salam alaik.
tiba-tiba aku berdebar. dan aku sedar debar ini tentang apa. aku faham benar perasaan ini . perasaan simpati apabila seseorang itu berkata benar , dan akibat berkata benar , dia diburu , dicari hingga jumpa. dan aku hanya dapat melihat dari jauh , pemburuan itu.maka lidah si pengata benar itu pasti terasa pahit. kerana sesungguhnya benar itu rasanya pahit. aku tidak tahu adakah dia akan munculkan diri , ataupun melarikan diri.
* * *
aku tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku apabila pemburuan itu nanti berlaku di depan mata. aku tidak pasti. adakah aku akan bangun , cuba mempertahankan si pengata benar. atau pun hanya akan kemuncup di balik belakang kerusi. takut.dan menikmati api-api perkataan yang akan terpacul. dan terasa betapa pengecutnya aku.sekadar membuat tidak tahu.
sungguh aku keliru.mohon tuhan beri kekuatan.
dan aku faham , inilah pahitnya dalam berkata benar.
asal weh nas?
ReplyDelete