, June 7, 2011

selamat tinggal cik putih.

PUTIH. terima kasih kerana melahirkan kucing yang comel-comel ye?selamat pergi.

salam alaik
ok.baru aku tahu yang rupanya blogspot punya post editor punyalah dah advance dan aku yang setart blogging dari form 3 ini yang ketinggalan zaman tak tahu. =.= ok.

siap boleh buat kaler-kaler lagi!

nah kau merah.
nak biru pon boleh.
kekekeke.

ok.ini betul2 punya baru aku tahu.
melankolik.

* * *

dulu.ketika aku masih muda bergaya .baru berumur 11 tahun. ada seekor anak kucing putih yang mengiau di bawah kereta iswara ayah aku.ketika itu hujan.dan rengekannya membuatkan aku simpati.lalu aku mengambilnya.dan akhirnya dia menjadi PUTIH.

PUTIH. dia seekor kucing dan juga ibu. ibu kepada banyak sangat anak. tak terkira.jika dikira umurnya pada tahun ini. dia dah boleh pergi ke sekolah kebangsaan di darjah tiga.usianya sudah sembilan tahun. tapi sayangnya. dia sudah pergi.dan tidak dapat lagi membelai dan mencium anak-anaknya seperti dulu. suasana yang membuatkan aku terfikir. jika seekor kucing boleh menunjukkan kasih sayang seperti ini. kenapa manusia kejam sangat?

dan ya. aku baru. dia baru pergi .PUTIH. kau kucing hebat. terima kasih. terima kasih. : )

Monday, June 6, 2011

kenyataan.

salam alaik.

ianya sebuah kenyataan.dalam drama melayu atau sinetron jawa mahupun filem tamil padiapa.bila seseorang watak dalam kritikal.maybe kerana kemalangan terjatuh pokok kelapa atau lemah jantung mahupun diliwat.keluarga terdekat akan berkejaran mencari doktor lalu bertanya.

"doktor,bagaimana peluang dia untuk sembuh doktor?"

doktor yang bebal dalam drama2 berkenaan kebanyakannya menjawab.

"(mengeluh) peluangnya tipis , dia hanya ada tiga bulan untuk hidup"

lalu berteriakan sakan keluarga si pesakit. meraung bagai nak rak . menatap meratap kerana si pesakit katanya ada lagi tiga bulan untuk hidup . diiringi lagu2 cina mati . mereka pon menangis kerana tak dapat terima kenyataan yang dia ada tiga bulan untuk menghela nafas.benar.bukan dalam drama sahaja.kalau berlalu dalam realiti.akan terjadi jugak scene2 macamtu.

tapi aku terfikir. adakah mereka yang menangis ini konfiden yang mereka akan mati lama lagi.lebih dari tiga bulan?lebih dari hayat pesakit. dan dengan confident berfikir bagaimana mereka akan hidup tanpa orang tersayang yang akan pergi lagi tiga bulan.adakah mereka tak pernah terfikir yang mungkin seminit dua lepas mereka menatap meratap.mereka yang pergi dulu?

mati itu sesuatu yang pasti.mati itu paling dekat dengan manusia.tapi kematian itu tidak ada tarikhnya.kan?bukanlah aku alim agama sangat.semua orang pun tahu.baru aku terfikir dalam-dalam yang kita boleh pergi bila-bila masa.seminit dua lepas aku menaip ini.mungkin aku tiada lagi.

kan? jadi point yang aku cuma mahu sampaikan ialah mati itu bila-bila.bukan bila dah dalam accident baru nak dekat dengan mati.or bila dah tua baru mati menjemput.or bila dah dalam penyakit kritikal maksudnya memang dekat benar dengan mati.tidak.bahkan kita yang sihat ini mungkin pergi dulu..mati ketawa tengok raja lawak sewaktu sihat walafiat.mungkin.jadi.jangan putus asa kawan-kawan.selagi hayat dikandung badan.berdoalah dan terus berdoa.Allah maha mendengar.

aku merayu kepada semua yang membaca agar mendoakan kesihatan ibu aku.dia masih dalam keadaan kanser paru-paru tahap empat.bunyi macam gerun.tapi itulah kenyataan yang aku kena tempuh.sudah enam bulan dia melawan.tolong doakan agar penyakitnya disembuhkan.


anas nak mak senyum macamni lagi. : )

Sunday, June 5, 2011

tribute.

oke.jangan pandang lama-lama.nanti imej buaya akan keluar di skrin.
salam alaik.

post ini berorientasi normal.bukan bi atau gay.lesbo jauh sekali.

dulu zaman sekolah laki dekat saser.aku ada seorang kawan baik.kawan yang dulu selalu teman aku study malam2 tepi padang.sambil story mory pasal awek dia.awek dia sorang lagi.dan sorang lagi awek.dia juga kawan baik yang paling hot di sekolah jiran tunku kurshiah college.dikhabarkan kat kolej tu ada kelab peminat dia.kelab yang mengisi kokurikulum mingguan budak TKC.hihi.gurau.tapi memang dia buaya.eyh.manusia.

kalau kelab peminat itu ada.maka nama kelab peminat itu akan jadi kelab peminat Hariri Manor.orang kata muka dia jamban.eyh.jambu.aku akui.selalunya .dalam geng2 hotties sekolah dan geng skirt pendek bajet comel.akan ada sorang muka yang spoil dalam group tu.tapi kalau group 24/7 ada pengecualia dimana semua muka spoil kena acid.kalau adalah group hotties tu disekolah aku.maka muka spoil dalam group tu ialah aku.sebab hariri si kawan baik aku ni. orang kata hot.orang kata ye.bukan aku kata.

dia pandai.dia bukan budak petaling sosial2 tapi tak jaga pelajaran.muka?huh lagilah dia jaga.body shop .smart shop. semua dia pakai. perempuan? arie tak layan perempuan. dia layan perempuans.tengok bawah katil dia.tak percaya pergi saser.bawah katil dia ada gambar perempuans. budak cheer leader ada. budak brass band ada.kalau dah nama hariri manor.muka jambu.awek kena kasi jaga mutu.

disebalik kesetiaans dia.hariri selalu kena tinggal dengan perempuan.aku pon tak tahu apa masalah dia.muka dah hot.badan dah tough.belajar pandai.pengawas.exco disiplin lagi tu.komander jepam.apa lagi awek-awek nak.tapi awek-awek dia selalu curang dan berlalu pergi.dan pada aku lah dia mengadu. natasha evans. lisa voxx.. nora elmira . farra dato kamal. dan macam-macam lagi nama myspace bajet hot dia lantunkan dekat aku. aku pendengar setia.sebagai kawan baik.aku ada nasihat untuk dia. jangan risau arie. kau memang dilahirkan untuk gay. kih3.

post ini tribute untuk dia.bulan lapan nanti.dia akan terbang tinggi. ke kanada . yah.dan seorang lagi kawan baik aku akan terbang.meninggalkan aku kepanasan selama setahun lagi di seremban.

to hariri manor.gua bukan gay untuk gua cakap gua pon rindu lu.ewwww.

bukti gua turun dewan makan dulu tapi kecewa dewan makan serve pokeball
bukti gua dulu tekun study.kah3
bukti budak kalau dah pandai.sumbat maggie pon tak apa.

* * *
itu gambar dulu-dulu.ketara sangat beza gua dengan arie.sekarang dah tak ketara dah.kah3 berdekah.nak stalk dia pegi facebook cari muhammad hariri.wadepak. aku dah macam mak ayam. =.=

hariri manor.semoga sukses.

Saturday, June 4, 2011

bukan ayat tumblr #1

zenit ttl 1980.

"in life , you will find a condition by which normal angle is not enough. ordinary is not in mind imaginary. you will try something different by doing the same thing in different ways. sometimes you fail and fall.sometimes you gain something from pain.

critical angle teach you.that bravery is true lesson of life.only a few people are brave enough to take different path.which is the critical angle.and the dominant continue in the same path.take ordinary picture.of life.whatever angle you take.the picture is still the picture.but the satisfaction is the one that differ these angles.

either you satisfy with what you get.or if you dare to be in critical angle and test the luck.
goodluck. :) "

Thursday, June 2, 2011

cerita komuter pukul lima.



salam alaik.

tribute to ibu gagah yang mengandung entah berapa bulan mengharap belas tempat duduk tapi terabai.

cerita komuter pukul lima.dilatarkan pada waktu orang duyun2 macam semut pulang petang.habis cari gula penat2 balik sarang.bukan semut tapi orang.keluar dari lubang-lubang konkrit pekerjaan.bawa rezeki balik pulang.waktu itu komuter macam haram.mampat serupa iklan milo.aksi padu yang mampat maksimum.bezanya wataknya bukan ahli sumo berbaju hijau.tapi pekerja2 yang lemah layu hirupan aircond pejabat dan tak lupa ibu gagah yang mengandung entah berapa bulan.

kaut untung kaut untung.itu sahaja kerja engkau.panjangkan stesen ke utara timur sampai sg gadut ke batu cave nak buktikan kemajuan.tapi komuter tetap lembab.tetap tak tepat masanya.tetap panas separuh masak telur.dan tetap mampat sendat. dan ini cerita komuter pukul lima.

pintu tren karat dibuka dan dgn sekali nafas manusia manusia sudah penuh berada dalam solid state dengan beberapa insan bernasib baik dapat duduk dengan tenang . menghadap insan2 majoriti kurang bernasib baik yang tersangkut menghela nafas bangla dan satu dua myanmar.yang duduk ada orang dalam dan org luar.kadang2 berapi juga tengok si myanmar dan vietnam duduk selesa manakala rakyat sendiri terhimpit.tapi apa boleh buat.duit sama2 melayang.dan terbang.

yang termampat tak kira jantina tinggi dan tua , kaya dan papa. mengajar manusia bahawa bila masuk komuter.semua golongan jadi sama.sama2 merana.bagus juga ktm.ada pengajarannnya.tak lupa ibu mengandung entah berapa bulan yang mulanya kuyu layu membanting kaki mengharap belas orang yang duduk memberi simpati.

jadi mulalah semua yang duduk memandang ke kanan dan kiri .berlakon tidur dan bermuka dua kali layu dan menjerit dalam hati.aku pon letih menanggung.maafkan.yang berhimpit di tengah pintu juga tidak lupa.paduan suara akan kedengaran bila pintu dibuka.ayatnya cuma sama.bagi yang dalam keluar dulu! bagi yang dalam keluar dulu! berharmoni dalam melankolik.kementerian pendidikan selepas ini bolehlah mengkaji untuk memasukkan adab menaiki komuter dalam syllabus sivik.ajar sedikit orang yang diluar erti kesabaran.kesabaran untuk sama2 merana berhimpit di dalam.

ibu mengandung tadi masih kekal berdiri.memegang perut mengharap empat kali simpati.dan wajah berlakon tidur bersilih ganti.masih.tidak ada yang mengerti.pintu komuter terbuka lagi.dan seorang lelaki melayu membangunkan punggung hangatnya. dan ketika itu.baru ibu mengandung tadi berasa nikmat duduk dalam kesempitan udara.

stesen demi stesen.orang mulai reda.reda untuk 24 jam sebelum mengulangi karma pada esoknya.kisah yang takkan ada hujungnya selagi komuter tetap macamtu.dan kesivikan rakyat kekal di takuk darjah satu.dan esok.aku tidak tahu.adakah ibu mengandung tadi mampu untuk mengharung satu lagi hari.melengkapkan sembilan bulan.

sungguh.cerita komuter pukul lima sungguh sayu.jeritan kesedihan pekerja dan kelesuan.wahai pemerintah dan penguasa.untung dikaut.cukai dibayar.bukan untuk masuk poket anak bini dan kroni.tapi untuk rakyat yang berpeluh sehari-hari.untuk ibu mengandung tadi.moga-moga anak yang lahir takkan merasa apa kau ibu rasa.

bila masuk komuter nampak tiga tanda.orang tua.orang kurang upaya dan ibu mengandung.utamakanlah.cuba bayangkan jika ibu mengandung itu ibu kamu.jika orang tua itu orang tua kamu.sanggupkah?