Tuesday, February 12, 2013

flight confirmation.

salam alaik.

" percayalah bahawa mak pasti bangga dengan kamu .percayalah walaupun dia dah tiada , tapi dia mesti ingat kamu "

* * *

alhamdulillah.syukur ya Allah ,selepas bertahun dengan penat jerih dalam menuntut ilmu , selepas menghadapi  pelbagai jatuh dan bangun, Allah memberi aku peluang yang mungkin tidak dikecapi orang lain .Sabtu ini , 16 Februari , aku akan berangkat ke Brisbane , Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Environmental Engineering di University of Queensland di bawah tajaan MARA.Mungkin aku tidak sedar , cuma tinggal beberapa hari saja lagi bagi sebuah impian yang selama ini hanya jadi mainan sebelum tidur , bertukar menjadi sesuatu yang realiti. ya , selalu sangat jadi mainan sebelum tidur.

sebelum ini , kerap aku terbaring di katil sambil membayangkan suasana di lapangan terbang , sejak di bangku sekolah lagi , aku mengimpikan sebuah suasana di mana pada hari tersebut , aku akan memakai pakaian yang cantik-cantik, menggalas beg dan memegang passport ,memeluk dan bersalaman dengan sahabat-sahabat , ahli keluarga , ayah dan tentunya ibu.

aku akan melambai turun dari eskalator itu dengan penuh keceriaan , dengan penuh senyuman , ke arah semua orang dan aku akan melangkah dan melangkah akhirnya bayang-bayang semua tidak lagi dapat dilihat. dan saat itu , aku tahu , bermulalah hidup di rantauan.

mungkin kerana angan-angan ini jugalah yang memandu aku selama ini.

* * *

ketika ini , tidak ada satu perasaan lain yang terbenak dalam hati aku. kecuali kesedihan.mungkin bagi kawan-kawan lain , mereka gembira dengan rezeki ini .tampak gembira dan ceria semuanya .tidaklah aku katakan aku tidak gembira.tentu sekali aku berdebar dan tentu sekali aku tidak sabar untuk berada di tempat baru.tetapi dalam diam? setiap kali aku membayangkan hari penerbangan itu nanti ,setiap kali itu jugalah air mata jatuh. jatuh terkenang seorang insan bergelar ,

ibu.



* * * 

sebagai satu-satunya anak yang masih belum berjaya dan bekerja , tentunya hati aku luluh memikirkan arwah ibu. anak mana yang tidak ingin membanggakan ibubapanya ketika mereka berdua masih bernyawa? ketika arwah mak sakit tenat sehingga tidak mampu bangun , makan dan minum dengan sendiri beberapa bulan lepas , aku selalu terfikir bagaimana agaknya nanti ketika hari penerbangan aku.bagaimana dia mampu menghantar aku di lapangan terbang kelak.dan bagaimana aku akan rela untuk melambainya pergi sedang dia melawan sakit yang amat sangat.apakah harus aku korbankan cita-cita ini , demi menjaga dia. dan aku sangat faham , apa erti aku di luar negara , bergembira sedangkan ibu di rumah terlantar tenat.

sesungguhnya rancangan Allah itu lebih baik.

* * * 

arwah mak selamat kembali ke pangkuan-Nya , dan moga-moga hilang semua sakit yang menyerang segala sudut badannya. dan ya , hati anak mana yang tidak runtun apabila sebuah berita gembira yang patut dikongsi bersama ibu dan ayah , tidak kesampaian .dan hari itu nanti , aku sedar , aku tidak mampu lagi memeluk dan mencium seorang yang bergelar,

ibu.

aku tidak dapat membayangkan hari itu nanti.sungguh. mungkin aku akan menangis. sudah hampir pasti.dan aku akan membayangkan selepas itu ramai yang akan melabel aku sebagai anak yang manja , berpisah sikit pun nak nangis , tak gentle dan tak lelaki.

tapi percayalah , beban yang dipikul untuk meninggalkan seorang ayah bersendirian di rumah dan beban mengingatkan yang hidup ini akan ditempuh tanpa seorang bergelar ibu tidak mampu lagi disembunyikan.

maka air mata penawarnya . aku harap kalian faham .


* * *
apa-apa pun ,kepada mak dan abah , terima kasih banyak-banyak membesarkan Anas. kepada adik beradik yang memang tak putus memberi sokongan dan bantuan , kepada Nur Amira kerana sudi menemani, dan terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada  rakan-rakan dan guru-guru seawal di tadika Kemas , SK Taman Ehsan , SMK Taman Ehsan , SM Sains Seremban dan juga Kolej Mara Seremban. terima kasih kerana semua jasa dan persahabatan.tidak lupa rakan-rakan yang kenal secara sengaja dan tidak sengaja , pembaca blog ini , dan semuanya.

aku akan bertolak jam 9.00 pagi di KLIA. dan petang itu , aku akan mulakan hidup baru.terima kasih.terima kasih.terima kasih.

aku mohon doa dan kekuatan untuk menempuh hari mendatang.moga aku tidak lupa diri.
------------------------------------------------------------------------------------------------

sementara ibu dan ayah kamu masih ada , bahagiakan mereka dalam apa juga cara. hargailah , doakanlah , lindungilah dan berjasalah : )

p/s : sedekahkan al-fatihah kepada arwah ibu saya.terima kasih. : )

9 comments:

  1. dah tak lama anas nak fly. jaga diri. jangan lupa update pasal tempat baru. good luck. arwah mak anas mesti bangga dengan anas :)

    al-fatihah utk arwah mak anas.

    ReplyDelete
  2. Indeed, Anas, Allah is the best planner. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan mereka yang dikasihi & dirahmatiNya.
    Can't believe how fast time has flown- and now ur well on ur way to realise ur dream..All the best to you Anas!

    ReplyDelete
  3. Indeed, Anas, Allah is the best planner. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan mereka yang dikasihi & dirahmatiNya.
    Can't believe how fast time has flown- and now ur well on ur way to realise ur dream..All the best to you Anas!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya kepada kau anas.Kamu sudah membanggakan kedua orang tua mu.

    ReplyDelete
  6. salam.. Anas.. aku tak janji, kalau aku ada kat kl, insya Allah aku turun KLIA k.. selamat menjalani kehidupan baru Anas, explore habes2 dunia luar.. snpa picture bnyak2.. hee. insya Allah, pmikiran akan jadi lebih open and matang bila kita lihat dunia Allah ni.. :) nnti kalau aku turun Aussey, amek aku.. hee..

    ReplyDelete