Tuesday, February 5, 2013

persediaan untuk fly #3

salam alaik.

aku sebenarnya dah berbulan-bulan berazam satu perkara. aku berazam nak jadi pelajar kejuruteraan dengan skill memasak paling power.waktu awal-awal aku berazam tu pulak scene MasterChef tengah top.tengok budak-budak yang masuk Masterchef bukan calang-calang.arkitek ada , pakar kecantikan ada , ustaz sekolah agama ada .yang menang pun doktor gigi dengan ahli geologi .tapi aku rasa ramai lagi di luar sana yang power-power memasak tapi tak lepas masuk MasterChef , aku syak dorang tak lepas kerana bidang profesional dorang tak boleh disiarkan untuk tontonan umum , kerana terlalu bahaya kepada masyarakat.contohnya ,

Ahmad , 30 tahun
Pakar Buat Bom.

ataupun ,

Tracy , 25 tahun
Penari Tiang.

ataupun ,

Haron Ali , 24 tahun
Macai dan Ahli Perkasa.

ataupun ,

Nurul  , 26 tahun
wartawan Utusan Malaysia.

ataupun ,

Melisa , 23 tahun
Model majalah Mangga.

jadi berbalik kepada azam aku tadi , selama berbulan-bulan aku berazam . tapi tanpa usaha , akhirnya azam aku hanya sia-sia. pernah la aku turun dapur perhati ayah aku masak kari. aku ada juga ingat-ingat dalam kepala perihal halia , bawang putih , serbuk kari berapa sudu ,dua tiga benda-benda lain ,di potong , blend  , tumis , masuk itu masuk ini,lepastu siap.

tapi lepas beberapa hari , yang aku ingat cuma perut aku kenyang.

* * *

itu la silapnya persediaan untuk fly aku kali ini.aku tidak membekalkan diri dengan ilmu memasak yang berwawasan. tapi kira ok lah kan boleh masak telur goreng sama udang celup tepung? kahkahkah.

2 comments: